suria

Tanpa ilmu ‘basic’, pasangan pengantin baharu ini mampu cipta aplikasi mudahkan urusan masyarakat, bantu orang ramai cari rezeki

Alfina dan suami yang mendirikan rumah tangga pada Mei lalu melancarkan aplikasi Swifty Pro pada 23 Julai lalu untuk membantu rakyat Malaysia dalam tempoh pandemik ini.

PANDEMIK Covid-19 yang melanda memberi kesan besar terhadap rakyat di negara kita.

Ada perniagaan yang terpaksa gulung tikar, ada pula individu yang dibuang kerja sehingga hilang mata pencarian untuk menyara keluarga.

Sedih dengan situasi semasa, Alfina Nur Bashir, 24, bersama suaminya, Emad Nordin Morshidi, 26, tampil dengan idea kreatif sehingga terhasilnya aplikasi Swifty Pro yang dilancarkan pada 23 Julai lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Tenang sikit tengok cikgu” - Siswa Uniten hasilkan aplikasi percuma Datang.my siap ada kod QR... pelajar back to school nanti scan je

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat pengantin baru! Edit kad kahwin sendiri konon nak prank kawan-kawan, tapi si gadis yang dapat kejutan - “Bagus juga idea tu sebenarnya”

Bercakap kepada mStar, penuntut bidang Pengurusan Perniagaan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang itu menjelaskan Swifty Pro dicipta untuk membantu mereka yang baru kehilangan kerja dan mahu mencari pendapatan sampingan menerusi tawaran khidmat dalam aplikasi berkenaan.

"Saya baru melancarkan satu aplikasi untuk tolong mereka yang baru hilang kerja atau nak cari pendapatan sampingan melalui gig job. Pengguna aplikasi ini boleh upload kerja-kerja freelance yang mereka tawarkan seperti tutor, rekaan grafik, penyelenggaraan pendingin hawa, personal shopper, cleaner atau apa sahaja servis mengikut kemahiran mereka.

"Saya dan suami yang juga pengasas bersama brainstorm idea pada tahun lepas, sekitar bulan Jun. Kami berdua tiada basic dalam bidang pembangunan aplikasi. Kami hanya belajar online untuk membina aplikasi ini.

alfina2

Alfina dan suami baru sahaja mendirikan rumah tangga.

"Ia mengambil masa yang agak lama. Pada Julai tahun lepas, bapa saya menjalani pembedahan pintasan jantung, sebulan saya jaga dia. Kemudian kami juga tiada mentor. Kami kena belajar coding, bukan boleh terus buat aplikasi.

"Kami juga kena belajar asas seperti Sains Komputer. Tapi Alhamdulillah, kami tak berputus asa dan tetap mencuba sehinggalah ia berjaya dilancarkan dua minggu lepas," ujarnya yang mesra disapa Alfina.

Kalau orang nak beli barang, boleh guna Shopee. Jadi kalau orang nak cari perkhidmatan, boleh guna Swifty Pro.

ALFINA

Selain aplikasi Swifty Pro, pasangan itu juga akan melancarkan satu lagi aplikasi iaitu Swifty dengan konsep hampir sama pada September ini.

Menurut Alfina, dia terkejut dengan sambutan ramai selepas membuat hebahan mengenai Swifty Pro menerusi Twitter miliknya baru-baru ini.

Malah katanya, jumlah muat turun juga melebihi sasaran, sekali gus membuatkan dia positif untuk mencapai sasaran lain yang ditetapkan menjelang penghujung tahun ini.

"Setakat ini dah lebih 1,000 muat turun dicatatkan. Kami target dalam 700 saja. Bila tweet saya viral, Alhamdulillah kami dapat capai target. Saya sangat bersyukur dengan sambutan ini.

alfina3

Paparan dalam aplikasi itu.

"Setakat ini, servis dalam aplikasi ini hanya untuk Selangor dan Lembah Klang. InsyaAllah hujung tahun ini kami akan buka di negeri lain seperti Pulau Pinang, Melaka dan Johor. Semoga lepas ni ia dapat dibuka ke seluruh Malaysia pula.

"Sambutan juga sangat menggembirakan saya. Ramai yang komen dan mengakui aplikasi ini sangat membantu. Kami buat aplikasi ini pun atas dua sebab. Pertama, nak bantu orang. Kedua, kami nak mudahkan orang. Saya harap supaya lebih ramai dapat join aplikasi ini.

"Kalau boleh nak jadikan aplikasi ini sebagai pioneer dalam Malaysia. Kalau orang nak beli barang, boleh guna Shopee. Jadi kalau orang nak cari perkhidmatan, boleh guna Swifty Pro," ujarnya lagi.

alfina5

Pasangan ini sama-sama mengasaskan Swifty Pro dan berharap ia dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Mengenai dirinya, Alfina yang menetap di Kuala Lumpur baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 25 Mei lalu.

Alfina dan suami, sama-sama berasal dari Pulau Pinang berkenalan melalui Twitter ketika dia berusia 16 tahun.

Selain menguruskan aplikasi itu, Alfina dan suami turut berkecimpung dalam bidang mata wang digital.

alfina4

Posting Alfina yang tular di Twitter.

Setakat dilancarkan, servis seperti rekaan grafik, pembersihan, solekan, tutor dalam talian dan penyelenggaraan pendingin hawa merupakan servis paling banyak yang ditawarkan dalam aplikasi itu.

Kata Alfina, dia juga berharap aplikasi Swifty Pro dapat memberi manfaat serta membantu golongan terjejas di luar sana agar terus kuat untuk mencari pendapatan dalam tempoh getir yang dilalui ketika ini.

"Saya harap orang yang kehilangan kerja, pelajar, suri rumah dan sesiapa sahaja dapat sertai aplikasi ini, supaya mereka boleh cari pelanggan atas servis yang mereka tawarkan," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain