SIAPA sangka, niat untuk membawa anak-anak beriadah selepas sekian lama 'terkurung' di rumah lantaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berakhir dengan kejadian yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Aktiviti riadah keluarga ini di sebuah air terjun pada mulanya riuh dengan gelak ketawa anak-anak, namun tidak semena-mena bertukar menjadi kelam kabut selepas salah seorang daripada mereka dipatuk ular! "Kegembiraan bertukar tragedi dalam sekelip mata," demikian kapsyen pada satu perkongsian video di TikTok yang sehingga kini meraih lebih daripada 182,000 jumlah tontonan. ARTIKEL BERKAITAN: Selamba je marah Aris! Video sapu sampah tepi buaya tembaga raih lebih 3.5 juta views, lelaki ini dedah punggung nyaris dibaham - “Terlintas nak cari kerja lain tapi...” ARTIKEL BERKAITAN: Nyah dedah tak pakai ilmu tangkap King Kobra besar lengan – “Geram, ular patuk ibu saudara tak sempat ditangkap” Menurut wanita yang dikenali sebagai Eja Kasim, insiden berkenaan menimpa anak sulungnya, Zahra yang berusia enam tahun ketika mereka sekeluarga beriadah di sebuah air terjun di Serendah, Selangor, pada Ahad. "Kami rancang bawa anak-anak keluar beriadah sebab mereka pun dah lama tak keluar. Masa di air terjun tu, ada juga keluarga lain yang mandi tak jauh dari kami. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Masa tengah mandi, suami jerit beritahu nampak ular menuju ke tempat kami. Saya yang tengah duduk atas batu dekat dalam air pun nampak sekilas. "Anak saya, Zahra masa tu sedang menyelam, elok dia timbul kepala saja, terus kena patuk dekat atas kelopak mata dan dahi sebelah kiri. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Masa kena tu dia terkejut dan terus berlari ke arah suami. "Tak tunggu lama, terus kami bergerak balik sebab dalam kepala fikir nak dapatkan rawatan secepat mungkin bimbang apa-apa jadi lebih teruk," ujar wanita yang menetap di Rawang, Selangor ini. Cerita Eja, dia dan suami terus mencari klinik yang berdekatan malangnya pihak di sana tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan kes patukan ular. Gambar yang sempat diambil sebelum kejadian berlaku. "Dua klinik swasta tak mahu terima kes anak kami. Kemudian ke sebuah hospital swasta di Rawang, jawapan yang sama juga dan minta refer ke Hospital Selayang. "Masa dalam kereta tu saya yang terlebih panik... sekejap-sekejap saya akan tanya Zahra keadaannya. Saya bimbang sebab dalam sejam juga kami ke sana sini sebelum menuju Hospital Selayang. "Bila dah sampai hospital, barulah panik berkurang. Doktor periksa bahagian yang kena patuk, dan bertanya rupa ular tersebut untuk tujuan kenal pasti. Daripada gambaran yang saya dan suami beritahu, doktor sahkan Zahra kena patuk ular air. "Alhamdulillah, doktor beritahu keadaan Zahra tak serius sebab ia bukan ular berbisa dan kami cepat dapatkan rawatan," cerita wanita berusia 28 tahun ini. Masa dalam kereta tu saya yang terlebih panik... sekejap-sekejap saya akan tanya Zahra keadaannya. EJA KASIM Eja yang juga ibu kepada dua cahaya mata berkata, anak perempuannya ditahan selama sehari di wad untuk tujuan pemantauan oleh doktor. "Keesokan petang, Zahra dah boleh keluar wad. Doktor berikan ubat dan minta kami pantau keadaannya sahaja," ujarnya yang menjalankan bisnes secara dalam talian. Tambah Eja lagi, dia sekadar membuat perkongsian di media sosial untuk berkongsi pengalaman sekali gus memberi peringatan kepada orang lain agar mengambil langkah berjaga-jaga jika beriadah di kawasan air terjun. Zahra dimasukkan ke wad selama sehari dan kini keadaannya semakin pulih. "Alhamduillah Zahra dah semakin sembuh, cuma ada parut warna kebiruan sikit dekat bahagian kena patuk. Memang fobia... baik saya mahupun Zahra memang takkan pergi dah air terjun. "Zahra pun beritahu, tak nak mandi air terjun dah... lepas ni mandi pool saja. "Apa yang saya nak tekankan, kalau mereka yang pergi beriadah tu, hati-hati. Kawasan hutan ni dah lama orang tak masuk sebab PKP, haiwan-haiwan pun mula keluar. "Dan lagi satu, kalau berdepan dengan kes seperti ini, teruslah rujuk ke hospital kerajaan. InsyaAllah di sana mereka ada kepakaran untuk kendali kes seperti ini," ujarnya lagi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!