RAKAMAN video seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata menarik perhatian ramai. Perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita itu memaparkan haiwan peliharaan keluarga sering memanggil bapanya dengan panggilan 'abah'. Video tersebut setakat ini meraih hampir 670,000 tontonan di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Pengasas produk kecil hati dipertikai tak beli Mustang, mak ayahnya dah cukup gembira naik Myvi - “InsyaAllah suatu hari nanti beli GTR” ARTIKEL BERKAITAN: Demi ‘maruah’ kelas, wanita ini akur disuruh jadi model merdeka... catwalk dah OK tapi topi terbang pula! - “Memalukan sungguh” Bercerita kepada mStar, Nur Jasmine Munirah Mazuki, 23, berkata, ramai yang bertanya mengapa burung kakak tua yang diberi nama Brulee itu sering menyebut 'abah' dalam video-video yang sering dikongsi. Rupa-rupanya, bapanya Mazuki Ibrahim, 48, amat memanjakan Brulee malah dijadikan teman karib ketika berada di rumah. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya saya banyak kongsi video pasal Brulee, tapi orang tertanya-tanya kenapa dia asyik sebut 'abah' je. Jadi saya pun buatlah video ni untuk menjelaskan kenapa dia selalu sebut 'abah'. "Memang nampaklah mereka berdua rapat, Brulee manja dengan abah, abah layan Brulee pun dah macam anak sendiri. Dia memang bestfriend abah sebab selalu teman abah buat aktiviti bersama. Mazuki memelihara Brulee sejak ia kecil lagi. "Brulee mula bertutur pada usia hampir tiga tahun dan belajar bercakap pun sebab selalu dengar perbualan kami adik beradik. Apa yang saya dan adik cakap mesti Brulee akan ulang semula, perkataan pertamanya ialah 'Siti' kerana dulu kami memanggilnya 'Siti Brulee'. "Selain pandai sebut 'abah', Brulee juga pandai sebut 'meow', 'nak keluar' dan buat bunyi takut hantu. Kami satu keluarga memang sangat rapat dengannya sampai boleh panggil dia adik dan 'baby'," katanya yang berasal dari Pasir Gudang, Johor. Lebih mesra disapa Jasmine, katanya, mereka sudah membela burung kakak tua itu sejak haiwan itu kecil lagi pada tahun 2017. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Semuanya bermula gara-gara bapanya terpengaruh dengan rakan sendiri dan mengambil keputusan untuk memilih Brulee sebagai penyeri dalam keluarga mereka. "Kami bela Brulee ni sejak dia kecil lagi dan sekarang ni umur dah masuk empat tahun. Brulee ialah seekor burung kakak tua spesis Congo African Grey. "Pada mulanya abah bercadang nak bela antara kucing atau ikan. Tapi mak tak suka, nanti bau najis kucing dan kos perbelanjaan untuk membela ikan pula mahal. Mereka sekeluarga menunggu ketibaan Brulee di stesen bas di Pudu. "Jadi abah pun memilih untuk membela Brulee kerana melihat kawannya juga ada bela burung. Kami beli Brulee daripada seorang breeder di Penang dan dia kirim burung tu dengan pemandu bas yang ada trip ke KL. "Saya ingat lagi masa tu kami sekeluarga pun tunggu di stesen bas di Pudu untuk sambut ketibaan Brulee," ujarnya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Multimedia di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, keluarga mereka mempunyai kenangan yang sedih apabila Brulee pernah hilang sewaktu mereka menetap di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan. Haiwan peliharaan kesayangan mereka itu hilang selama dua hari, tiga malam di sekitar kawasan kampung tersebut. "Brulee pernah hilang sekali waktu tu kami duduk di Ketereh dan masa tu dia baru berusia tiga bulan. Ada satu petang abah bawa Brulee keluar bermain di halaman rumah, letak atas pokok untuk bergambar. "Tiba-tiba ada kambing biri-biri lalu, agaknya Brulee terkejut waktu tu jadi dia pun terbang jauh dan hilang. Dia hilang selama tiga hari, dua malam dan abah dengan mama memang tidur tak lena dibuatnya. Bagi pasangan yang tak ada anak, lagi seronok untuk isi ruang kosong tu NUR JASMINE MUNIRAH MAZUKI "Setiap petang mama dengan abah keluar mencari Brulee di kawasan kampung. Pada hari ketiga barulah terjumpa Brulee apabila mereka perasan ada seekor burung yang memiliki ekor merah terbang di bumbung rumah kawasan kampung tu. "Mereka pun panggil namanya dan Brulee terbang ke arah abah dan mama kemudian perlahan-lahan jatuh. "Keadaan Brulee waktu tu memang comot dengan bulu yang tak terurus dan ada sedikit luka. Kami semua sangat gembira bila jumpa Brulee semula, mama sampai menangis sebab tak sangka sangat," katanya yang kini menetap di Sepang, Selangor. Jasmin berpandangan, musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan waktu yang sesuai untuk membela haiwan peliharaan. Tambahnya lagi, ia juga sesuai bagi pasangan yang belum dikurniakan zuriat kerana dapat menjadi penyeri malah dijadikan penghibur. "Time PKP ni, elok kita bela haiwan sebenarnya sebab dapat tengok dia membesar. Kalau yang nak bela burung macam kami, bolehlah ajar bercakap. Brulee pernah hilang selama tiga hari pada tahun 2017. "Bagi pasangan yang tak ada anak, lagi seronok untuk isi ruang kosong tu. Kalau yang dah ada anak pun bertambah seronok sebab ramai yang nak melayan! "Kami sekeluarga sangat enjoy membela Brulee, sedikit sebanyak dapat tengok kuasa Allah depan mata yang burung ni boleh bercakap," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN! TONTON VIDEO PILIHAN!