HAMPIR setahun belayar di lautan, pemuda ini akhirnya pulang ke pangkuan keluarga. Lebih manis, anak bongsu ini turut membawa kejutan jambangan bunga, kek dan dua telefon baharu buat ibu bapanya. Menurut Muhammad Firdaus Aswan Yahya, 20, dia yang bekerja dengan sebuah kapal mula belayar pada Ogos tahun lalu sebelum kontraknya tamat baru-baru ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dah 3 bulan di Lubnan, askar balik cuti plan kejutan buat si suri hati... batal trip ke Pulau Redang, ganti hadiah gajet untuk isteri ARTIKEL BERKAITAN: Dah macam sambut birthday girlfriend, cara lelaki ini rai rakan baiknya memang rare... siap check in Airbnb berdua Dia kemudiannya menjalani kuarantin di Johor pada 13 Julai sebelum kembali ke Sungai Petani, Kedah pada Selasa lalu. "Genap setahun saya belayar sejak Ogos tahun lepas. Saya belayar di Malaysia, Singapura dan Vietnam. Kontrak saya lapan bulan, tapi saya sambung lagi dua bulan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dah dua kali Hari Raya Aidiladha saya tak balik. Raya Aidilfitri hari tu pun tak balik. Memang sedih, sebab saya anak bongsu daripada tiga beradik. "Kali pertama berjauhan dengan keluarga. Jadi macam berat hati. Tapi nak buat macam mana, kena berkorban untuk cari rezeki halal," ujarnya kepada mStar. Aswan kembali ke pangkuan keluarga selepas 10 bulan belayar. Mesra disapa Aswan, dia yang bekerja di bahagian dek untuk operasi kapal minyak itu mengakui sudah dua bulan merancang kejutan buat ibu bapanya. Rancangan itu direalisasikan oleh dua sepupunya, Mohd Azim Mohamad Basri dan Mohammad Alimi yang tinggal berdekatan dengan rumahnya. Cuti ni teringin nak makan serawa pulut durian yang mak buat. ASWAN "Dari Johor saya ambil bas ke Kedah. Sepupu yang tolong ambil saya. Dah rancang dengan mereka sejak dua bulan lepas. "Saya dah transfer duit awal-awal untuk sepupu tolong beli. Dia juga yang rakam dan edit video kejutan itu, sebabnya dia seorang YouTuber. Aswan (kiri) bersama dua sepupu yang membantunya dalam kejutan itu. "Lepas 10 bulan tak jumpa, tengok muka mak ayah, saya rasa bercampur perasaan. Rasa teruja, gembira, sedih pun ada. "Mak ayah pun berterima kasih atas kejutan itu. Syukur dapat gembirakan mereka," ujarnya. Video kejutan yang dikongsi ke Instagram. Kata Aswan, dia hanya bercuti sebulan dan bakal kembali bekerja pada September ini. Tambahnya lagi, dia mahu berehat sepuasnya sepanjang tempoh ini dan meluangkan masa bersama keluarga dan saudara-mara. "Cuti ni teringin nak makan serawa pulut durian yang mak buat. Dari atas kapal lagi saya teringin. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Kawan-kawan banyak upload gambar durian, betul-betul teringin nak makan," ujarnya berseloroh. Video kejutan itu turut dimuat naik ke Instagram oleh sepupunya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!