suria

Sikat ‘melekat’ di rambut! Abang guna syampu, ibu dah ambil gunting nak potong... kanak-kanak ini akhirnya diselamatkan kakak kembar

Foto kiri rambut tersangkut sikat, foto kanan adik Ashfar menunjukkan sikat yang digunakan hingga tesangkut rambut. Gambar kecil adik kembar Ashfar.

SEORANG abang terpaksa berleter gara-gara rambut adik perempuannya yang panjang tersekat pada sebatang sikat.

Video yang meraih lebih setengah juta tontonan dalam masa sehari itu menimbulkan rasa lucu, dalam masa sama mengundang simpati dalam kalangan netizen,

Tidak menyangka akan berdepan nasib malang sebegitu, kanak-kanak itu hanya mendiamkan diri ketika usaha mengeluarkan rambut yang tersangkut dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik tumpahkan mi goreng, abang sental kereta... Lelaki ini terkedu disuruh tengok kiri "Nampak senang, tapi bukan mudah nak bersihkan"

ARTIKEL BERKAITAN: Bila cikgu dan murid sama kelas, tinggal serumah... apa jadi dengan sesi PdPR? - "Kalau tak dapat jawab habislah mak membebel depan kawan"

Muhammad Ashfar Shamsurizal berkata, kejadian berlaku di rumah keluarganya di Klang, Selangor pada Selasa malam.

Pemuda berusia 22 tahun itu memberitahu, 'mangsa' yang merupakan adik bongsunya berusia 11 tahun telah meminjam sikat miliknya.

"Adik ke bilik saya nak pinjam sikat. Tak lama selepas tu dia datang balik mengadu yang rambutnya tersangkut pada sikat.

"Masa tu tak tahu nak gelak ke nak marah. Saya bawa adik ke tandas letak syampu dan perapi untuk mudah tanggal tapi tak boleh juga," katanya kepada mStar.

rambut tersangkut 4

Ibu Ashfar (tengah) bersama dua adik perempuannya yang merupakan pasangan kembar.

Lebih mesra disapa Ashfar, insiden yang sama pernah berlaku kepada adiknya kira-kira empat tahun lalu.

"Rambut dia lurus dan panjang, dulu pun pernah tersangkut sikat. Setengah jam juga nak keluarkan. Kejadian baru ni mulanya mak pasrah, tak tahu nak cakap apa.

"Mak cuba keluarkan rambut adik macam biasa, tapi tak boleh. Mak siap ambil gunting, nak potong rambut adik," ujarnya yang berasal dari Klang, Selangor.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, adiknya yang mempunyai pasangan kembar seiras bagaimanapun enggan rambut panjangnya dipotong.

rambut tersangkut 6

Ashfar (kanan) bersama ibu ((kiri) dan adik.

Tambah Ashfar, adiknya bernasib baik apabila ibu saudara mencadangkan untuk mempelajar teknik mengeluarkan rambut yang tersangkut, menerusi video di laman YouTube.

"Kat YouTube beritahu teknik guna lidi. Mak tanya siapa ada lidi? Kami tak pakai penyapu lidi, jika ada pun penyapu plastik.

Mak cuba keluarkan rambut adik macam biasa, tapi tak boleh. Mak siap ambil gunting, nak potong rambut adik.

ASHFAR

"Seorang lagi adik perempuan saya iaitu kakak kembar kepada adik yang rambut tersangkut tu ada simpan batang lidi, yang digunakan untuk tujuan kelas pendidikan seni di sekolah.

"Menggunakan lidi, ibu berjaya meleraikan rambut adik. Secara keseluruhan, proses tersebut mengambil masa kira-kira 45 minit... lidi kakak kembar dia menyelamatkan keadaan," katanya sambil menambah kedua-dua adik kembarnya belajar di kelas berasingan.

rambut tersangkut 3

Ashfar (duduk) bersama keluarga.

Ashfar yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor berkata, adiknya yang dikenali sebagai Esya itu seorang yang sensitif dan manja serta mudah menangis.

"Mungkin adik rasa sakit masa nak keluarkan rambut yang tersangkut, tapi dia diam dan tahan menangis takut kena marah. Bila ditanya sikat tu pinjam nak curl (kerinting) rambut ke. Dia tak mengaku, takut kena marah.

"Saya membebel sikit kata tak ada kerja, saja cari kerja hingga menyusahkan diri sendiri dan semua orang. Saya sebagai abang tegur sebab sayang kat adik.

"Si adik (kembar) suka berdandan rambut, kakak pula suka mekap. Malam-malam sebelum tidur, dia mesti nak sikat rambut. Ibu selalu siapkan rambut dia sebelum keluar rumah.

"Rambut kedua-dua mereka panjang dan lebat. Patut guna alat yang sepatutnya kalau betul-betul nak curl kan rambut, tapi kenalah berterus-terang," ujarnya sambil menambah kedua-dua adik kembarnya merupakan peminat kumpulan K-Pop, Blackpink.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain