SYARIKAT Apple yang bakal melancarkan model iPhone 13 sekitar September ini sememangnya ditunggu-tunggu oleh penggemar jenama itu di seluruh dunia. Tidak terkecuali juga peminatnya di Malaysia, termasuk remaja berusia 16 tahun ini. Demi merealisasikan impiannya untuk memiliki telefon pintar tersebut, remaja ini mewujudkan satu tabung khas sejak beberapa bulan lalu untuk mengumpul wang. ARTIKEL BERKAITAN: Jadi pembeli terawal, ‘pakcik’ beli iPhone 11 512GB disaran guna duit pergi umrah... tapi lelaki ‘humble’ ini sebenarnya lebih dari mampu! ARTIKEL BERKAITAN: Berbulan kumpul duit jual nasi kukus, rungutan bapa dorong pemuda buat kejutan beri iPhone 12... next mahu hadiahkan Mercedes-Benz "Hari ni tolong kemas-kemas rumah, bapa aku beri RM50... mak aku bagi RM20," katanya dalam satu perkongsian di TikTok. Perkongsiannya di TikTok mengundang perhatian warga maya yang kagum dengan inisiatifnya, yang sehingga kini meraih lebih daripada 268,000 jumlah tontonan. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Menurut Muhammad Hazim Mohamad Salehuddin, dia memasang impian untuk memiliki telefon pintar keluaran Apple itu kerana tertarik dengan keunikan, kecanggihan dan ciri khas model terbaharu tersebut. "Sekarang ini saya pakai telefon pintar model iPhone XR. Saya target nak miliki iPhone 13 kerana fungsi kameranya yang unik. Memandangkan saya hanya seorang pelajar dan belum mempunyai pendapatan sendiri, cara yang boleh dilakukan adalah menabung. "Saya ambil satu bekas dan jadikannya sebagai tabung khas untuk beli iPhone idaman. Saya beritahu hasrat tersebut kepada ibu dan ayah, dan offer untuk melakukan apa jua kerja rumah untuk mendapat upah. Tabung khas yang dikhususkan untuk mengumpul 'dana' demi memiliki iPhone 13. "Selalunya saya akan basuh kereta, kemas rumah atau apa sahaja yang disuruh oleh ibu dan ayah. Kadang-kadang kalau giliran adik basuh kereta, saya offer nak buat secara sukarela bagi pihaknya sebab nak dapatkan upah. "Sebelum ini masa sekolah masih dibuka, duit belanja yang diberi oleh ibu dan ayah juga saya simpan. Sanggup tak belanja di kantin sebab nak isi dalam tabung. Walaupun sikit tapi lama-lama jadi bukit," ujar anak sulung daripada empat adik beradik ini. Menurutnya, sehingga kini wang dalam tabungannya terkumpul kurang daripada RM1,000. Sebelum ini masa sekolah masih dibuka, duit belanja yang diberi oleh ibu dan ayah juga saya simpan. MUHAMMAD HAZIM MOHAMAD SALEHUDDIN "Kalau nak diikutkan, memang banyak lagi jumlah yang diperlukan. Mungkin tak sempat kalau nak beli pada September. Mungkin lewat beberapa bulan sebab nak cukupkan... kena usaha lebih sikitlah," katanya yang berasal dari Gelang Patah, Johor. Dia yang senang disapa sebagai Hazim berkata ini bukan kali pertama dia mewujudkan tabung khas untuk membeli barangan kegemaran. "Sebelum ini saya menabung juga kalau nak beli kasut sneakers Nike atau barangan hiasan untuk diletakkan dekat bilik," ujarnya. Tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular, Hazim berkata dia terharu dengan komen-komen positif daripada netizen yang kagum dengan inisiatifnya. Antara komen netizen yang turut terinspirasi dengan inisiatif Hazim yang menabung demi membeli iPhone 13. "Tapi ada juga komen yang cakap, lebih baik beli emas daripada iPhone dan macam-macam lagi. Tak apalah, bagi saya itu pandangan masing-masing. Saya bak beli telefon tersebut bukan sebab trend tapi kerana ia menjadi idaman saya. "Sama seperti orang lain, saya cuba berusaha untuk mendapatkan apa yang ingin dimiliki. Secara tak langsung, diharap perkongsian ini juga dapat menggalakkan orang lain atau adik-adik untuk memupuk budaya menabung," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI