PERKONGSIAN jejaka ini mengenai umur sebenarnya menerusi media sosial ternyata mengejutkan ramai. Menurut Saufi Hamzah, komen yang diterima rata-ratanya tidak percaya dengan umur sebenarnya memandangkan wajahnya yang kelihatan muda, persis jejaka berusia 20-an. Menurut jejaka dari Ranau, Sabah itu, apa yang dialaminya ini bukanlah perkara baharu dan hanya berlaku di media sosial, malah dia turut berdepan situasi sama dalam dunia nyata. ARTIKEL BERKAITAN: Wow, anak dah 4 tapi 'maintain' cun, aunty awet muda sikit pun tak lokek kongsi petua! ARTIKEL BERKAITAN: Dua beranak ini sama-sama jelita... tapi si ibu lebih ‘laju’ dapat info dirinya jadi perhatian - “Mak saya tahu bukan dari saya” "Saya berkongsi video di TikTok mengenai umur dan asal usul saya. Tiba-tiba view video itu naik. Ramai yang tak percaya dengan umur saya. "Memang muka saya macam tu. Masa saya bekerja pun orang tanya benda sama sehingga saya terpaksa tunjuk kad pengenalan sebagai bukti. "Ramai juga yang komen tanya petua awet muda. Saya hanya ikut amalan arwah nenek iaitu makan ulam yang pahit. Sejak kecil lagi saya amalkan sehinggalah sekarang," ujarnya yang mesra disapa Phi. Selain usianya yang menjadi perdebatan ramai, ada netizen turut meninggalkan komen mengenai paras rupa jejaka itu. Phi bekerja dengan bapanya selepas kembali ke Sabah tahun lalu. Menurut Phi, yang kini berusia 31 tahun, dia menolak tanggapan bahawa ramai individu kacak berasal dari Sabah dan Sarawak dan menganggap ketampanan seseorang tiada kaitan dengan negeri. "Setakat ini tiada kecaman di TikTok saya. Cuma ada juga yang kata orang Sabah dan Sarawak ramai yang handsome. Sebelum ini saya banyak buat video menyanyi. Harap naik balik TikTok saya lepas ni. PHI "Tak boleh cakap macam tu. Seluruh Malaysia sama saja. Cuma mungkin ada yang belum menonjol. Saya tak nak isu itu membuka ruang kepada kecaman," ujarnya. Menurut Phi, dia sebelum ini pernah bertugas sebagai pengurus sebuah butik di Kuala Lumpur, namun terpaksa pulang ke kampung selepas pandemik Covid-19 melanda. Phi akui ramai yang tak percaya dengan usia sebenarnya. Bagi mengisi kelapangan masa, Phi membantu bapanya menguruskan ladang sawit selama enam bulan sebelum mendapat pekerjaan baharu di sebuah kedai gajet di Ranau. "Butik tempat saya bekerja di KL tutup ketika pandemik. Selepas balik Sabah, saya tolong famili untuk angkat dan hantar sawit ke kilang selama lebih enam bulan. Saya tak sampai hati tengok ayah kerja sendiri. Masa tu dia tiada pekerja. "Sejujurnya susah kerja sawit kalau kita tak biasa. Tapi saya anggap sebagai senaman, dah tak perlu ke gim. Pada masa sama, saya senang hati dapat berada dekat dengan famili. Phi sedih apabila akaun Tiktok miliknya hilang tanpa sebarang penjelasan pada Mei lalu. "Tapi kini saya bekerja sebagai pembantu pengurus di sebuah kedai gajet," ujar jejaka itu lagi. Kata Phi yang meminati penyanyi Anuar Zain, dia juga sedih apabila akaun TikTok miliknya dengan 15,000 pengikut tiba-tiba disekat dan lesap dengan begitu sahaja pada Mei lalu. Kata Phi, dia sebelum ini banyak berkongsi video cover nyanyian menerusi akaun itu. Phi kini menetap di Ranau, Sabah. Kini, Phi baru sahaja mencipta akaun TikTok baharu dan sudah mengumpul 4,400 pengikut setakat ini. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "InsyaAllah dalam masa terdekat saya akan buat cover nyanyian dan kongsikan menerusi TikTok baharu. Sekarang tengah tunggu kelengkapan menyanyi sampai. "Sedih gila hilang akaun dengan 15,000 pengikut. Susah nak dapat macam tu. Sebelum ini saya banyak buat video menyanyi. Harap naik balik TikTok saya lepas ni," ujarnya lagi. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!