ALANGKAH bahagianya seorang wanita apabila dikurniakan suami yang pandai menghargai pengorbanannya mengandung dan melahirkan anak. Seakan hilang segala penat dan kesakitan tatkala si suami turut bertungkus lumus menjaga dan melayani isteri yang berpantang seperti puteri. Jika sesetengah pasangan memilih untuk tinggal bersama ibu atau ibu mentua, malah ada juga selesa menggunakan khidmat 'confinement lady' sewaktu tempoh berpantang, namun berlainan pula dengan pasangan Siti Nur Khalieda Yusra dan Mohd Hilmi Mohd Zaki. ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar jaga isteri berpantang bak permaisuri, layanan tip top dari anak pertama hingga keenam - “Risau juga orang cop saya queen control” ARTIKEL BERKAITAN: ‘Suami idaman’ gigih Google resepi, buat research sebelum masak lauk terbaik untuk isteri dalam pantang - “Banding dengan isteri, air tangan saya lagi sedap” Malah menerusi perkongsian di aplikasi TikTok, Siti Nur Khalieda turut berkongsi saat yang paling tidak dilupakan apabila suaminya sanggup mencuci najisnya sewaktu dia hampir sahaja sampai masa untuk melahirkan bayi. Sehingga kini video berkenaan meraih lebih daripada 660,000 jumlah tontonan di aplikasi berkenaan. Mengimbas kembali detik yang membuatkan dirinya sebak tiap kali bercerita mengenainya, Siti Nur Khalieda berkata ketika itu dia hanya menunggu masa untuk melahirkan bayi kedua pada November 2019. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Beberapa hari sebelum tiba saat melahirkan, saya alami cirit-birit yang kerap, lebih-lebih lagi ketika kontraksi. Pada hari berkenaan, saya agak tak sihat sebab kerap 'membuang'. Suami ada urusan di luar dan dia bimbang nak tinggalkan saya seorang di rumah. "Jadi dia bawa saya bersama. Dalam perjalanan pulang selepas selesai urusan, sakit perut datang dan memang tak boleh nak dikawal. Hujan pula lebat sangat, susah nak singgah mana-mana dengan keadaan saya yang sarat. "Cirit birit yang saya alami pada hari itu sangat kerap berbanding hari-hari sebelumnya. Akhirnya suami suruh je saya 'membuang' dalam kereta. Dia kata tak payah malu, nanti dia akan cuci," ceritanya kepada mStar. Siti Nur Khalieda bersama suami dan dua puteranya. Menurut ibu muda berusia 24 tahun ini, sebaik tiba di rumah, dia segera membersihkan diri dan bersiap-siap untuk ke hospital kerana mengalami kontraksi yang kerap. "Masa saya nak masuk kereta, tengok-tengok dah bersih dah seat tempat saya 'membuang' tadi. Sebak sangat tapi saya tahan. Bila sampai di hospital, rupa-rupanya bukaan dah tiga sentimeter," ujarnya yang juga pengasas makanan, Kieda Crepe Penang. Tambah wanita ini lagi, sepanjang tempoh berpantang anak kedua, dia dan suami memilih untuk berpantang di rumah sendiri walaupun kediaman ibu serta ibu mentuanya terletak berdekatan. "Suamilah yang menjaga saya dan bayi kami. Sepanjang dua minggu dia cuti ketika saya bersalin, dialah yang buat semua kerja rumah hingga memasak lauk pantang. Saya hanya bantu beri resepi, dialah yang akan memasak. Masa saya nak masuk kereta, tengok-tengok dah bersih dah seat tempat saya 'membuang' tadi. Sebak sangat tapi saya tahan. SITI NUR KHALIEDA YUSRA "Begitu juga bab cuci luka. Suami yang bantu cuci dan sapukan krim sampailah luka saya pulih. Semua dia buat 100 peratus, ibu dan ibu mentua akan sesekali datang menjenguk. "Selepas tamat cuti dan nak mula kerja, suami akan siapkan dulu semua sebelum pergi kerja. "Kelahiran pertama pun suami bantu, namun masa itu kami struggle... syukur Allah permudahkan semuanya. Cuma kelahiran kedua ini, mungkin Allah nak bagi kenangan untuk kami ingat," ujarnya sambil berseloroh. Menyifatkan apa yang dilakukan suaminya sebagai pengorbanan besar yang tidak akan dilupakan sehingga bila-bila, Siti Nur Khalieti Nurda terpanggil untuk berkongsi pengalaman indah tersebut di media sosial, selain mahu menyebarkan mesej positif kepada pasangan lain. Siti Nur Khalieda merupakan pengasas produk crepe, Kieda Crepe Penang. "Sebenarnya dah lama nak share tapi baru kini ada peluang. Alhamdulillah, tak sangka netizen beri komen-komen yang sangat positif di TikTok. "Siap ada yang komen, 'suami macam ni ada jual dekat Shopee tak?'. Malah ada ramai yang minta saya share lagi kisah seperti ini. InsyaAllah sedikit masa lagi saya akan share video lain. "Cuma apa yang boleh saya katakan, dalam kehidupan berumah tangga, kena terima baik buruk, lebih kurang pasangan masing-masing. Kena saling melengkapi dan terimalah pasangan masing-masing seadanya," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!