WAJAH kacaknya sering menjadi perhatian menerusi video-video di aplikasi TikTok dengan kata-kata pujian ditinggalkan di ruangan komen Siapa sangka pemuda ini sebenarnya merupakan anggota polis, dan kegigihannya menjual baju-baju terpakai (bundle) secara live di aplikasi popular itu dikagumi ramai. Walau bagaimanapun perjalanan pemuda tersebut dalam mencari pendapatan sampingan melalui bisnes pakaian bundle tidak semudah yang disangka. ARTIKEL BERKAITAN: Dulu di awan biru, kini bergelar polis... pernah buat 2 kerja lain, bekas pramugara reda plan asal balik kampung tak menjadi - "Pernah ceramah remaja mencuri sampai menangis" ARTIKEL BERKAITAN: Bermula jadi tukang isi minyak, kerani bawa motor buruk hingga bergelar Inspektor... Isteri terima seadanya walau PJJ lebih 3 tahun - "Ada hikmah kena ‘reject’ 2 kali" Pemuda berkenaan, Mohd Nabil Fikri Salleh berkata, dia berjinak-jinak dalam bisnes ini sejak dua bulan lalu, bermula dari membuat live di laman Instagram terlebih dahulu. Anggota polis berusia 24 tahun itu bagaimanapun berkata ketika itu hanya rakan-rakan dan keluarga dalam kalangan pengikutnya yang mengikuti live tersebut sebagai tanda sokongan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Walaupun ada kira-kira 7,000 followers di Instagram ketika itu, tapi tak ada seorang pun yang beli. Mungkin kerana saya tidak dikenali atau bisnes saya masih baru. "Saya kemudian cuba buat live jual bundle di Facebook, pun sama juga tak ada yang berminat untuk membeli," katanya yang lebih mesra disapa Nabil kepada mStar. Nabil ketika membuat live di TikTok menjual baju bundle. Anggota polis berpangkat konstabel itu mengakui hampir berputus asa berikutan bisnes bundle yang diusahakanya tidak menguntungkan selama hampir dua minggu. Mohd Nabil yang menganggotai pasukan beruniform sejak 2019 itu kemudian mencuba nasib dengan menjual di TikTok, dan tidak menyangka sambutannya di luar jangkaan. Bila live di TikTok, tiba-tiba banyak order masuk. Ia memberi motivasi dan menaikkan semangat saya untuk terus berniaga. NABIL "Bila live di TikTok, tiba-tiba banyak order masuk. Ia memberi motivasi dan menaikkan semangat saya untuk terus berniaga," ujarnya yang berasal dari Sungai Petani, Kedah. Menurut anak bongsu daripada lima beradik itu, reaksi netizen terhadap rupa parasnya bukan perkara baharu kerana telah mengalaminya sejak di bangku sekolah. Nabil pernah memegang jawatan ketua pengawas di sekolah. "Di sekolah, saya sebagai ketua pengawas dan wakil pelajar. Ada yang puji handsome, dan saya bersyukur Alhamdulillah atas kurniaan yang diberikan kepada saya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Bila jual bundle di TikTok, lebih 70 peratus pelanggan saya adalah wanita. Ada seorang pelanggan wanita tu beli sampai 20 helai baju yang saya jual," ujarnya yang turut berpengalaman sebagai ketua kumpulan nasyid di sekolah menengah. Nabil membantu ibunya yang mengusahakan kedai makan. Nabil berkata, kerjayanya dipengaruhi oleh bapanya yang merupakan pesara tentera, manakala minat dalam bisnes pula daripada ibunya yang mengusahakan kedai makan. "Saya dari zaman sekolah bila ada masa terluang akan bantu mak di kedai makan. Memang minat bisnes dan merancang untuk membuka kedai baju bundle sendiri apabila ada rezeki lebih dan perniagaan semakin maju," katanya. Nabil mengimpikan untuk bergelar model suatu hari nanti. Dalam pada itu, anak muda berketinggian 172 sentimeter itu turut berminat untuk menceburi bidang peragaan sebagai model. "Di sekolah dah biasa naik atas pentas berucap sebagai ketua pengawas dan menyanyi untuk kumpulan nasyid, jadi keyakinan tinggi untuk berdepan dengan orang ramai. "Saya teringin nak jadi model tapi belum ada peluang. Kalau ada tawaran yang bersesuaian, insyaAllah saya akan terima... memang nak jadi model komersial suatu hari nanti," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!