suria

Sekali lagi buat orang terpukau! Kali ini rubik dibentuk jadi wajah Agong, Permaisuri pula - “Berbesar hati jika dapat perhatian baginda”

Zabli tampil dengan karya ketiga iaitu potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

TAK pernah tak memukau!

Selepas tampil dengan karya kreatif dan unik apabila menghasilkan potret wajah penyanyi, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu menggunakan kiub rubik, terbaharu lelaki ini tampil dengan satu lagi karya yang mengkagumkan.

Kali ini dia menghasilkan potret Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlajak kreatif! Potret tribute arwah Siti Sarah, Shuib guna 391 kiub rubik... ramai nak tempah tapi lelaki ini terpaksa tolak - “Saya cuba selami perasaan Shuib”

Berkongsi cerita dengan mStar, Zabli Ab Hadi berkata idea untuk mengabadikan wajah baginda Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah adalah sebagai penghormatan buat baginda sempena Hari Kemerdekaan ke-64.

"Pada asalnya saya ada rancangan dengan seorang rakan untuk buat satu video sempena merdeka namun atas kekangan tertentu, plan asal tak dapat dilaksanakan.

"Jadi saya fikir tak mengapalah, saya teruskan solo saja dengan rancangan lain. Maka terhasillah wajah baginda berdua.

"Karya ini saya hasilkan sekadar untuk content media sosial sahaja sebagai penghormatan kepada pemimpin negara kita," kata lelaki berusia 34 tahun ini.

Bercerita lebih lanjut mengenai karya terbaharu ini, Zabli berkata dia menghabiskan masa kira-kira hampir empat jam untuk menyiapkannya.

"Bilangan kiub rubik yang saya guna masih sama iaitu 391 bongkah kiub rubik kerana saya menggunakan frame yang sama seperti sebelum ini.

tokti

Karya kedua yang dihasilkan Zabli iaitu potret wajah penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

"Sama seperti karya potret Shuib dan arwah Siti Sarah, saya menggabungkan skil 'Photoshop' terlebih dahulu untuk sesuaikan tona dan grid dengan skil guna rubik," ujarnya yang sememangnya mahir bermain rubik sejak kecil.

Ditanya sama ada karya itu akan diserahkan kepada Al-Sultan Abdullah, Zabli dengan rendah diri berkata dia berbesar hati sekiranya karya tersebut mendapat perhatian baginda.

"Saya tak terfikir pun hasilkan karya ini untuk serah kepada istana, namun amat berbesar hati sekiranya mendapat perhatian baginda. Sekurang-kurangnya baginda nampak bahawa ada rakyatnya yang mempunyai kebolehan seperti ini.

Buatlah apa-apa pun untuk lahirkan perasaan cinta kepada negara, selagi mana tak menyalahi undang-undang.

ZABLI AB HADI

"Lagi pula saya juga berasal dari negeri yang sama dengan baginda iaitu Pahang Darul Makmur," ujarnya yang menetap di Rompin.

Tidak menyangka videonya sekali lagi tular, Zabli berkata dia bersyukur kerana karyanya mendapat perhatian dan pujian ramai.

"Bagi yang dah pernah tengok karya saya sebelum ini, mungkin mereka dah biasa. Tapi ramai juga followers baru yang baru menontonnya... Alhamdulillah kerana tak putus-putus beri sokongan dan pujian.

rubik sarah

Karya pertama Zabli iaitu potret wajah Shuib dan arwah Siti Sarah benar-benar meninggalkan kesan kepada netizen.

"Bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita boleh ambil inisiatif sendiri... cuba tanam dalam diri rasa untuk menghargai negara.

"Buatlah apa-apa pun untuk lahirkan perasaan cinta kepada negara, selagi mana tak menyalahi undang-undang," ujarnya yang bakal tampil dengan karya wajah seorang selebriti lelaki selepas ini.

Sehingga kini video potret wajah Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah yang dimuat naik di aplikasi TikTok meraih sehingga 356,000 jumlah tontonan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain