suria

Kecoh hantu Jepun ‘teman’ pemuda joging, lain macam lajunya macam naik hoverboard - “Ada orang DM saya, dua hari tak boleh tidur”

Kelibat menyerupai 'askar Jepun' yang muncul di belakang Nazzwan ketika dia sedang bersenam.

BAYANGKAN sekiranya anda sedang asyik berjoging seorang diri sambil menghirup kesegaran angin malam, namun secara tiba-tiba muncul pula sosok 'makhluk aneh' yang menemani.

Tanpa berlengah, sudah pasti tindakan pertama yang dilakukan adalah membuka langkah seribu.

Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini menunjukkan seorang pemuda yang sedang berjoging pada waktu malam turut merakam kelibat seperti seorang askar Jepun yang berlari laju di sebelahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mulanya jumpa kubur, selepas itu terserempak gadis menangis tepi highway... ramai kata berani sebab siap rakam! - “Terus pecut motor, tak pandang kiri kanan dah!”

ARTIKEL BERKAITAN: Tengah ambil angin atas buaian, tiba-tiba ada ‘benda’ baling batu... wanita berani rekod video seorang diri - “Mereka kata nampak sesuatu dekat pokok sukun”

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, kelihatan sosok tersebut lengkap berpakaian seragam seperti askar Jepun yang pernah menjajah Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an dulu berlari laju, namun dapat dilihat jelas wajahnya yang kehitam-hitaman dalam rakaman video tersebut.

Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga 2.6 juta jumlah tontonan!

Pelbagai reaksi warganet membanjiri ruangan komen pada perkongsian video berkenaan, dengan ada antara mereka yang percaya bahawa ia adalah penampakan sosok askar Jepun.

Namun tak kurang pula yang menyifatkannya sebagai rekaan demi sebuah 'content' semata-mata.

Pemilik video merangkap lelaki yang merakam penampakan 'askar Jepun' berkenaan, akhirnya tampil membuka cerita sekali gus merungkai teka teki yang membelenggu fikiran ramai.

"Sebenarnya video tu direkod secara spontan ketika saya dan kru produksi tengah break waktu shooting sebuah filem. Saya pernah tengok video viral dari Singapura, di mana orang tu 'diganggu' hantu askar Jepun sewaktu sedang berjoging waktu malam.

hantu baru 3

Nazzwan merupakan kru bagi sebuah syarikat produksi sejak hampir enam tahun lalu.

"Kebetulan pula kami ada kostum askar Jepun. Jadi saya ajak kawan rakam untuk masukkan sebagai content. Memang spontan dan tiada niat apa pun sebab saya bukan 'content creater'.

"Lelaki yang sedang berjoging itu saya manakala lelaki yang pakai kostum askar Jepun itu adalah seorang pelakon lelaki terkenal namun saya tak mahu 'spoilt'. Identitinya akan diketahui tidak lama lagi selepas saya buat pendedahan dalam satu video lain.

"Dia tak berlari tapi naik hoverboard. Saya hanya boleh beri hint, dia adalah seorang pelakon berbangsa Cina," ujar lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Nazzwan ini kepada mStar.

Tambahnya, rakaman tersebut dilakukan ketika waktu penggambaran sebuah filem sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Lelaki yang sedang berjoging itu saya manakala lelaki yang pakai kostum askar Jepun itu adalah seorang pelakon lelaki terkenal namun saya tak mahu 'spoil'.

NAZZWAN

"Sebenarnya saya tak jangka langsung video ini 'meletop' apabila dimuat naik di TikTok. Bila saya beritahu kru dan pelakon itu, mereka pun terkejut. Bukan saja terima banyak komen pada perkongsian video tersebut, malah saya siap dapat DM.

"Ada seorang lelaki ini DM saya personal, dia beritahu dah dua hari tak dapat tidur kerana fikir pasal apa yang dilihatnya dalam video tersebut. Dia minta saya beritahu apa sebenarnya yang berlaku. Sampai macam tu sekali.

"Memang saya sangat tak jangka... namun saya balas, beritahu perkara sebenarnya dan memohon maaf kepadanya kerana tak ada niat pun buat macam tu.

"Bagaimanapun ramai juga netizen yang dah boleh hidu itu adalah content. Sebabnya mata mereka 'tajam' mengesan ada bayang-bayang terbentuk ketika askar Jepun tu lalu. Maknanya, yang tahu tu tahulah... tapi kesian juga bila ramai yang percaya. Saya sekali lagi nak mohon maaf kepada semua," ujarnya.

hantu baru 1

Nazzwan kini berniaga ayam leleh cheese memandangkan industri seni kini 'berehat' seketika ketika Perintah Kawalan Pergerakan.

Dalam pada itu, Nazzwan yang sudah hampir enam tahun bekerja sebagai seorang kru produksi berkata dia bersyukur kerana belum pernah mengalami insiden ngeri sepanjang hayatnya.

"Kalau shooting di kawasan jauh atau hutan sekali pun, Alhamdulillah belum ada insiden sedemikian. Namun minta sangat supaya dijauhkan... kita pun semestinya buat persediaan tertentu sebelum masuk kawasan 'asing'.

"Namun sekarang dah lama tak terlibat dengan sebarang shooting sebab pelaksanaan PKP. Ketika ini saya beri tumpuan terhadap bisnes kecil-kecilan iaitu meniaga ayam keju, Lelehfriedchiecken di Taman Dagang.

"Sedikit sebanyak dapat juga menjana pendapatan ketika industri seni kena 'berehat' seketika waktu pandemik ini," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain