"RASA macam pengantin baru!" itulah perasaan seorang isteri mengimbau kembali saat suaminya pulang dari mendalami ilmu agama bersama jemaah tabligh. Video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan menunjukkan suaminya sedang menulis pesanan sebelum keluar rumah meninggalkannya selama 40 hari atau dipanggil khuruj pada November 2018. Video tersebut setakat ini meraih hampir 120,000 ribu tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Buat 2 kerja demi sara bapa strok... pemuda ini tak pernah berdepan gangguan, cuma leher digigit semut ketika bertugas jadi guard ARTIKEL BERKAITAN: “Dapur dengan butik aircond jauh beza” - Pereka fesyen lupakan tentang ‘jaga standard’, tak kisah downgrade diri jual daging dendeng Berkongsi cerita dengan mStar, Nor Hidayah Abdul Wahid, 27, berkata, suaminya Muhammad Hanip Abd Muin, 28, sering meninggalkan pesanan kepadanya sebelum khuruj demi meluangkan waktu, harta dan masa untuk belajar tentang Islam. Nor Hidayah berkata sementara suaminya beribadah bersama jemaah lain, dia turut diberikan panduan supaya dapat sama-sama beramal dari rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Suami saya memang kalau khuruj dia akan bagi 'jadual amal harian' untuk saya, kadang-kadang tulis kat whiteboard atau atas kertas. "Suami tak mahu dia keluar untuk beramal tapi isteri di rumah tak buat apa-apa. Jadi bila dah selesai khuruj tiada apa bezanya... suasana amalan agama dalam rumah tak ada, kalau dia seorang je yang buat. Hidayah mendirikan rumah tangga bersama Hanip pada Julai 2018 "Selalunya dia akan pesan untuk jaga solat, jaga tutur kata dan jangan keluar bilik tanpa menutup aurat kerana waktu itu kami menetap di rumah keluarganya. Jadi dia risau kalau ada orang lain yang ternampak aurat saya," katanya yang menetap di Shah Alam, Selangor. Mesra disapa Hidayah, dia memberitahu setiap kali suaminya pulang dari khuruj pasti dia akan berasa seperti mereka baru sahaja berkahwin. Jelasnya lagi, terpisah selama 40 hari ini mampu membuatkan mereka berasa lebih menghargai antara satu sama lain. "Sebab suami akan berubah setiap kali dia pulang ke rumah. Biasalah dalam perkahwinan mesti ada salah faham, gaduh-gaduh manja, merajuk dan sebagainya kan? "Tapi bila terpisah sementara macam inilah dapat didik rasa hati masing-masing supaya menghargai pasangan, sebab bila terpisah 40 hari atau empat bulan tu rasa malu-malu kucing bila jumpa balik. "Nak buka tudung depan suami sendiri pun rasa malu, dia pula macam segan bila nak bercakap dengan saya. Kami berdua rasa macam pengantin baru bila setiap kali berjumpa semula selepas khuruj. Perlu sentiasa muhasabah diri dan perbaiki iman, yakin bahawa tiada apa di dunia ini milik kita selamanya. NOR HIDAYAH ABDUL WAHID "Sebelum ni suami tak pandai nak buat benda sweet, tapi bila balik khuruj dah pandai bukakan pintu kereta, minta maaf sebelum tidur, uruskan anak bersama dan masakkan untuk saya," ujarnya yang menguruskan bisnes menjual pakaian bersama-sama suaminya. Menurut anak ketujuh daripada 12 beradik ini, dia juga pernah menyertai aktiviti sebegini bersama suaminya yang dipanggil 'khuruj masturat' khusus untuk pasangan yang sudah berkahwin. Hidayah turut menekankan bahawa isteri harus memberi sokongan kepada suami untuk mendekatkan diri kepada Allah. "Sebelum berkahwin lagi saya dah pernah khuruj masturat bersama emak dan ayah saya. Khuruj masturat ni khas untuk pasangan suami isteri tapi bagi perempuan yang belum berkahwin boleh ikut satu jemaah dengan ibu bapanya. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Harith Hanzalah. "Jadi saya tak terkejut sangat khuruj masturat dengan suami selepas bernikah. Kita sebagai isteri kena beri sokongan buat suami yang pilih jalan baik seperti ini. "Perlu sentiasa muhasabah diri dan perbaiki iman, yakin hawa tiada apa di dunia ini milik kita selamanya," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!