suria

Setahun rancang beli kereta untuk anak, bapa jadi korban Covid-19 kurang sebulan sebelum pencen - "Di wad, ayah sempat tanya tentang KWSP”

Bapanya sudah lama berhasrat mahu membelikan kereta untuk kegunaan mereka adik beradik.

"BULAN sembilan nanti ayah nak belikan kereta untuk anak-anak," itulah hasrat seorang bapa yang mahu menghadiahkan kereta kepada anak-anaknya.

Namun hajatnya itu tidak kesampaian apabila terkorban akibat wabak Covid-19.

Kenangan terakhir bersama insan tersayang itu dirakam bulan lalu sebelum ia kemudian dimuat naik oleh Nur Syazliana Rosman,18.

ARTIKEL BERKENAAN: Ada gaya, terkejut mak ayah! Anak 2 tahun bersahaja main skateboard, muka cool habis - “Dalam keluarga tiada seorang pun tahu main”

ARTIKEL BERKENAAN: Pemalu orangnya, tapi berilah apa saja... spanar, kayu semua model cilik ini boleh uruskan! - “Atas pentas, depan kamera dia all out”

Video tersebut meraih hampir 20,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Dia yang mesra disapa Syazliana mengimbau kembali detik ketika bapanya Rosman Sidin, 55, disahkan positif Covid-19 pada awal Julai lalu.

Menurut gadis itu, ibunya Siti Aminah Osman, 46, serta dua ahli keluarganya yang lain turut dijangkiti wabak tersebut manakala dia dan kakaknya Nur Syazriena Rosman, 20, pula negatif.

"Ayah saya mula demam dan rasa sakit sejak 5 Julai lalu, dah pergi ke klinik tapi tak sangka pula sakitnya melarat. Kali kedua dia ke klinik pada 8 Julai, doktor bagi surat untuk ke Hospital Selayang dan kemudiannya dimasukkan ke wad kerana ada jangkitan kuman di paru paru.

"Esoknya doktor telefon ibu cakap yang ayah positif Covid-19, jadi kami sekeluarga kena buat swab test. Keputusan swab test ibu, kakak sulung serta adik bongsu positif, tetapi saya dan kakak kedua negatif.

"Kami kuarantin di rumah secara berasingan dan sentiasa video call ayah untuk tahu perkembangannya. Namun keadaan ayah semakin kritikal kerana selain jangkitan paru-paru ayah juga menghidap penyakitnya darah tinggi dan kencing manis.

IMG_6319

Hanya Syazliana dan kakaknya sahaja yang dapat melihat bapanya buat kali terakhir.

"Ayah meninggalkan kami semua pada 12 Julai pukul 3.25 petang, hanya saya dan kakak kedua sahaja yang dapat melihat arwah buat kali terakhir. Yang lain tengok melalui video call sahaja kerana masih dalam tempoh kuarantin," katanya yang menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, mereka sekeluarga terkesan dengan pemergian bapanya kerana sudah tidak berpeluang untuk mencipta lebih banyak kenangan bersama.

"Ayah akan pencen pada 30 Ogos nanti dan salah satu keinginan ayah adalah untuk membelikan kami adik beradik sebuah kereta baru.

"Waktu berada di wad tu, ayah sempat bertanya kepada kami tentang KWSP dan i-Sinar sebab benda-benda macam ni dia tak tahu macam mana nak buat. Jadi memang kami adik beradiklah yang tolong uruskan secara online.

"Sebelum adanya Covid-19, ayah selalu luangkan masa berkumpul untuk sarapan bersama kecuali pada hari bekerja. Walaupun kawan-kawan ajak dia keluar, ayah akan memilih untuk luangkan masa dengan kami.

Macam mana kita sayang orang tu pun, mereka akan tetap juga pergi.

NUR SYAZLIANA ROSMAN

Walaupun sedih dengan kehilangan insan tersayang, Syazliana sedar bahawa tiada satu pun yang kekal selamanya di dalam dunia ini.

Dia reda dengan ketentuan Allah dan berharap orang lain menghargai masa bersama keluarga selagi mereka masih lagi berada di sisi.

"Apa yang membuatkan saya sedar dari meratapi kesedihan adalah tiada satu pun dalam dunia ni akan menjadi milik kita selamanya.

IMG_6277

Pemergian ayahnya memberi kesan kepada mereka sekeluarga.

"Macam mana kita sayang orang tu pun, mereka akan tetap juga pergi. Semuanya milik Allah, dari Dia kita datang dan kepadaNya jua kita kembali.

"Sebab itulah kita kena hargai masa bersama keluarga selagi mereka masih lagi bernyawa," ujarnya yang bakal melanjutkan pelajaran ke Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan dalam jurusan Diploma Perniagaan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain