suria

"Tak mengapalah..." - Dah lama berharap nak sarung jubah konvo, gadis ini ‘anjur’ majlis graduasi sendiri... kehadiran ibu bapa sudah cukup bermakna

Yaya mengambil keputusan untuk mengadakan majlis graduasinya sendiri lengkap dengan sesi fotografi.

"DIY je convo," itulah kapsyen yang tertera pada video seorang gadis bagi meraikan kejayaannya bersama keluarga kerana baru tamat pengajian.

Perkongsian rakaman gadis berkenaan memaparkan dia membeli sendiri jubah graduasi secara online semata-mata mahu dipakai untuk sesi fotografi bersama ibu bapanya.

Video tersebut setakat ini meraih hampir 350,000 tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Bosan duduk rumah, gadis ‘kuat berangan’ bersiap hias diri konon dapat jemputan dari istana... tak sangka ayah tegur sesuatu yang menyentuh hati

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih demi konten TikTok! Setiap hari remaja ini akan berlakon 2 watak dalam drama arahannya sendiri, kemudian baru keluar bekerja

Berkongsi cerita dengan mStar, Faghira Bakaruddin, 23, berkata, dia mengadakan sesi fotografi graduasinya sendiri kerana keadaan negara yang sedang dilanda pandemik.

Dia meraikan kejayaannya tamat pengajian itu bersama ibu bapanya Razana Zakaria,53, dan Bakaruddin Mat Daud, 53, di rumah mereka yang terletak di Shah Alam, Selangor.

"Saya mengambil keputusan untuk mencari jubah gaduasi secara online beberapa bulan lalu sempena habis degree. Beli dekat Shopee je, tak sampai RM50 pun.

"Lagipun bilangan kes semakin meningkat dan saya tak rasa ada peluang untuk majlis graduasi secara fizikal dapat diadakan dalam masa terdekat.

IMG_7331

Yaya membeli jubah graduasi secara online beberapa bulan sebelum dia tamat pengajian.

"Jadi saya pun mengambil keputusan untuk merakamkan detik ini bersama keluarga di rumah sahaja pada Sabtu lalu. Waktu raya pun kami buat benda yang sama juga, panggil jurugambar untuk sesi fotografi di rumah," katanya yang merupakan pelajar Bachelor Kejuruteraan Proses dan Makanan dengan Kepujian di UPM, Serdang.

Menurut anak sulung daripada tiga beradik itu, majlis graduasinya dijangka berlangsung pada November tahun ini.

Tambahnya pula, ini merupakan detik yang paling dinantikan sejak dia menamatkan pengajian di Kolej Matrikulasi Selangor pada tahun 2017.

"Kalau ikut perancangan, majlis graduasi saya sepatutnya akan diadakan pada November tahun ini.

"Memang berharap sangat dapat konvo secara fizikal sebab dulu belajar di matrikulasi dan ketika itu tak ada sebarang majlis graduasi.

"Keluarga saya memang jenis suka meraikan kejayaan anak-anaknya. Tak kiralah hari jadi atau dah habis viva (pembentangan akhir), memang kita akan celebrate.

Tak mengapalah kalau tak dapat konvo secara fizikal.

FAGHIRA BAKARUDDIN

"Kalau bukan dengan mereka pun saya memang suka buat sesuatu sebagai self-reward untuk diri sendiri," ujarnya yang merupakan bekas pelajar matrikulasi dalam bidang Sains modul dua.

Sebagai salah seorang pelajar yang terpaksa meraikan kejayaannya dalam suasana pandemik ini, Yaya mengucapkan tahniah kepada para graduan kerana berjaya menamatkan pengajian mereka.

Jelasnya lagi, apa yang lebih bermakna adalah dapat meraikan detik itu bersama keluarga walaupun tanpa majlis graduasi secara fizikal.

"Saya nak ucapkan tahniah kepada para pelajar yang berjaya menamatkan pengajian mereka dalam keadaan pandemik ini.

IMG_7333

Yaya bersyukur kerana dapat meraikan kejayaannya bersama keluarga walaupun tiada majlis graduasi secara fizikal.

"Kerana anda semua sudah lakukan yang terbaik, dah cukup gempak dah. Tak mengapalah kalau tak dapat konvo secara fizikal, bersyukur sahaja dengan apa yang kita ada.

"Boleh order jubah secara online, beli makanan dan raikan saat indah itu bersama-sama keluarga," katanya.

Yaya kini sedang menunggu keputusan tahun akhir ijazahnya dan menanti kemasukan untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Master by Research (Food Engineering) di UPM, Serdang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain