BAYANGKAN sekiranya anda sedang enak bersantai di ruang tamu, tiba-tiba muncul pula kelibat makhluk lain yang turut menumpang di dalam rumah. Sudah pasti ia mencetuskan situasi panik lebih-lebih lagi 'makhluk' tersebut merupakan haiwan berbisa. Menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, seorang pemuda memuat naik video menunjukkan seekor ular berbelang hitam putih masuk ke dalam rumahnya dan bersembunyi di belakang kertas dinding, selepas disedari oleh salah seorang ahli keluarganya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam tengok darah menitis dari bahagian enjin, rupa-rupanya ada ‘makhluk tumpang’! - “Dalam bilik boleh terhidu bau bangkai” ARTIKEL BERKAITAN: Disangka air karat, rupa-rupanya darah campur air bangkai... lagi terkejut tengok ada kepala terjulur! - “Dah tiada moral support, terus lari keluar rumah muntah” Sehingga kini video berkenaan meraih hampir 100,000 jumlah tontonan dalam tempoh beberapa jam sahaja ia dimuat naik. Menurut pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai Kimi, kejadian pada Isnin lalu itu bukanlah insiden pertama kali rumahnya dimasuki ular. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Dalam tempoh dua bulan ini sahaja, dah empat ekor ular masuk dalam rumah. Sebelum itu seekor ular tedung masuk dalam stor dan minggu lepas pula dua ekor ular tedung masuk bersembunyi di belakang mesin basuh dalam bilik air "Mujurlah ular-ular ni kami perasan kehadirannya. Macam dekat bilik air tu tak pastilah 'mereka' ni pasangan mengawan atau tidak. Tapi saya perasan sebab terdengar bunyi desiran. Nak halau tapi melawan dan agresif, siap kembangkan kepala. "Jadi terpaksalah ambil tindakan pantas iaitu mengetuk menggunakan buluh. Orang kata tak boleh bunuh ular dalam rumah tapi masa suntuk sangat. Tak sempat nak hubungi pihak yang sepatutnya. Antara komen netizen yang memberi 'amaran' mengenai bahaya ular yang ditemui Kimi. "Manakala yang terbaharu ular belang hitam putih di ruang tamu. Kakak yang sedar sebab tengah mengajar anaknya. Nampak comel dan eksotik sebab ia kecil lagi. Saya nyaris pegang dengan tangan masa tangkap. Mujurlah berfikir panjang. Rupa-rupanya selepas upload, ramai kata ia spesies 'Katam Payung', bisanya boleh menyebabkan maut," cerita pemuda berusia 26 tahun ini. Menurut Kimi, ular tersebut disimpan di dalam botol sebelum dilepaskan di sungai berhampiran. Tambah pemuda yang menetap di Padang Serai, Kedah ini, berkemungkinan ular-ular berkenaan 'menumpang' rumahnya kerana cuaca di luar pada ketika ini agak panas. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Mungkin rumah kampung sejuk sikit kot. Sebenarnya rumah keluarga saya bukan dikelilingi hutan atau semak samun, cuma tak jauh di belakang rumah ada kebun jagung. Mungkin di situ habitat mereka. Dua daripada tiga ekor 'belalang pelesit' yang memasuki rumah dan bilik Kimi. "Bukan kata tak pernah cuba petua, tapi seperti tak berkesan. Pernah letak buah limau purut selepas kejadian pertama, tapi sampai kering kejung buah tu... ular masuk juga. Tapi selepas saya upload, ramai bagi petua lain, antaranya tabur belerang dan lain-lain. InsyaAllah saya akan cuba. "Sejujurnya nak kata fobia tu tak juga, tapi kalau nak bersantai baring-baring di lantai, mata kena alert sebab dah ada empat kejadian yang berlaku. Lebih-lebih lagi ada budak kecil di rumah ini," ujarnya lagi. Pernah letak buah limau purut selepas kejadian pertama, tapi sampai kering kejung buah tu... ular masuk juga. KIMI Bukan sahaja haiwan reptilia, Kimi mendedahkan baru-baru ini juga rumahnya dimasuki belalang yang digelar 'belalang pelesit' oleh kebanyakan orang. Menurut pemuda yang juga aktif membuat reviu makanan di media sosial, haiwan tersebut kemudian masuk ke biliknya tiga hari berturut-turut. "Yang pasti, tiga-tiga ekor tu berlainan warna iaitu hijau, perang dan coklat. Mula-mula dekat ruang tamu, tapi masa nak tidur, saya perasan ia masuk bilik saya. Tak pastilah jika ia tertarik dekat lampu sebab saya tidur pasang lampu. Kimi sering memasang bubu di sungai di kampungnya yang terletak di Padang Serai, Kedah (gambar kanan). Pemuda ini menganggap kehadiran 'belalang pelesit' di biliknya adalah kerana tertarik dengan cahaya lampu tidur. "Saya ada share dekat grup WhatsApp. Dan ramai kawan bimbang ada unsur yang tak baik. Saya tak terfikir pun pada mulanya, tapi bila kaitkan dengan insiden ular yang masuk banyak kali, rasa pelik juga. "Tapi saya enggan fikir bukan-bukan. Cuma berharap agar keluarga kami dijauhi daripada sebarang perkara tak diingini," katanya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! TONTON VIDEO PILIHAN!