suria

Menjahit dari rumah je, wanita ini terkejut ‘minah salih’ dari Australia mesej nak tempah baju kahwin - "Dia nak design tak menjolok mata”

Ini merupakan kali ketiga Suhyla menerima tempahan menjahit baju pelanggan dari luar negara.

SIAPA sangka hasil jahitan anak tempatan ini mampu menambat hati wanita warga Australia untuk menempah pakaian yang akan dipakai pada majlis pernikahannya.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh Suhyla Ashari, 26, ini merupakan kali ketiga dia menerima tempahan menjahit busana pengantin untuk pelanggannya yang menetap di luar negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Jejaka ini kongsi rahsia ‘umur tua, wajah muda’... positif kerja di ladang sawit selepas hilang job - “Saya anggap ia senaman di gim”

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara sado, nampak muda lelaki ini kena menjawab dengan polis lalu ‘fast lane’ di PPV - “Dulu orang panggil pakcik, sekarang abang”

Rakaman berdurasi 59 saat itu berjaya meraih hampir 600,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Mesra disapa Suhyla, dia mengaku sangat teruja dan terkejut apabila wanita berkenaan menghubunginya dan menyatakan hasrat membuat tempahan baju pengantin dengannya.

Jelasnya, proses menyiapkan baju tersebut mengambil masa sekitar tiga hari, manakala untuk tiba di Australia pula mengambil masa sekitar enam hingga ke tujuh hari.

"Wanita itu merupakan penduduk tetap di Australia dan akan berkahwin dengan lelaki Melayu yang menetap di sana. Dia menghubungi saya melalui WhatsApp pada 10 Jun. Sepatutnya mereka bernikah pada 30 Ogos, tetapi tiada tarikh tetap lagi disebabkan sekarang tengah lockdown di Melbourne.

"Idea baju dari saya, tetapi ada juga ikut permintaan dia yang mahukan design tidak menjolok mata untuk nikah nanti sebab dia baru saja peluk Islam. Saya rasa sangat teruja nak reka dan menjahit baju untuk dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Menurut Suhyla, proses menjahit dilakukan seperti biasa tetapi agak mencabar dari segi melakukan ukuran disebabkan pelanggan tidak berada di depan mata.

IMG_6222

Antara baju yang dijahit oleh Suhyla.

"Banyak kali juga saya minta customer update ukuran badan supaya baju tersebut dapat ukuran yang tepat sebelum dijahit dan dihantar kepadanya.

"Upah jahit dress kahwin dan veil adalah RM890 tidak termasuk harga kain dan kos penghantaran ke Australia sekitar RM700," katanya yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Anak keempat daripada tujuh beradik ini berkata dia merupakan bekas pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau dalam bidang Diploma Art & Fashion Design dan memulakan bisnes menjahit pada tahun 2017.

Bermula dengan hanya mengambil tempahan menjahit veil untuk pengantin, dia memberanikan diri untuk menerima tempahan menjahit pakaian wanita dua tahun kemudian dan ini merupakan kali ketiga dia menerima tempahan dari luar negara.

"Setakat ni saya dah dapat dua tempahan dari Australia... saudara mara saya yang recommend kepada mereka. Sebab saya ada ramai saudara-mara yang dah jadi penduduk tetap dan sepupu saya ramai yang lahir di sana.

"Kali pertama saya terima tempahan menjahit baju nikah dari luar negara adalah pada tahun lepas, juga daripada seorang wanita Australia. Dua lagi adalah pada tahun ini, iaitu pelanggan dari Melbourne ni dan kakak saya yang menetap di Manchester," katanya.

Suhyla bagaimanapun tidak pernah berasa dirinya seorang tukang jahit hebat kerana dia hanya menjahit pakaian wanita dan menganggap tempahan dari luar negara itu sebagai rezeki buat dirinya.

"Cuma mungkin berbeza dari segi teknik, hasil jahitan dan cara untuk mendapat hasil baju yang kemas.

Nasib baik tunang saya selalu offer diri untuk menolong saya siapkan tempahan baju pelanggan bersama-sama.

SUHYLA ASHARI

"Alhamdullilah, saya sangat berbangga apabila mendapat perhatian orang luar kerana saya hanyalah small business owner. Saya menjahit pun di rumah sahaja dan belum memiliki kedai sendiri." ujarnya yang juga bekerja sebagai seorang penata gaya fesyen di sebuah stesen TV di Selangor.

Sama seperti orang lain, Suhyla juga berdepan cabaran dalam bidang jahitan ini seperti tiada modal untuk membeli sebuah mesin jahit industri kerana pada waktu itu dia baru sahaja menamatkan pengajiannya.

Namun dengan bantuan dan sokongan ibu bapanya Sulastri Redzwan, 54, dan Ashari Ishak, 61, dia mampu membeli sebuah mesin menjahit lurus industri.

"Cabaran sebagai tukang jahit yang baru dalam dunia jahitan ini ialah, saya cuma fresh graduate dan tak mampu untuk membeli sebuah mesin jahit industri yang bernilai ribuan ringgit. Nasib baiklah dengan bantuan keluarga, saya dapat beli sebuah mesin jahit lurus industri dan bayar kepada mereka semula secara ansuran.

"Saya pula cuma jalankan bisnes menjahit ni seorang diri, jadi memang tak cukup tangan untuk jahit baju ketika musim perayaan. Nasib baik tunang saya selalu tawar diri untuk tolong saya siapkan tempahan baju pelanggan bersama-sama.

IMG_6229

Shuyla mendapat bantuan daripada ibu bapanya untuk membeli sebuah mesin jahit industri.

"Kadang-kala saya terpaksa keluar duit lebih untuk pergi cari fabrik, bahan menjahit dan aksesori jahitan di Kuala Lumpur atau Selangor kerana ada lebih banyak pilihan di sana. Tetapi dalam keadaan pandemik ini pula, saya beli online sahaja dan pernahlah rugi sedikit sebab terpaksa beli semula kain kerana apa yang dibeli itu agak berbeza daripada warna asal.

"Tempahan juga terpaksa dihadkan kerana keadaan yang tidak mengizinkan dan ukuran baju juga terpaksa diambil secara virtual kerana pelanggan tidak dapat hadir untuk fitting baju," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain