suria

Sejak bila acara ‘isi air dalam botol’ dipertandingkan di Olimpik? Selalu buat video parodi raih banyak views, tak sangka lelaki ini seorang pemalu

Parodi 'Olimpik Segamat' itu dihasilkan secara suka-suka demi menyemarakkan lagi acara sebenar yang sedang berlangsung di Jepun.

SUKAN Olimpik Tokyo yang berlangsung sejak 23 Julai lalu turut mendapat perhatian meluas rakyat negara ini.

Terbaharu, tular pula video seorang jejaka yang membuat parodi acara isi air dalam botol, yang kononnya dipertandingkan pada temasya sukan itu sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.

Menurut Muhammad Hadrey Ali, 27, yang juga pelukis inai, video 'Olimpik Segamat' itu dihasilkan secara suka-suka demi menyemarakkan lagi acara sebenar yang sedang berlangsung di Jepun.

ARTIKEL BERKAITAN: "Produk mereka tular, saya dapat malu" - 'Sekmung' insaf, dedah pernah diugut buang negeri

ARTIKEL BERKAITAN: eeling habis! Video ‘Shah Rukh Khan Terengganu’ atas jambatan angkat bikin gadis tak senang duduk - “Kami cuba tiru satu persatu”

"Dekat rumah ada koleksi piala acara sukan masa sekolah dulu. Bila saya tengok, teringat sukan Olimpik yang sedang berlangsung.

"Dari situ datangnya idea nak buat parodi sukan Olimpik. Biasanya video-video saya diinspirasikan daripada isu-isu dan situasi semasa.

"Selain itu, saya akan buat video ikut idea sendiri ataupun olah semula video orang lain. Ia sekadar hiburan yang tak menyakitkan hati sesiapa," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Hadrey, dia yang menetap di Segamat, Johor, mengakui sudah berjinak-jinak dalam penghasilan video parodi sejak 2015 lagi.

Bermula dengan aplikasi Dubsmash, dia kemudiannya beralih ke laman sosial lain sebelum aktif di TikTok pada 2018.

hadrey4

Hadrey mula menghasilkan video pada 2015.

"Alhamdulillah, kebanyakan orang tak pandang negatif apa yang saya buat. Asalkan ia tak menyalahi undang-undang.

"Majoriti komen kata mereka terhibur. Kalau komen negatif, saya tak akan respon. Makin respon, makin mereka serang.

Saya seorang yang pemalu dan tak banyak cakap.

HADREY

"Kecil hati juga dengan komen negatif tapi saya biarkan sebab dah terbiasa. Mungkin nampak salah pada pandangan mereka," ujarnya.

Menurut Hadrey yang juga anak bongsu daripada enam beradik, dia terharu apabila beberapa video miliknya di TikTok turut menerima tontonan mencecah sejuta.

Katanya, ia berbaloi dengan penat lelah mencari idea dalam penghasilan video sejak beberapa tahun lalu.

hadrey3

Hadrey bekerja sebagai pelukis inai.

"Rasa berbaloi sangat. Kadang-kadang kita fikir, ada orang tengok ke video ni? Tapi sebenarnya kita tak boleh fikir pasal view. Kita buat bukan untuk view tapi untuk diri sendiri," ujarnya.

Jelas Hadrey lagi, karakter lucu yang dibawanya dalam setiap video juga jauh berbeza dengan peribadinya yang sebenar.

Namun katanya, dia bersyukur apabila menerima sokongan insan sekeliling termasuk keluarga yang faham akan minatnya itu.

"Keluarga semua tahu, mereka tak pernah halang. Apa yang saya buat tak melebihi batas. Kadang-kadang mereka tolong saya rakam video.

hadrey6

Kata Hadrey, karakter dalam video jauh berbeza dengan dirinya yang sebenar.

"Saya sangat berbeza kat luar. Saya seorang yang pemalu dan tak banyak cakap. Biasanya saya buat video dalam bilik.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sejujurnya saya kurang bercakap. Sebab tu saya tak ambil reviu produk. Takut tak mencapai kehendak pelanggan.

"Kalau dalam video pun sebenarnya saya tak banyak bercakap," ujarnya lagi.

Setakat ini Hadrey memiliki 168,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain