SIAPA sangka tugas bergelumang dengan bau hanyir dan kerja menyiang ikan, empat jejaka menjadi perhatian sekelip mata di aplikasI TikTok. Buktinya, video yang menunjukkan mereka memakai apron dan pelitup muka ketika bekerja di pasar meraih lebih sejuta tontonan dan 100,000 likes (tanda suka). Semuanya gara-gara beberapa foto yang memaparkan penampilan keempat-empat anak muda itu di luar waktu kerja, dengan lagak dan gaya seperti model. ARTIKEL BERKAITAN: Tak segak kerja pejabat tak apa! Graduan pilih jadi usahawan, gembira jual ikan di kampung halaman - "Risau impian saya akan hilang" ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda ini berniaga di pasar selepas habis belajar di kolej, seumur hidup tak pernah siang ikan tapi video dikongsi raih jutaan tontonan! Kumpulan jejaka ini terdiri daripada tiga beradik iaitu Saiful Anwar Sarwan, 25, Abdul Rafeeq Ismail, 24, Abdul Fareez Ismail, 21, dan seorang rakan, Muhammad Harith Sabarudin, 20. Saiful Anwar berkata, dia bersama dua adik lelakinya dan rakan mereka berniaga di dua gerai ikan berasingan di Pasar Awam Larkin di Johor Bahru, Johor. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Lebih mesra disapa Epul, katanya, gerai mereka tiga beradik itu pada asalnya merupakan milik arwah bapa yang meninggal dunia akibat Covid-19, kira-kira sebulan lalu. "Hampir 20 tahun ayah buka gerai ikan. Saya bantu berniaga sepenuh masa selepas habis belajar, kira-kira enam tahun lalu sebelum diikuti adik-adik. Kawan (Harith) berniaga bersama ayahnya. "Kami bukan sahaja menjual pelbagai jenis makanan laut segar, malah membekalkannya ke beberapa restoran di kawasan sekitar untuk bekalan mereka," katanya kepada mstar. Epul (kiri) dan Rafeeq. Mengenai video yang tular, Epul berkata, mereka sebenarnya mahu mengubah persepsi segelintir masyarakat yang memandang rendah kerjaya penjual ikan. Sementara itu, Rafeeq pula berkata, kesemua mereka juga gemar bergaya sekiranya tidak bekerja di pasar seperti kebanyakan anak muda. "Orang jual ikan juga bergaya. Kat pasar je pakai apron, sarung tangan dan but sebab kami handle makanan laut serta keadaan basah di sini, kalau jalan nanti terpercik air. "Saya dan Epul dengan gaya sporty, masing-masing kumpul baju sukan dan topi, manakala Fareez lebih kepada stail korporat dan selalu pakai baju polo, manakala Harith dengan imej kasual serta mengumpul but," katanya yang merupakan anak kedua dalam keluarga. Fareez (kiri) dan Harith. Menurut Fareeq, mereka tidak menyangka perkongsian video tersebut menarik perhatian ramai untuk berkunjung ke Pasar Awam Larkin. "Memang kami nak memperkenalkan Pasar Larkin. Kalau selama ini ada yang tak pernah datang pasar, tiba-tiba rajin datang dan membeli kira baguslah. Kalau ada depan mata, sambar je asalkan rezeki halal dan memberikan pendapatan EPUL "Sebelum ini pun kami pernah ditegur. Ada kena tegur dengan makcik yang mahu jadikan menantu, ada juga si anak datang minta nombor telefon. "Sebagai penjual, memang kena mulut manis dengan customer. Bila mulut manis, ramai nak jadikan menantu," ujarnya secara berseloroh, sambil menambah hanya dia dan adiknya Fareez masih bujang, manakala abangnya dan Harith sudah berkahwin. Gerai ikan yang diusahakan anak muda di Pasar Awam Larkin. Sementara itu, Epul turut menasihatkan anak muda agar tidak memilih kerja terutama ketika waktu sukar akibat pandemik Covid-19. "Jangan terlalu pilih kerja. Kalau ada depan mata, sambar je asalkan rezeki halal dan memberikan pendapatan. Tak kisahlah gerai burger atau kedai makan tepi jalan, rebut peluang selagi ada. "Mana tahu kalau kita tak memilih, pekerjaan yang kita buat itulah yang Allah bagi rezeki lebih. Jangan lupa doa, insyaAllah agar kita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI