DUNIA permotoran biasanya cukup sinonim dengan kaum lelaki, namun kemunculan seorang rider yang berniqab menerusi video-video di TikTok cukup mencuri perhatian netizen. Menurut Nuralizatul Syahira Ali, 24, dia sama sekali tak menyangka video memaparkan dirinya yang sedang menunggang Kawasaki Z800 akan tular sehingga meraih hampir sejuta tontonan menerusi platform itu. Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Syahira mengakui sudah lama minat dengan motosikal berkuasa tinggi, namum impiannya baru direalisasikan pada tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Kahwin umur 18 tahun... wanita pilih hidup susah bersama suami tak hirau dihina niaga pasar malam, berkat menabung kini tersenyum miliki kereta idaman ARTIKEL BERKAITAN: Rider cun dah biasa dirinya jadi tumpuan! Selain sering dipuji, dapat juga makan free, duit raya - “Mak ayah agak risau” "Saya minat motor sejak bujang lagi. Tapi lepas kahwin, saya dah tak ada masa nak fikir mengenai hobi. "Pada November tahun lepas, saya belikan motosikal sebagai hadiah ulang tahun kepada suami. Pada awalnya dia fikir saya nak belikan Y15, tapi saya maklumkan bahawa saya nak beli superbike. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Bila dah beli, suami suruh cuba tapi saya tak berani, saya takut jatuh. Lepas seminggu, saya cuba dan tak sangka boleh tunggang motor tu. "Niat nak beli untuk dia, tapi kita pula lebih-lebih," ujarnya berseloroh. Syahira banyak berkongsi video menerusi TikTok. Bermula detik itu, Syahira mengakui dia semakin seronok dengan hobi permotoran sehingga dia banyak berkongsi video-video menerusi aplikasi TikTok. Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia mahu menyampaikan mesej kepada kaum hawa di luar sana agar berani mengejar impian mereka dalam apa jua cara sekali pun. Saya juga memasang impian untuk ride bersama rider-rider kaum hawa yang lain selepas tamat pandemik Covid-19. SYAHIRA "Saya belum pernah ride solo jauh-jauh. Cuma kadang-kala saya akan hantar suami ke tempat kerja yang mana perjalanannya sekitar 18 km. Pagi saya hantar, petang saya ambil. "Pada saya, bertudung atau berniqab tak menghalang kita untuk buat perkara yang kita suka. Selagi boleh tutup aurat, saya rasa tak salah. Paling penting kena dapatkan restu suami. "Saya rasa satu kepuasan bila naik motor. Alhamdulillah, setakat ini saya belum pernah terlibat dalam sebarang kejadian tak diingini. Syahira bersama suaminya. "Saya juga memasang impian untuk ride bersama rider-rider kaum hawa yang lain selepas tamat pandemik Covid-19, nak ride ke negeri-negeri lain," ujarnya yang menetap di Kajang, Selangor. Menurut Syahira, selain komen-komen positif dan pertanyaan mengenai motosikal, dia juga tak terlepas menerima kecaman di aplikasi TikTok. Namun katanya, dia mengambil pendekatan positif dan menerima setiap komen sebagai peringatan kepada dirinya untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang. Syahira menjemput suaminya pulang bekerja. "Ada satu komen, dia kata berpurdah konon, tapi baju ketat. Sebenarnya baju saya longgar, cuma saya masukkan dalam jaket ketika menunggang. Mungkin angle kamera menyebabkan nampak ia ketat. "Tapi video itu suami saya yang edit dan bagi pelepasan. InsyaAllah lepas ni saya akan tapis dan elak video yang boleh mendatangkan fitnah. "Tapi saya anggap dia seorang yang berani untuk tegur. Ia juga membuatkan saya tak 'syok sendiri' dan lebih beringat. Saya pandang positif sebagai peringatan untuk diri," ujarnya lagi. Menurut Syahira, dia turut menjalankan bisnes kasut dan mula memakai niqab pada tahun 2017. Syahira setakat ini memiliki 13,800 pengikut di aplikasi TikTok. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!