suria

“Tak malu ada misai, tapi letih diejek jongang” - Gadis ini jalani hidup seperti biasa walau bermisai, tak pernah rasa nak ‘buang’

Rupa-rupanya ramai lagi wanita yang mengalami masalah sama seperti Shikin.

"BUKAN filter, tapi betul ni," itulah jawapan seorang gadis yang membalas pertanyaan pengguna TikTok.

Perkongsian video itu yang menunjukkan terdapat misai pada wajahnya meraih hampir 370,000 tontonan dan 18,500 tanda suka di aplikasi tersebut.

Rupa-rupanya ramai kaum Hawa yang meninggalkan komen bahawa mereka juga mempunyai misai halus pada wajah mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Dengar 2 pelajar nyanyi lagu patriotik versi ‘merdu, sopan’, terus rasa makin cintakan negara! Susun muzik guna handphone je - “Saya nangis edit video”

ARTIKEL BERKAITAN: Masih berbisa! Bapa dua anak tunjuk skil main BMX... 21 tahun lalu pernah ‘fly’ tapi selepas ‘landing’ terus gelap - “Dulu nak belajar kena order tape, CD”

Berkongsi cerita dengan mStar, Nur Ashikin Abdul Manap, 20, berkata, dia menjawab soalan salah seorang pengguna di TikTok yang bertanya adakah misai dalam video itu 'diada-adakan' menggunakan filter.

Bagaimanapun dia sangat terkejut apabila mengetahui ramai lagi wanita di Malaysia mempunyai masalah yang sama seperti dirinya.

"Ada seorang pengguna TikTok dia ingat ada pakai filter misai tapi sebenarnya real. Memang sebelum ni pun ada je yang akan tegur tentang misai saya

"Dulu saya pernah wax sebab ingat ia akan tumbuh lambat, tapi rupa-rupanya sekejap je dah naik balik. Sekarang ni saya dah tak rasa nak 'buang' misai, lagipun ibu kata kalau buang nanti akan tumbuh dengan lebih lebat.

IMG_7251

Shikin tidak kisah jika ada yang menegur tentang misai pada wajahnya.

"Saya dan kakak sulung saja yang bermisai dalam keluarga dan kami berdua tak malu untuk berdepan dengan masyarakat. Cuma saya terkejutlah sebab tak tahu di Malaysia ni rupanya ada ramai wanita bermisai," katanya yang menetap bersama keluarga di Kampung Pokok Jenerih, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Menurut anak jati Pulau Pinang ini, dia mendapat keyakinan selepas menonton sesi TikTok live seorang wanita Indonesia yang juga bermisai seperti dirinya.

Walaupun begitu, dia pernah mengadu kepada ibunya kerana rakan-rakan di sekolah mengejek giginya sehingga nekad mahu memakai pendakap gigi.

"Saya pernah tengok TikTok live seorang wanita dari Indonesia dan ada penonton tanya jika dia rasa malu kerana bermisai. Wanita itu menjawab, buat apa nak rasa malu kerana bermisai?

"Mula dari situlah saya berani untuk tunjuk wajah kepada orang ramai. Rasa gembira dengan apa yang saya ada dan lebih berkeyakinan.

"Waktu di sekolah dulu jarang orang tegur pasal misai, tapi mereka mengejek saya gigi jongang. Saya mengadu pada mak, nak kerja dan kumpul duit untuk pakai braces kerana letih diejek.

Kerana apa yang kita ada ni merupakan satu kelebihan.

NUR ASHIKIN ABDUL MANAP

"Pada awalnya mak tak bagi tapi selepas saya beritahu apa yang berlaku di sekolah, barulah dia izinkan untuk pakai braces," ujarnya yang mesra disapa Shikin.

Menurut anak kesembilan daripada 10 adik beradik ini, dia mahu semua wanita yang mempunyai masalah sama sepertinya untuk tidak berasa malu

Sebaliknya, anggaplah ia sebagai satu kelebihan dan bersyukur dengan kurniaan Allah.

"Saya cuma nak beritahu kepada wanita lain yang mempunyai masalah misai atau bulu roma lebat untuk tidak berasa malu.

IMG_7250

Shikin (empat, kiri) menetap bersama keluarganya di Kampung Pokok Jenerih, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

"Kerana apa yang kita ada ni merupakan satu kelebihan dan masih kelihatan cantik dengan gaya tersendiri. Kita juga haruslah bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah," katanya.

Shikin yang sudah tiga tahun tamat bersekolah kini sedang bekerja di sebagai operator di sebuah kilang yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan menolong ibu bapanya menguruskan bisnes menternak kambing ketika hari cuti.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain