suria

Gadis ini gigih pakai cantik-cantik, ‘setup’ ruang photoshoot sebelum periksa result peperiksaan dengan keluarga, tak sangka ada yang pandang rendah pelajar politeknik

Iffa meraikan detik indah itu bersama-sama keluarganya di rumah.

SETIAP manusia mempunyai cara tersendiri untuk meraikan kejayaan dalam hidup sama ada kejayaan itu besar atau kecil.

Begitu juga dengan remaja ini yang menyemak keputusan peperiksaan akhir bersama ahli keluarganya dan kemudian meraikannya dengan satu sambutan secara kecil-kecilan

Rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu meraih hampir 300,000 tontonan dan rata-rata netizen memuji apa yang telah dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN:Wow, Tokti versi lelaki! Selepas 10 tahun jadi busker, Achik kini famous sampai seberang... video cover lagu Purnama Merindu raih lebih 1 juta tontonan

ARTIKEL BERKAITAN:Kekasih pun lari kerana jerawat batu! Bertahun kena ‘face shaming’, keluarga berhabis duit selamatkan wajah si gadis... siapa sangka kini menghitung hari bahagia

Pelajar berkenaan, Iffa Syahirah Nordin, 20, berkongsi detik menerima berita gembira bersama keluarganya dengan mengadakan sambutan ringkas di kediamannya yang terletak di Kampung Changkat Bulang, Kodiang, Kedah.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu berjaya mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.00 bagi peperiksaan semester keempat di Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak.

"Sebenarnya pihak politeknik dah maklumkan yang keputusan peperiksaan akhir akan keluar pada Sabtu. Saya memang dah teruja sangat dari malam Jumaat dan beritahu keluarga tentang perkara tersebut.

"Ibu kata dah alang-alang kami semua ada di rumah, lebih baik periksa result sama-sama. Jadi saya pun buatlah sedikit persiapan di rumah seperti menyediakan props dan gantung kain putih untuk kami sekeluarga mengambil gambar pada hari esok.

"Keesokan harinya, kami sekeluarga bersiap-siap selepas selesai memasak dan sama-sama menyemak keputusan peperiksaan akhir. Sejujurnya, waktu itu saya takut juga kalau keputusan teruk, tapi Alhamdulillah dapat 4 flat untuk semester ini.

Iffa berterima kasih kepada kedua ibu bapanya, rakan-rakan dan pensyarah yang sentiasa memberi sokongan serta tunjuk ajar kepadanya.

Iffah bersyukur mempunyai ibu bapa yang selalu memberikan sokongan kepadanya.

"Mereka ucap tahniah dan berharap agar pencapaian cemerlang ini dapat diteruskan sampai bila-bila," katanya yang merupakan pelajar Diploma Pengajian Perniagaan.

Mesra disapa Iffa, dia mengakui ada juga yang kurang senang apabila melihat kedua ibu bapanya, Normala Aziz, 48, dan Nordin Shuhud, 62, meraikan kejayaannya yang menerima keputusan cemerlang untuk semester tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Iffa, ibu bapanya memang suka meraikan setiap pencapaian anak-anak, begitu juga ahli keluarga lain yang akan mengadakan sambutan untuk hari istimewa tertentu.

"Kami memang akan celebrate setiap kali hari jadi, Hari Ibu dan sebagainya. Pada pandangan orang lain, itu mungkin satu kejayaan kecil tetapi bagi keluarga saya pula ia diraikan sebagai satu tanda penghargaan.

"Waktu saya dapat keputusan SPM dulu pun kami ada buat jamuan makan kecil-kecilan untuk meraikan kejayaan tersebut. Tak selalu pun kami check keputusan peperiksaan sama-sama, tapi saya tetap akan beritahu mereka berapa pointer saya dapat.

"Masa baca komen-komen tu, terdetik juga ada yang nak merendahkan pelajar politeknik, ye la sebab ada juga yang anggap kami yang belajar di sini ni biasa-biasa sahaja. Tetapi bagi saya, setiap tempat belajar pasti ada cabaran tersendiri.

"Ada juga yang komen baru dapat keputusan peperiksaan di politeknik ibu bapa dah bangga, apatah lagi jika masuk ke universiti. Saya tak terasa hati dan ambil dari sudut yang positif sahaja.

Kadang-kadang tu memang rasa macam nak nangis sebab kita penat, tak faham dengan apa yang diajar dan rasa macam tak boleh buat.

IFFA SYAHIRAH NORDIN

"Saya cuma nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga, rakan-rakan dan pensyarah yang banyak memberi sokongan serta tunjuk ajar sehinggalah saya dapat mencapai keputusan cemerlang ini.

"Tanpa berkat dan doa daripada mereka semua, saya mungkin tak akan sampai ke tahap ini," ujarnya yang menjual baju batik secara dalam talian sebagai sebahagian daripadan tugasan subjek perniagaan sejak April lalu.

Wabak Covid-19 telah mengubah cara sesi pembelajaran daripada secara fizikal di kampus, kepada pembelajaran online demi memastikan keselamatan para pelajar dan juga pensyarah.

Pendekatan ini juga sudah pasti hadir dengan cabarannya tersendiri kerana bukan setiap subjek itu sesuai untuk diajar secara dalam talian.

Bagi Iffa pula, dia mengakui ia bukan suatu perkara yang mudah dan meminta pelajar lain jangan mudah berputus asa.

"Saya yakin, setiap pelajar pasti ada melalui cabaran melakukan tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Lebih-lebih lagi sekarang ni banyak kelas kami dilakukan secara online dan mungkin agak sukar untuk memahami sesetengah subjek yang diajar.

IMG_5834

Iffah juga menjual baju batik secara dalam talian sebagai sebahagian daripada tugasan untuk subjek perniagaan.

"Cuma saya nak pesan kepada pelajar lain untuk jangan mudah berputus asa. Kadang-kadang tu memang rasa macam nak nangis sebab kita penat, tak faham dengan apa yang diajar dan rasa macam tak boleh buat.

"Lepas dah puas rasa sedih semua, kita kena juga belajar untuk mengatasi masalah tersebut dengan memperbaiki diri sendiri. Apa yang saya amalkan daripada kelas secara fizikal sehinggalah sekarang ialah, sentiasa catat apa yang pensyarah cakap waktu kelas sebagai nota.

"Selain itu, pemilihan kawan untuk tugasan berkumpulan juga penting dan pastikan semua boleh berikan kerjasama untuk melakukan tugas," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain