suria

Wow! Jurufoto perkahwinan bawa karya ikan pekasam ke ‘next level’ - “Biar orang tengok gambar, ada feel nak makan”

Hasil photoshoot ikan pekasam oleh Saifullah menerima pujian ramai di media sosial.

KEHADIRAN pandemik Covid-19 memaksa rakyat Malaysia berfikir di luar kotak demi mencari alternatif dalam meneruskan kelangsungan hidup.

Begitu juga dengan bapa kepada seorang cahaya mata ini yang sudah bergelar jurufoto sepenuh masa sejak berusia 25 tahun.

Menurut Mohd Saifullah Bakri, 33, dia banyak terlibat dalam fotografi perkahwinan sepanjang kerjayanya, namun haluan itu mula berubah sejak lebih setahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki buta warna pilih kerjaya jurufoto, hasilnya sangat wow! - “Client ragu-ragu, saya tak ambil hati”

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas berhati-hati 200 peratus hasilnya cukup wow! Jurugambar ajak pengantin 'berendam' di air terjun, pengalaman sekali seumur hidup

"Sebelum ini saya banyak shoot untuk perkahwinan. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya memang terjejas kerana banyak majlis ditunda atau dibatalkan.

"Saya memang tak boleh bergantung kepada wedding semata-mata. Asalnya, ayah saya ada bisnes kedai makan, dia suruh saya cuba kerja kedai makan, tapi saya tak berapa minat.

"Saya cuba cari alternatif lain yang ada kaitan dengan makanan. Akhirnya saya dapat idea untuk jadi jurufoto makanan.

"Dalam zaman sekarang, ramai berniaga makanan secara online. Jadi mereka memerlukan gambar-gambar kreatif untuk produk mereka," ujarnya kepada mStar.

saifullah2

Antara hasil fotografi oleh Saifullah.

Senang disapa Saifullah, dia yang menetap di Ipoh, Perak mula menawarkan khidmat fotografi makanan sejak Mei lalu dan bersyukur dengan sambutan yang diterima.

Malah, hasil photoshoot terbaharu melibatkan produk ikan pekasam yang dikongsi olehnya menerusi bingkisan video di TikTok turut menerima pujian netizen yang mana ia disifatkan 'next level' dan luar biasa.

Sejujurnya bagi saya shoot makanan lagi susah. Kalau pengantin, kita boleh minta mereka posing.

SAIFULLAH

"Saya memang buat promo mengenai servis ini. Client pertama saya merupakan penjual roti canai. Saya juga ada shoot untuk biskut, air susu kambing, kambing perap, daging perap dan banyak lagi.

"Fotografi makanan memang ada sambutan, saya pun tak sangka. Yang ikan pekasam tu pula, saya dihantar produk itu pada 2 Ogos lepas. Saya kongsi video shoot itu di TikTok dan saya bersyukur apabila netizen suka hasilnya.

"Saya pun tak sangka, boleh dapat client baru melalui TikTok. TikTok satu platform yang boleh tarik ramai client baru buat saya," ujarnya lagi.

saifullah4

Saifullah bersama keluarganya.

Menurut Saifullah, fotografi makanan juga jauh lebih sukar berbanding apa yang dilakukannya sebelum ini.

"Ia jauh berbeza dengan wedding shoot. Saya selalu study idea dari luar negara, cari macam mana nak bagi gambar makanan nampak hidup dan bergerak.

"Saya kena susun sendiri dan cari idea. Kalau melibatkan air, kena ada elemen percikan. Saya juga nak cabar diri, biar orang tengok gambar, mereka ada feel nak makan.

"Sejujurnya bagi saya shoot makanan lagi susah. Kalau pengantin, kita boleh minta mereka posing," ujarnya berseloroh.

saifullah3

Saifullah menghasilkan gambar makanan yang kelihatan hidup dan realistik.

Dalam pada itu kata Saifullah, dia rindu suasana sebelum pandemik dan berharap keadaan negara ini dapat pulih seperti biasa.

"Kalau ikutkan memang rindu suasana kenduri. Bila ada majlis, kita bukan sahaja jumpa pengantin tapi dapat borak dengan tetamu dan keluarga pengantin.

"Harapan saya agar semua kembali normal, supaya ada kelonggaran selepas ramai terima vaksin dan majlis dapat dijalankan seperti dulu," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain