SEPASANG kembar berusia 21 tahun memilih untuk menjadi petugas di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor Bahru, Johor untuk mengisi masa lapang mereka. Menurut Che Aiman Ammar dan Che Aiman Ameer Che Kamarudin, mereka juga mahu memanfaatkan masa yang terluang dengan memberi sumbangan dan bakti kepada masyarakat khususnya ketika pandemik Covid-19 sedang melanda negara. Bercakap kepada mStar, dua jejaka yang mesra disapa Ammar dan Ameer itu mengakui penat menjalani tugasan seharian di PPV sejak tiga minggu lalu, namun menganggap ia satu pengalaman berharga buat mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Tiga beradik ini buat hal lagi, bukan saja di TikTok, kasihan... akak McD pun keliru - “Yang pertama dan kedua OK lagi...” ARTIKEL BERKAITAN: Mahu buat kejutan, akhirnya sendiri yang sebak! Reaksi ibu buat kembar terima master terharu menyanyi dalam dewan konvo "Sejujurnya kami nak jadi petugas di PPV kerana ada banyak masa lapang. Kami nak berbakti dan tolong masyarakat. "Kalau boleh nak tengok semua orang dapat suntikan vaksin secepatnya dan kita semua dapat hidup macam dulu lagi. "Ia satu pengalaman yang sangat berbaloi walaupun memenatkan. Environment di PPV sangat friendly dan positif. Semua yang datang sangat baik dan memberi kerjasama," ujar Ammar sambil dipersetujui Ameer. Malah, kedua-dua mereka berharap individu di luar sana tidak takut untuk menerima vaksin agar negara ini dapat mencapai imuniti kelompok dan bebas Covid-19 tidak lama lagi. Foto pasangan kembar ini ketika zaman kanak-kanak. Sebelum ini, kedua-dua mereka sering mencuri tumpuan ramai menerusi perkongsian video bersama di akaun TikTok Aiman Twins. Namun, akaun itu tiba-tiba sahaja disekat pada Jumaat lalu dan mereka kini masih dalam proses rayuan untuk mendapatkannya semula. Kami pula tak suka baju sama. Kalau pattern sama masih boleh terima, tapi warna harus berbeza. AMMAR DAN AMEER "Kami agak sedih, stres juga. Tak tahu kenapa, buka TikTok, tahu-tahu dah kena banned. Tak tahu apa salah, tapi kami dah hantar rayuan kepada pihak TikTok. "Sebelum ini, ada video kami berdua viral sehingga dapat 2.7 juta tontonan. Rezeki post video adik-beradik, mungkin orang suka tengok kembar. "Kami juga mahu gunakan TikTok untuk sebar nilai positif dan yakin ia boleh menjadi platform untuk mencari rezeki. Dua beradik ini gemar bermain permainan video. "Paling penting, kami nak nama kami memberi impak positif kepada orang," ujar kembar itu lagi. Dalam pada itu, mereka berdua menerima segala komen yang ditinggalkan di media sosial termasuklah yang membandingkan rupa paras masing-masing. Bercerita mengenai pengalaman membesar bersama, Ammar dan Ameer mengakui mereka berdua memiliki persamaan iaitu gemar bermain permainan video. Namun, mereka cukup pantang jika terpaksa memakai baju yang sama, sebagaimana yang sering dilakukan oleh pasangan adik-beradik kembar yang lain. Ammar dan Ameer berharap orang ramai tak takut untuk menerima suntikan vaksin. "Dari segi persamaan, kami suka main game. Tapi sejujurnya, kami lain daripada kembar lain. Mungkin kembar lain suka pakai baju sama. "Kami pula tak suka baju sama. Kalau pattern sama masih boleh terima, tapi warna harus berbeza," ujar dua beradik itu berseloroh. Ammar baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang bisnes manakala Ameer sebelum ini belajar dalam bidang logistik. Dalam keluarga mereka, Ameer merupakan anak keempat manakala Ammar merupakan anak kelima daripada lima beradik. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!