RASA tenang melihat sebuah video yang menunjukkan seorang pemuda berkongsi pengalamannya membacakan doa sebelum menerima suntikan vaksin Covid-19. Ketenangan itu juga pastinya dirasai seorang petugas yang mengendalikan proses vaksinasi lelaki berkenaan di pusat pemberian vaksin (PPV). Bukan sahaja peramah orangnya, petugas tersebut turut mengaminkan bacaan doa oleh penerima vaksin itu sebelum suntikan dibuat dan memberikan nasihat sejurus selesai proses berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Panik but terkopak di PPV! Dah balik rumah, check IG, baru gadis ini dapat tahu selipar besar yang dipinjam milik petugas kacak - "Saya digelar Cinderella Malaysia" ARTIKEL BERKAITAN: Rasa nak baling phone selepas dapat dos kedua, sampai rumah kena gelak dengan mak pula... lelaki ini beri tip penting ketika rakam detik divaksin "Sejuk hati nurse yang cucuk vaksin ni. Alhamdulillah, stay safe," demikian antara komen netizen menerusi perkongsian video tersebut di aplikasi TikTok. Penerima vaksin itu, Abdul Azim Kasim berkata, rakaman dibuat sewaktu dia menerima dos pertama di PPV Dewan Bandaran Kulim di Kulim, Kedah pada Khamis lalu. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) Pemuda berusia 29 tahun tampil menjelaskan bahawa dia terlebih dahulu meminta izin daripada petugas berkenaan untuk membuat rakaman dan bacaan doa. "Masa tu dah petang selepas azan Zohor, jadi orang kat PPV dah tak ramai. Sebab itu saya minta izin untuk membaca doa dulu sebelum diberikan suntikan. "Sebelum pergi ke PPV, ibu saya berpesan untuk baca doa masa nak cucuk sebagai ikhtiar kita mendapat perlindungan dan kepada Allah kita berserah," katanya kepada mStar. Azim selepas menerima dos pertama vaksin di PPV Dewan Bandaran Kulim. Siapa sangka hari berkenaan merupakan satu rahmat dan kesyukuran buat anak keenam daripada sembilan beradik itu apabila membuat keputusan untuk walk-in bagi menerima vaksin. Azim berkata, keputusan itu dibuat kerana sebelum itu dia masih belum menerima janji temu untuk vaksinasi menerusi aplikasi MySejahtera. "Saya tak adalah tertanya-tanya bila nak dapat vaksin. Kalau ada rezeki dapat, saya pergi. Saya tunggu, tak kisah kalau belum dipanggil. "Tapi ibu mentua menasihatkan saya untuk walk-in ke PPV. Isteri saya pun terlebih dahulu dah dapat dua dos sebab dia bekerja di farmasi," ujarnya yang berasal dari Kulim. Azim (kiri) bersama isteri. Menurut bapa kepada dua anak itu, dia turut mendengar satu ceramah daripada seorang ustaz mengenai bacaan doa penenang hati apabila menerima ubat. "Kita ikhtiar, selebihnya berserah kepada Allah. Masa menunggu giliran di PPV kira-kira lebih sejam pun saya baca doa dan selawat. Kita ikhtiar, selebihnya berserah kepada Allah... Alhamdulillah rasa lega bila dah dapat vaksin ABDUL AZIM KASIM "Saya tak takut jarum, tapi gementar sebab pening kepala sebelum ke PPV. Mungkin sebab tak cukup tidur, bangun awal sebelum Subuh untuk pergi kerja," katanya yang berniaga santan sejak lebih setahun lalu. Bekas pelajar Sekolah Menengah Agama Tarbiah Diniah (SMATD) di Kulim itu juga melakukan tugasan sebagai imam sambilan di surau di tempat tinggalnya. Azim merupakan peniaga santan. Azim berkata, dia bersyukur kerana akhirnya menerima dos pertama vaksin dan urusan vaksinasinya dipermudahkan. "Alhamdulillah rasa lega bila dah dapat vaksin, cuma rasa kebas di tangan selepas tu. Terima kasih kepada petugas yang turut membantu saya di PPV. "Sesiapa yang nak ambil vaksin boleh berdoa untuk ditenangkan hati... baca doa ringkas dalam hati pun boleh. Tapi kalau nak buat rakaman, kena minta izin dulu dengan petugas. "Baca doa ini digalakkan terutama buat mereka yang rasa takut atau gementar. InsyaAllah semuanya baik-baik," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!