MENERUSI sebuah video kedengaran tangisan seorang anak kecil yang meluru ke arah ibunya di pintu pagar dan pastinya ia mengundang sebak. Manakan tidak, babak penuh emosi itu merupakan pertemuan pertama antara dua beranak selepas terpisah ribuan kilometer selama hampir sembilan bulan. Wanita itu, Masfarlinie Hazmi berkata, dia akhirnya pulang berjumpa dengan keluarganya di Malaysia selepas berjauhan kerana bekerja sebagai jururawat di Arab Saudi. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri izin suami terbang dulu ke Sydney, akhirnya terpisah selama 2 tahun... anak bongsu tak kenal bapa ketika pulang buat kejutan ARTIKEL BERKAITAN: Minta rentas negeri tapi 'tak lepas', 3 beranak menangis jumpa di sempadan disaksikan abang polis... juadah air tangan ibu ubat rindu anak Ibu berusia 31 tahun berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya, Daniel Aryan Alhaqq Yusrizal yang ketika itu berusia kira-kira setahun adalah sebelum dia kembali bertugas, akhir tahun lalu. "Habis saja berpantang selepas melahirkan Aryan (anak), saya bawa dia bersama ibu ke Arab Saudi. Kami kembali ke tanah air selepas setahun kerana visa hampir tamat tempoh. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Anak ikut sampai di KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) sewaktu keluarga hantar saya untuk kembali ke Arab Saudi, tapi dia okay sebab masih kecil dan ada Mak Tok dia iaitu ibu saya. Saya je yang menangis," katanya kepada mStar. Foto kiri Mas sebagai jururawat sebelum pandemik, foto kanan Mas (kanan) bersama rakan setugas memakai peralatan perlindungan diri (PPE) ketika pandemik. Jururawat di sebuah hospital di Madinah itu bagaimanapun mengakui bukan mudah terpaksa berjauhan dengan keluarga terutama anaknya yang masih kecil. "Jujurnya, mental saya tak ready untuk hadapi situasi ketika itu. Saya percaya mana-mana ibu pun takkan ready untuk berjauhan dengan anak, apatah lagi anak baru berusia setahun. "Tapi saya hadap je atas rasa tanggungjawab untuk bekerja. Saya bersyukur ada suami yang memahami memberi sokongan, dialah yang banyak buat saya cool down," ujarnya yang bertugas sebagai jururawat di negara itu sejak enam tahun lalu. Mas (kanan) dan ibu bersama anak menyambut Aidilfitri di Madinah, pada 2020. Lebih mesra disapa Mas, dia yang berasal dari Changlun, Kedah memberitahu, sepanjang berjauhan hanya panggilan video menjadi pengubat rindu hubungan jarak jauh dengan keluarga terutama anak. "Hari-hari saya buat video call, tapi anak saya tak pernah menangis bila tengok saya. Sama ada dia hanya bercakap sikit-sikit atau gelak-gelak. "Selebihnya anak tak fokus sebab buat aktiviti lain, perangai budak-budak kan. Saya je yang tak dapat tahan tengok anak dan suami sebab rindu sangat," sambil menambah video aktiviti anaknya yang dirakamkan suami turut sedikit sebanyak mengubat rindunya. Sambutan hari ulang tahun anak yang pertama di Madinah. Wanita itu pulang ke tanah akhir awal bulan ini selepas tiba gilirannya untuk mengambil cuti panjang, namun masih perlu menjalani kuarantin selama dua minggu selepas tiba di Malaysia. "Saya balik Malaysia 5 Ogos, jumpa keluarga di Changlun pada 18 Ogos selepas kuarantin. Masa sampai di pintu pagar rumah tu, saya memang tak sangka anak akan menangis. "Saya ingatkan anak cuma terkejut dan berlari-lari bermain macam biasa. Bila dia nangis tiba-tiba, saya yang cuba tahan sebak memang tak boleh, ikut menangis sama," ujarnya. Jujurnya, mental saya tak ready untuk hadapi situasi ketika itu. Saya percaya mana-mana ibu pun takkan ready untuk berjauhan dengan anak, apatah lagi anak baru berusia setahun. MASFARLINIE Mas yang kini bercuti selama lebih sebulan bersyukur kerana akhirnya dapat meluangkan masa bersama suami dan anak serta keluarganya. "Saya rasa puas hati dapat gomol dan peluk anak depan mata. Sebelum ni asyik tengok video atau video call saja," katanya yang menyifatkan anaknya itu ceria, aktif dan lasak. Mas amat merindui anak yang berjauhan dengannya. Dalam pada itu, Mas mempunyai alasan tersendiri apabila terpaksa berkorban dengan berjauhan daripada keluarga demi mencari rezeki di luar negara. "Niat pertama saya kerja di Madinah kerana impian arwah abah. Dia kata nak ke sana nanti, tapi cukup dua minggu saya kerja, abah meninggal dunia akibat hypoglycemia (gula darah rendah), abah tak sempat ikut... hajat abah tak kesampaian. "Ada yang cakap jangan tinggalkan Aryan. Masing-masing ada sebab tersendiri, begitu juga dengan saya untuk bekerja di Arab saudi... ada tanggungjawab saya. "Bagaimanapun, kali ini saya bercadang untuk membawa anak saya dan ibu semula untuk temankan saya di Arab Saudi. Kali ini suami pula yang kena tinggal," ujarnya sambil menambah bapanya yang menghidap kencing manis meninggal dunia pada usia 59 tahun. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI