suria

Wanita ini seronok melukis di wajah sendiri, lukisan tengkorak nampak ngeri tapi ada cantiknya - “Mekap muka orang lain lebih susah”

Lukisan tengkorak yang disolek oleh Sabrina pada wajahnya sendiri ternyata mencuri perhatian pelayar media sosial.

VIDEO memaparkan gadis ini menyolek wajahnya sehingga kelihatan seperti tengkorak manusia ternyata mencuri perhatian ramai netizen.

Kelincahan jari-jemari Nur Sabrina Iskandar, 21, setiap kali dia melukis pada wajahnya yang diibaratkan sebagai kanvas membolehkan dia mengumpul peminat tersendiri di media sosial.

Bercerita kepada mStar, dia yang senang disapa Sabrina mengakui minat terhadap bidang itu sudah bercambah sejak kecil sebelum ia dijadikan sebagai kerjaya sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Baby doll’ dihujani kritikan... walau tak kecil hati, jurusolek kesan khas tetap ada alasan sendiri - “Dalam 10 yang suka, mesti ada yang tak suka”

ARTIKEL BERKAITAN: Idam jadi MUA terkenal, pemuda 'dagu panjang' tak hirau digelar alien... nafi bedah wajah - “Paling terasa bila orang pertikai lelaki pakai mekap”

"Saya sudah menjadi make up artis (MUA) sejak tahun 2019. Ia bermula dengan hobi semata-mata. Saya solek wajah dan kongsi di media sosial.

"Kemudian orang suka dengan hasil mekap saya, mereka panggil dan upah saya untuk buat mekap.

"Saya memang buat mekap untuk pengantin, pada masa sama saya buat mekap kesan khas untuk content media sosial sendiri.

"Kalau nak diingat semula, minat ini bermula dengan aktiviti melukis di sekolah. Kemudian saya tengok orang buat art pada wajah, saya pun cuba juga pada wajah sendiri," ujarnya.

sab2

Sabrina mula bergelar MUA seawal usia 19 tahun.

Menurut Sabrina yang menetap di Gombak, Selangor, mekap tengkorak yang mencuri perhatian ramai itu mengambil masa empat ke lima jam untuk dilengkapkan.

Namun katanya, solekan pada wajah sendiri lebih senang berbanding solekan pada wajah pelanggan memandangkan dia perlu 'berkenalan' dengan wajah baharu setiap kali keluar bekerja.

Tak semestinya nak jadi MUA, kena berhenti benda lain. Ramai MUA yang saya kenal, mereka ada kerjaya hakiki.

SABRINA

"Bagi saya mekap muka orang lain lagi susah. Sebab setiap mereka memiliki kulit berbeza-beza.

"Muka sendiri memang kita dah kenal, dah tahu apa produk yang sesuai. Berlainan dengan pelanggan, kita akan jumpa muka-muka baharu dan kena buat penyesuaian dengan muka mereka untuk membuat solekan," ujarnya lagi.



Lukisan tengkoran yang dihasilkan Sabrina tular di TikTok.

Bercerita mengenai kerjanyanya, Sabrina mengakui kemeriahan bidang yang diceburinya itu tiba-tiba suram setelah pandemik Covid-19 melanda negara.

Dedahnya, permintaan terhadap khidmat solekan juga berkurangan apabila banyak majlis kahwin terpaksa ditunda dan dibatalkan sejak lebih setahun lalu.

sab3

Sabrina memiliki diploma dalam bidang Kaunseling dan Psikologi.

"Saya pun bukannya lama dalam bidang mekap. Saya baru saja masuk industri, tengah naik kemudian terpaksa berhenti.

"Job berkurangan. Dulu setiap minggu ada pengantin yang nak disolek. Tapi saya tak nak berputus asa, saya fokus buat content media sosial... dari situ dapat job juga.

"Pada masa sama, saya juga buat lukisan potret. Saya beruntung dapat jadikan minat sebagai kerjaya," ujarnya lagi.

Menurut Sabrina yang pernah mengikuti pengajian diploma dalam bidang Kaunseling dan Psikologi, dia terharu dengan penerimaan ramai terhadap karyanya di media sosial.

Malah pesan Sabrina, sesiapa sahaja yang mempunyai minat terhadap bidang seni patut meneruskan impian mereka tanpa menghiraukan kata-kata orang lain.

"Alhamdulillah, tiada kecaman negatif terhadap karya. Cuma ada yang tegur tak patut mekap setebal itu.

sab4

Kata Sabrina, menyolek wajah orang lain lebih susah berbanding menyolek wajah sendiri.

"Tapi saya nak ucap terima kasih kepada yang menyokong. Saya hargai sangat, saya bersyukur orang terima apa yang saya lakukan sehingga saya dapat menjana pendapatan dengan mekap.

"Kita hanya perlu buat apa yang kita suka. Tak semestinya nak jadi MUA, kena berhenti benda lain. Ramai MUA yang saya kenal, mereka ada kerjaya hakiki.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Yang paling penting, jangan berhenti berkarya," ujarnya lagi.

Sehingga kini video mekap tengkorak yang dihasilkan Sabrina pada wajahnya sendiri sehingga kini meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.

Malah, ramai yang turut menghujani posting itu dengan komen pujian dan kata-kata semangat buat Sabrina.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain