suria

‘Derita’ ibu Covid-19! Tiada ciuman, belaian... jururawat di wad ICU kongsi momen betapa sedihnya pesakit terpisah dengan bayi selepas bersalin

Shima berkongsi kisah seorang ibu positif Covid-19 yang terpaksa berjauhan seketika dengan bayinya.

KETIKA ini ramai yang terpaksa melalui detik perpisahan 'sementara' dengan insan tersayang yang dimasukkan ke wad atau pusat kuarantin kerana jangkitan Covid-19.

Perkongsian yang dilakukan oleh seorang jururawat di aplikasi TikTok ini antara yang mengundang sebak netizen, mengisahkan seorang ibu yang sedang dikuarantin terpaksa berpisah dengan bayi yang baru dilahirkannya gara-gara Covid-19.

Video berdurasi 23 saat itu yang memaparkan perbualan antara jururawat berkenaan dengan ibu malang itu di aplikasi WhatsApp, mampu mengundang air mata sesiapa sahaja lebih-lebih lagi ia diiringi dengan lagu 'Kali terakhir ku lihat wajahmu' dendangan Uji Rashid sebagai latar belakang.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pernah berenggang, kuarantin pun sekali... anak reda ibu meninggal hanya beberapa jam selepas mereka berpisah, kini bapa pula positif Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu berwaspada sambut raya selepas 12 ahli keluarga termasuk bayi usia 14 hari positif Covid-19 - “Kalau kena batang hidung sendiri baru tahu”

Sehingga kini video berkenaan meraih lebih 34,000 jumlah tontonan selain dibanjiri komen netizen yang turut meluahkan rasa sedih dengan kisah dua beranak yang dikongsi jururawat tersebut.

Berkongsi cerita dengan mStar, jururawat yang hanya mahu dikenali sebagai Shima itu berkata, ibu berkenaan dan bayinya sudah lebih seminggu terpisah selepas wanita tersebut dikesan dijangkiti Covid-19 sebelum bersalin.

"Dalam kes ibu hamil yang dikesan positif sebelum melahirkan, mereka terpaksa bersalin menerusi kaedah pembedahan caesarean. Memang si ibu tak akan dapat jumpa bayi kerana dikuarantin.

"Bermakna susu ibu pun tak boleh beri kepada bayi. Kena betul-betul 'clear' dari Covid-19, baru boleh bagi. Bayi ini ditempatkan di wad sejak dilahirkan. Saya cuba maklumkan perkembangan bayi kepada si ibu kerana faham bagaimana rasanya rindu dengan anak sendiri.

"Dari lahir belum pun sempat mencium, mendakap dan membelai bayi yang dikandungnya selama sembilan bulan. Apabila mereka berkali-kali ucap terima kasih, saya rasa gembira walaupun apa yang dilakukan itu tidak seberapa," cerita jururawat ini sambil menambah, bayi tersebut akan menjalani ujian calitan kali ketiga bagi memastikannya tidak mendapat jangkitan virus berkenaan.

baby BARU 1

Shima merupakan jururawat yang bertugas di wad ICU bayi di sebuah fasiliti kesihatan di Kuala Lumpur.

Berkongsi cerita lebih lanjut, Shima berkata sepanjang enam tahun bertugas sebagai jururawat di wad ICU bayi di sebuah fasiliti kesihatan di Kuala Lumpur, dia tidak dapat menyembunyikan rasa sedih apabila menyaksikan beberapa kes bayi yang kematian ibu kerana Covid-19.

"Ada beberapa kes di mana si ibu menghembuskan nafas terakhir kerana Covid-19 namun bayi mereka 'survive'. Tak dapat bayangkan betapa sedihnya apabila bayi ini tidak dapat merasai dakapan ibu kandung buat selama-lamanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dalam kes yang lain, ada juga ibu bapa yang terpisah dengan bayi dan mereka daripada keluarga yang susah. Saya rasa sedih dan cuba membantu membelikan apa yang patut untuk bayi mereka," katanya lagi.

Apa yang membuatkan saya dan petugas frontliners lain bersemangat adalah niat ikhlas kami untuk merawat dan memulihkan kembali pesakit agar sihat seperti sedia kala.

SHIMA

Tidak menyangka perkongsiannya meraih perhatian, Shima berkata dia sekadar berkongsi situasi pada waktu kini di mana penularan pandemik Covid-19 begitu membimbangkan.

"Ada yang komen dan bertanya, boleh tak nak bersalin di rumah sahaja sebab bimbang terjangkit di hospital. Namun ada juga yang tanya, petugas di hospital ada tak yang berjangkit sebab bekerja di tempat berisiko.

"Kalau kami yang bekerja di wad Covid, sut kelengkapan perlindungan diri (PPE) itu memang wajib dipakai. Kalau tujuh jam bekerja, maka tujuh jam jugalah kena sarung PPE.

baby BARU 2

Antara komen netizen yang turut bersimpati dengan nasib dua beranak seperti kisah yang dikongsikan oleh Shima.

"Panasnya tak usah sebut... namun apa yang membuatkan saya dan petugas frontliners lain bersemangat adalah niat ikhlas kami untuk merawat dan memulihkan kembali pesakit agar sihat seperti sedia kala.

"Jadi patuhi prosedur operasi standard (SOP) di mana saja. Ada yang tak percaya Covid-19, tapi bila kena pada batang hidung sendiri mungkin mereka akan faham. Ketika ini, jagalah kesihatan dan buat pasangan suami isteri, perkara terbaik waktu ini adalah merancang keluarga," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain