DI dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis buah-buahan, namun pasti ada yang kita sendiri tidak pernah tahu tentang kewujudannya. Rakaman video dimuat naik oleh pemuda ini memaparkan sebiji buah yang begitu unik mengundang pelbagai soalan daripada netizen. Video berdurasi seminit itu meraih sebanyak 121,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: 19 kucing kampung buat pemilik keliru, ‘demand’ macam golongan T20! Suka lepak atas ‘sofa manusia’, cirit makan makanan murah ARTIKEL BERKAITAN: Buat 2 kerja demi sara bapa strok... pemuda ini tak pernah berdepan gangguan, cuma leher digigit semut ketika bertugas jadi guard Berkongsi cerita dengan mStar, pemuda berkenaan, Nazwan Hamidi Shafie, 23, berkata, buah yang unik itu ialah gac fruit yang ditanam oleh bapa saudaranya di Malau, Jitra, Kedah. Jelasnya lagi, buah itu tidak mempunyai sebarang rasa dan lebih sedap jika dijadikan jus dengan menambah bahan lain sebagai perisa seperti oren atau limau. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Buah dalam video tu nama dia gac fruit, pakcik saya yang tanam di kebun dia. Ramai yang tanya saya tentang buah tu sebab mereka tak pernah nampak. "Sampai ada yang minta saya tunjukkan rupa isi buah tersebut. Sebenarnya gac fruit ni tak ada rasa apa-apa pun, kalau dimakan begitu sahaja memang tak sedap. Buah itu ditanam di kebun milik bapa saudaranya. "Masa pakcik baru nak set up kebun ni, saya pun tertanya-tanya sebab memang tak pernah jumpa buah macam tu," katanya yang menetap bersama keluarganya di Kampung Padang Patong, Labu Besar, Kulim, Kedah. Mesra disapa Nazwan, katanya buah gac mengambil masa sembilan bulan untuk mengeluarkan hasil dan banyak terdapat di Thailand dan Vietnam. "Ia digelar buah dari syurga kerana mempunyai khasiat yang tinggi seperti kolagen serta dijadikan supplement. "Nak dapatkan buah gac memakan masa sembilan bulan sebab pokoknya akan mengeluarkan bunga dahulu dan ia perlu 'kahwinkan' bunga jantan dengan betina baru boleh dapatkan buahnya. Biasanya kalau tengah musim madu iaitu dari Januari hingga Mei, satu sarang boleh hasilkan 1kg madu. NAZWAN HAMIDI SHAFIE "Pakcik juga banyak mengajar cara menanam buah gac sambil mengupah saya untuk tolong di kebun," ujarnya yang merupakan pelajar Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) Dengan Kepujian (BNM) di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia di Pagoh, Johor. Dalam pada itu, Nazwan juga menternak kelulut di kebun bapanya yang terletak di belakang rumah mereka dan menjual madu kelulut secara online. Menurut anak keempat daripada lima beradik ini, idea itu tercetus apabila dia teringat akan pengalaman menolong pensyarahnya, Rosnani Hassan, 49, yang mempunyai sebuah ladang kelulut di Pasir Putih, Kelantan. Walaupun tiada asas dalam penternakan kelulut, Nazwan berguru dengan penternak kelulut berpengalaman selain membuat kajian menerusi internet bagi mengetahui lebih mendalam mengenai madu kelulut. "Dulu waktu cuti semester saya selalu tolong ayah jahit kasut. Tapi bila dah PKP ni susah nak dapat pelanggan sebab orang tak keluar, jadi saya pun berfikir macam mana nak cari duit. "Kebetulan saya teringat waktu diploma dulu ada tolong pensyarah mengumpul madu daripada sarang kelulut, jadi saya pun nak cuba ternak sendiri. Saya banyak bertanya kepada penternak lain di Facebook dan merujuk video di Youtube sebagai panduan. Nazwan menternak kelulut di kebun bapanya yang terletak di belakang rumah mereka. "Biasanya kalau tengah musim madu iaitu dari Januari hingga Mei, satu sarang boleh hasilkan 1kg madu. Saya jual sebotol berisi 110ml madu dengan harga RM30 di Shopee, kawan-kawan dan keluarga pun ada tolong promosikan di media sosial mereka. "Saya cuma nak pesan kepada anak muda di luar sana tu untuk mula berbisnes, dalam keadaan sekarang ni kita nak cari kerja pun susah. Memang kena buat macam-macam untuk dapatkan duit." ujarnya kepada mStar. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!