suria

Bapa sanggup tangkap cicak, belajar lukis haiwan mahu si kecil kuasai B. Arab... tak sangka ular datang dalam mimpi anak!

Foto kanan Ustaz Ahmed (kanan) bersama anak sulungnya, foto kiri dan tengah Yusof menyebut nama haiwan dalam bahasa Arab.

MASIH lagi memakai lampin pakai buang, kepintaran seorang anak kecil di luar jangkaan.

Manakan tidak, setiap kali bapanya menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Arab, kanak-kanak tersebut pantas menjawab

Gelagat dan kepintaran si cilik itu menerusi video yang dikongsikan bapanya di laman sosial menjadi perhatian, dengan sekali-sekali kedengaran bunyi-bunyi binatang selepas membuat tekaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow, hebatnya! Selepas kejutkan murid di kelas online, Cikgu Spiderman 'melompat' ke TikTok pula ajar netizen bahasa Arab

ARTIKEL BERKAITAN: Zaman berubah, ustazah main TikTok mahu pikat murid belajar Iqra - "Dulu saya belajar rasa susah sangat"

Ahmed Ibrahim Ahmad berkata, ia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran anak lelakinya yang berusia tiga tahun dalam menguasai bahasa Arab.

Sebagai permulaan, dia mendidik anaknya dengan mengenali haiwan-haiwan menerusi lagu mengenai bintang dalam bahasa itu.

"Baru sehari dengar, Yusof (panggilan anak) dan ingat. Dua atau tiga kali sebut nama haiwan tu, dia dah ingat dalam bahasa Arab. Dia memang cepat ingat.

"Sejak umurnya dua tahun saya dedahkan lagu-lagu mengenai haiwan. Baru sekarang dia belajar hafal nama-nama haiwan dalam bahasa Arab," katanya yang berusia 28 tahun kepada mStar.

anak cakap arab 2

Ustaz Ahmed membawa anak-anak ke zoo untuk mengenali haiwan secara dekat.

Lebih dikenali sebagai Dai Ahmed atau Ustaz Ahmed, katanya, lebih 30 nama haiwan dalam Bahasa Arab telah dihafal anaknya yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik.

"Saya ajar dia dengan macam-macam cara seperti berdialog. Saya tangkap cicak dan dalam takut-takut dengan binatang itu dia berjaya sebut wazaghah dalam bahasa Arab.

"Kalau semut gigit, dia sebut namlah. Bila nak senja, saya beritahu cepat masuk rumah nanti nyamuk masuk, disebutnya ba'udhah," ujarnya yang merupakan imam dan guru agama.

anak cakap arab 3

Ustaz Ahmed (tengah) menunjukkan lukisan haiwan, ditemani dua anaknya.

Dia yang juga penceramah bebas memberitahu, proses mengenali haiwan juga dibuat disebabkan dalam al-Quran banyak bercerita mengenai kisah makhluk itu yang sangat luar biasa.

"Ada sesi pelajaran dan motivasi. Selain itu, saya juga membawa keluarga melawat ke zoo untuk memberikan peluang pada anak mendekati haiwan-haiwan di hadapan mata," katanya.

anak cakap arab 5

Antara gambar haiwan yang dilukis Ustaz Ahmed.

Dia yang merupakan guru bagi pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua turut mengasah bakatnya dalam lukisan demi memperkasakan penguasaan anaknya dalam bahasa Arab.

"Selain lagu dan gambar termasuk haiwan sebenar, saya juga melukis beberapa haiwan seperti arnab, buaya, musang dan gajah.

Rupa-rupanya senang nak melukis jika tahu teknik. Dalam ajar anak bahasa Arab, saya belajar melukis

USTAZ AHMED

"Saya tak pandai melukis, dari dulu masuk pertandingan melukis tapi pernah menang. Disebabkan anak, saya pun push diri sendiri untuk belajar melukis daripada YouTube.

"Rupa-rupanya senang nak melukis jika tahu teknik. Dalam ajar anak bahasa Arab, saya belajar melukis," kata Ustaz Ahmed yang lebih mahir dalam seni tulisan khat.

anak cakap arab 4

Yusof merupakan kanak-kanak pintar.

Menurut Ustaz Ahmed, dia turut membudayakan bahasa Arab kepada anaknya dengan memasang bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada awal pagi di rumah.

"Saya bagi dia dengar al-Quran selepas Subuh. Bila dia bangun tidur dapat dengar bacaan tu. Saya juga pastikan anak-anak biasa mendengar qasidah, selawat, zikir dan azan.

"Untuk ajar anak-anak mengusai bahasa Arab ni kena kreatif. Kita bagi dia selesa dengan sebutan-sebutan tu dalam perbualan setiap hari.

"Yusof sering bermimpi digigit ular, dan dia akan mengadu pada saya dengan menyebut sebut thu'ban (bermaksud ular). Saya berpesan pada dua kalau bermimpi kena baca doa, dan sebut nauzubillah agar kita diberikan perlindungan dengan bantuan Allah SWT," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain