suria

Rumah ‘melekat’ dengan kedai, mengesot pun sampai... ramai tertanya jejaka ini ambil barang bayar tak? - “Saya jealous dengan rumah mengadap laut”

Foto kiri pintu rumah kakak Iz yang menghubungkan kedai runcit, foto kanan Iz turut bekerja di kedai runcit.

DI kala kes Covid-19 yang masih tinggi, pasti ramai memilih berada di rumah dan berharap alangkah bagusnya kediaman mereka dekat dengan beberapa kemudahan seperti kedai, sama ada yang menjual makanan atau barang keperluan.

Namun seorang pemuda dianggap cukup bertuah apabila rumahnya terletak betul-betul di hadapan sebuah kedai runcit, dengan jarak hanya selangkah atau gambaran lebih mudah rumahnya 'melekat' dengan kedai.

Pemuda berkenaan, Muhamad Aziz Abd Kadir berkata, dia tinggal di rumah kakak dan abang iparnya di Kampung Rapat Jaya Tambahan di Ipoh, Perak.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah depan bazar Ramadan macam best, tapi hakikatnya mencabar... kalau tak duit habis, kena beratur panjang atau martabak idaman sold out!

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ini 'rentas negeri' tanpa roadblock... dapur di KL, ruang tamu di Selangor - "Majlis kahwin kena pacak bunga manggar sepanjang jalan"

Menerusi video di aplikasi TikTok, jejaka berusia 35 tahun itu menjelaskan bahawa kedai runcit di hadapan rumah itu sebenarnya diusahakan kakaknya sejak 2010.

"Dalam video tu saya sedang berehat di sofa di ruang tamu, tiba-tiba rasa lapar dan dahaga. Itu yang saya buka pintu rumah, ambil air minuman dan roti.

"Ia merupakan pintu rumah yang menghubungkan terus ke kedai. Bukan setakat selangkah, dua langkah, nak mengesot ke kedai pun boleh sebagai gambaran," katanya kepada mStar.

kedai depan rumah 2

Kedai runcit yang diusahakan oleh kakak Iz.

Lebih mesra disapa Iz, katanya, rumah dua tingkat itu mempunyai satu lagi pintu utama yang tidak menghubungkannya dengan kedai bagi mengelakkan daripada bertemu orang ramai ketika pandemik.

"Kedai runcit ni boleh dikatakan agak besar. Ada bahagian barang kering, makanan segar dan sejuk seperti sayur, ikan dan ayam.

"Saya bekerja di kedai, uruskan kewangan, stok dan bekalan. Setiap barang yang saya ambil untuk tujuan peribadi saya tetap bayar, bukannya percuma," ujarnya yang berasal dari Ipoh.

kedai depan rumah 4

Pelbagai jenis barang dijual di kedai runcit.

Anak bongsu daripada 10 beradik itu mengakui terdapat komen netizen yang mengatakan dia bersikap menunjuk-nunjuk menerusi perkongsian video tersebut.

"Ada yang kata saya beruntung sebab depan rumah ada kedai, sedangkan ada yang makan tak cukup, rumah pun tak ada. Masing-masing ada hak bersuara, cuma dia salah faham.

Ada yang beritahu depan rumah dia ada laut. Memang jealous sebab saya suka laut, kalau bercuti selalu pergi ke pantai atau pulau

MUHAMAD AZIZ ABD KADIR

"Saya sekadar kongsi pengalaman saya, tanpa perlu keluar rumah, start enjin motor atau kereta kalau nak beli barang di kedai.

"Di ruangan komen ramai yang turut berkongsi keadaan di depan rumah mereka seperti ada masjid dan kubur. Semuanya memberikan komen-komen yang menghiburkan," tambahnya.

kedai depan rumah 5

Pandangan rumah kakak Iz dari sudut tepi.

Menurut akauntan itu, cabaran lokasi rumah dekat dengan kedai adalah untuk mengekalkan gaya hidup sihat.

"Selera makan akan membuak-buak. Kalau rasa nak makan je, akan ambil makanan di kedai. Lagi-lagi sekarang musim hujan, memang cepat lapar," katanya.

Dalam pada itu, Iz turut berkongsi pengalaman di mana terdapat pelanggan yang masuk ke rumah kakaknya dengan izin bagi menggunakan tandas.

"Kedai runcit dekat rumah, jadi memang tak ada sediakan tandas. Tapi ada customer yang nak tumpang guna tandas sebab anak dia nak buang air," katanya.

kedai depan rumah 3

Iz (dua, kanan) bersama kakak (dua, kiri), anak saudara (kiri) dan sepupu.

Walaupun banyak kelebihan kedudukan rumah dekat dengan kedai runcit, anak muda itu mengakui cemburu dengan satu perkongsian seorang netizen di ruangan komen.

"Ada yang beritahu depan rumah dia ada laut. Memang jealous sebab saya suka laut, kalau bercuti sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) selalu pergi ke pantai atau pulau.

"Bila ada yang cakap laut depan rumah, saya terbayangkan bangun pagi nampak pantai dan bunyi ombak. Teringat percutian di Krabi di Thailand dan Bali, Indonesia," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain