KEMESRAAN dua beranak ini begitu dicemburi, namun pada masa sama video mereka di aplikasi TikTok mengundang sebak netizen. Dalam masa sama kesungguhan si anak menjaga ibunya yang sakit begitu dikagumi. Siapa sangka di sebalik ketabahan menjaga ibunya, pemuda tersebut cuba menyembunyikan perasaan sedih atas pemergian bapa tersayang. ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda korbankan kerjaya di KL, sanggup balik kampung 'kerja' bertahun tanpa cuti jaga bapa ada penyakit 3 serangkai, bermacam sakit lain ARTIKEL BERKAITAN: Sayu saat punca mak sakit kaki terbongkar! Anak bergegas ke tempat kerja hantar 'hadiah tak mahal', sayangnya tak boleh nak peluk cium Pemuda berkenaan, Mohd Kamal Mohamad Saad berkata, ibunya memerlukan penjagaan dan pemantauan selepas menjalani pembedahan akibat penyakit kencing manis pada akhir 2008. Anak muda berusia 31 tahun itu memberitahu, ibu jari kaki kanan ibunya terpaksa dibuang bagi mengelakkan jangkitan namun rawatan dan penjagaan rapi diperlukan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebagai anak, saya risau siapa nak monitor, jaga makan dan minum mak, nak bawa mak ke klinik untuk rawatan. Masa tu ayah ada tapi uzur, takkan nak suruh ayah buat semua tu. "Dalam kalangan adik-beradik, saya seorang yang masih bujang. Jadi, saya buat keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk jaga mak," katanya kepada mStar. Ibu Kamal sebelum menjalani pembedahan di hospital. Kamal berkata, ketika itu dia berkhidmat dalam bidang khidmat pelanggan di Shah Alam, Selangor, selain melakukan bisnes kek secara separuh masa. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Waktu itu juga saya mencuba nasib dengan menghadiri uji bakat untuk menjadi pembaca berita. Salah satu sebab kerana saya suka bercakap dan berada di hadapan kamera. "Saya juga buat part time emcee (pengacara majlis). Jadi, saya buat keputusan drastik untuk tinggalkan regular customer (bisnes kek), job emcee yang banyak di Lembah Klang dan uji bakat pembaca berita yang ketika itu dah final stage... saya nekad pulang ke kampung untuk jaga mak,” ujarnya yang berasal dari Felda Adela di Kota Tinggi, Johor. Selain bekerja dalam bidang khidmat pelanggan dan mengusahakan bisnes kek, Kamal juga menjadi pengacara majlis. Selepas kira-kira enam bulan keadaan kesihatan ibunya beransur pulih dan kembali boleh berjalan, bapa Kamal pula diserang strok dan dimasukkan ke hospital, akhir 2019. Menurut anak ketujuh daripada lapan beradik itu, keadaan bapanya turut perlu dipantau kerana tidak dapat bergerak selepas serangan strok. Pesanan terakhir ayah, 'Mal, ayah tahu macam mana mencabar jaga mak, tinggikan kesabaran. Terima kasih sebab jaga ayah'. KAMAL "Lepas kena strok, saya jaga ayah. Saya jaga makan minum, pakai, buang air ayah sebab tak boleh bergerak. Mak pula masih perlu dipantau sebab kesihatan dia, jaga ubat-ubat. "Kedua-duanya saya letakkan di ruang tamu. Saya jaga mak dan ayah secara bergilir-gilir. Namun saya tak sangka ayah pergi terlalu cepat," ujarnya dengan nada sebak. Kenangan... Kamal ketika menjaga arwah bapa. Kamal berkata, bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat akibat strok pada usia 79 tahun, Mac tahun lalu, sambil mengimbas kembali permintaan terakhir arwah bapanya. "Sebulan sebelum tu, ayah request nak saya masak asam pedas ikan pari. Lepas tu dia minta nak makan bersama nenek iaitu mak ayah di kampung di Batu Pahat, dan permintaan itu ditunaikan. "Pagi pada hari ayah meninggal dunia pula, ayah minta nak tidur sebelah mak. Saya tunaikan, dan malam tu ayah meninggal dunia ketika dalam tidur," ujarnya yang bersyukur kerana dapat menunaikan permintaan terakhir bapanya. Foto kiri Kamal menjaga ibu di hospital, foto kanan Kamal bersama ibu yang semakin sihat. Namun, tiada sekelumit pun timbul kekesalan di hati anak muda itu kerana melepaskan tiga kerja dan cita-cita menjadi pembaca berita demi menjaga ibunya yang kini berusia 69 tahun. "Saya nekad walaupun tak akan ada pendapatan tetap dan hilang cita-cita jadi pembaca pemberita. Saya tak fikir apa-apa selain nak mak sihat. "Pesanan terakhir ayah, 'Mal (panggilan Kamal), ayah tahu macam mana mencabar jaga mak, tinggikan kesabaran. Terima kasih sebab jaga ayah'," katanya. Kamal berkata, keadaan ibunya bertambah baik tetapi masih memerlukan penjagaan rapi kerana dia perlu mencuci luka pada kaki ibunya selain membawa ke klinik untuk rawatan. Kamal kembali mengusahakan bisnes kek demi kelangsungan hidup. Selain itu, dia juga kembali mengusahakan bisnes kek di kampung beberapa bulan selepas bapanya dijemput Ilahi demi meneruskan kelangsungan hidup. "Biasanya pagi dan tengah hari saya uruskan mak, petang buat delivery. Selepas itu saya sambung uruskan mak dan buat kek sebelah malam hingga awal pagi. "Keinginan untuk jadi pembaca berita masih ada. Buat masa sekarang saya nak memperkukuhkan bisnes kek, dengan rancangan untuk mempunyai ejen dan dropship bagi mengembangkan perniagaan pada masa akan datang," katanya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!