suria

Sejuk perut ibu mengandung,... si cilik bukan sahaja rajin mengemas tapi hebat di dapur - "Sebelum ini tolong ambil bawang, tiba-tiba nak memasak"

Kali pertama Amsyar menolong ibunya di dapur adalah sewaktu berusia setahun enam bulan.

BAK kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya yang membawa maksud hendak mendidik anak biarlah dari usia muda.

Pepatah itu sangat sesuai menggambarkan video seorang kanak-kanak berusia setahun yang seronok menolong ibunya memasak di dapur.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Noor Hafiziliana Ramli, 31, anaknya yang masih kecil itu ligat beraksi di dapur.

ARTIKEL BERKAITAN: Disebabkan ‘tragedi mi segera’, gadis ini fobia cerek... idea rendam kaki dalam air sejuk sia-sia - “Tak sakit, sampai hospital melecur tahap 4”

ARTIKEL BERKAITAN:Lukis nak tak nak je, pemuda ini terkejut ‘lukisan orang malas’ pun ramai minat nak beli... nasib baik boleh siap cepat!

Video tersebut mendapat hampir 500,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Menurut Hafiziliana, anak lelakinya iaitu Muhammad Ziyyad Amsyar Jasri yang baru berusia hampir dua tahun mula menunjukkan minat mahu membantu menguruskan rumah sebaik sahaja dia pandai berjalan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Amsyar mula berjalan waktu umur sembilan bulan dan sejak itulah dia suka minta penyapu bila tengok saya menyapu di rumah.

"Amsyar memang ringan tulang, dia akan kemas mainannya sendiri selepas selesai bermain.

FJHSKEH
Sejak pandai berjalan ketika berusia sembilan bulan, Amsyar selalu menunjuk minat untuk membantu ibunya lakukan kerja rumah.

"Kali pertama Amsyar bantu saya di dapur adalah sewaktu dia setahun enam bulan, ketika itu dia tolong petik daun bayam," ujarnya yang merupakan seorang suri rumah.

Hafiziliana memberitahu pada mulanya Amsyar hanya menolong mengambil bahan masakan sahaja, tetapi tiba-tiba mahu memasak pula.

Akur dengan permintaan anaknya, Hafiziliana memberi peluang kepada Amsyar untuk beraksi di dapur.

"Sebelum ini Amsyar hanya tolong ambil bawang, halia, sayur dan mengacau telur, tiba-tiba dia nak memasak pula.

"Jadi saya pun bagi Amsyar peluang memandangkan dia bukan jenis yang suka buat sepah dan buang barang.

FHSJKFH
Hafiziliana telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya selama tiga tahu dan dikurniakan seorang cahaya mata pada tahun 2019

"Saya akan guide Amsyar untuk mencuci bahan masakan dan memasukkannya ke dalam kuali dengan cemat.

"Bila makanan tu dah siap masak, Amsyar akan claim itu masakannya dan akan lebih berselera bila waktu makan," katanya yang berkahwin dengan suaminya, Jasri Husain pada tahun 2018.

Seperti para ibu diluar sana, Hafiziliana akan memastikan persekitaran anaknya selamat dan hanya menghidupkan dapur gas selepas Amsyar selesai 'memasak' di dapur.

Bukan semua ilmu akan diberitahu di sekolah, jadi inilah peluang kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak.

NOOR HAFIZILIANA RAMLI

Walaupun usia Amsyar masih lagi kecil, ibunya menganggap aktiviti ini bagus untuk membina kemahiran dan keyakinannya dan dalam masa yang sama belajar perkara baharu.

“Aktiviti sebegini baik untuk membina kemahiran dan keyakinan anak-anak kerana bagi saya, pembelajaran itu bermula dari rumah.

“Bukan semua ilmu akan diberitahu di sekolah, jadi inilah peluang kita sebagai ibu bapa untuk mendidik anak-anak.

“Ia juga membantu ibu bapa untuk mengisi masa lapang anak-anak memandangkan mereka dibesarkan dalam keadaan negara sedang dilanda pandemik,” ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain