suria

Budak 6 tahun ini asyik nak bergaya, pakai baju cantik walau musim ‘Kobid 9Tim’... rupa-rupanya ‘berjangkit’ daripada emak!

Gaya Raif atau Ayif persis seorang model.

KEPETAHAN seorang kanak-kanak berceloteh kerana bosan berada di rumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi video yang tular, menghiburkan ramai.

Menerusi video di aplikasi TikTok, dialog pelatnya menyebut Covid-19 sebagai ‘Kobid 9Tim’ menggelikan hati, dan tidak kurang juga ramai memuji wajahnya.

"Dah besar mesti handsome ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakan bisnes! Ibu terkejut anak usia 4 tahun jadi 'tauke', buka 'kedai' mainan depan rumah... bila ramai nak beli tak jadi jual pula

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral, ramai nak tengok wajah 'budak tudung saji'... ibu 'belanja' show Peluang Kedua - "Dia pernah buat suami menangis"

"Kecil-kecil dah handsome," demikian antara pujian netizen yang memenuhi ruangan komen.

Di sebalik wajah 'kacak' kanak-kanak berusia enam tahun itu, ibunya menyifatkan anak lelakinya itu seorang yang ceria, periang dan peramah.

Shima Zainal Abidin berkata, anaknya, Muhammad Raif Ramadhan Fairuz yang tidak kekok di hadapan kamera menjadikan aksi yang dirakamkan kelihatan natural.

"Ayif (panggilan anak) memang suka tengok kamera. Saya pula sebagai ibu lebih suka merakamkan gelagat anak-anak untuk video TikTok ketika PKP ni.

"Bila ramai netizen puji anak saya comel, handsome... saya bersyukur Alhamdulillah. Tak sangka banyak komen positif," kata wanita berusia 29 tahun itu kepada mStar.

anak kaki ootd 3

Ayif ketika berusia dua tahun.

Shima berkata, anak sulung daripada dua beradik itu juga gemar berfesyen meskipun banyak masa dihabiskan di rumah berikutan PKP dan larangan aktiviti rentas negeri.

"Ayif sejak kecil lagi dah pandai bergaya. Dia ikut pengaruh saya yang suka ber'OOTD' (Outfit of the day), bergambar dengan pelbagai gaya.

Ayif sejak kecil lagi dah pandai bergaya. Dia ikut pengaruh saya yang suka ber'OOTD' (Outfit of the day)

SHIMA

"Setiap hari dia memang nak bergaya walaupun duduk di rumah. Ayif ni cerewet, dia menangis kalau saya pilih baju tak cantik untuk dia pakai kat rumah.

"Jadi, saya bagi dia pilih sendiri baju. Sekarang ni tak boleh jalan-jalan sebab PKP dan kes Covid-19 masih tinggi... kalau apa yang dia pilih tu selesa dan menyenangkan hati dia duduk di rumah, saya layankan saja," ujarnya yang menetap di Damansara, Selangor.

anak kaki ootd 1

Ayif gemar berOOTD, pengaruh daripada ibunya yang juga suka bergaya.

Menurut wanita yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu, anak sulungnya juga gemar mengikut fesyen K-Pop yang semakin menjadi kegilaan anak-anak muda.

"Ayif suka bergaya dan berfesyen ala K-Pop, tapi minatnya masih macam kebanyakan kanak-kanak lain dengan menonton kartun seperti Ejen Ali.

"Dia juga suka menyanyi. Dua lagu paling dia suka nyanyi adalah Sejuta Maaf daripada penyanyi Allahyarham Achik Spin dan lagu Amalina nyanyian Santesh," katanya sambil menambah anaknya belajar di sebuah tadika dan mengikuti kelas dalam talian berikutan PKP.

anak kaki ootd 4

Ayif (kanan) bersama adik lelakinya.

Shima yang bekerja dalam bidang pemasaran berkata, dia dapat melihat kecenderungan anaknya itu ke arah media, fesyen dan nyanyian.

Siapa sangka susulan video tular abang kepada seorang adik lelaki berusia dua setengah tahun ini, terdapat pihak yang menawarkan kepadanya menjadi model fesyen.

"Masih terlalu awal untuk tahu apa cita-cita Ayif sebab dia masih kanak-kanak. Cita-cita pada usia kanak-kanak ni sentiasa berubah-ubah.

anak kaki ootd 6

Ayif tidak kekok beraksi di hadapan kamera.

"Sebagai ibu bapa, saya dan suami sentiasa memberi sokongan terhadap minat dan kecenderungan dia selagi ia tidak melampaui batas.

"Ada peniaga DM (mesej secara langsung) tawar Ayif jadi model baju kanak-kanak. Saya masih dalam pertimbangan untuk buat keputusan, dengan sekarang masih PKP. Tapi saya tahu Ayif boleh beraksi dan bergaya di hadapan kamera," ujar Shima.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain