suria

Gara-gara buat donat cubaan ke-3 menjadi macam air tangan TokMa, tiba-tiba anak pula sentap – “Pernah menangis sebab tak jadi”

Tangkap layar video anak-anak Syakila mencuit hati. Gambar kecil Syakila bersama anak sulung.

DONAT dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan, sering kali menjadi makanan kegemaran kerana kemanisannya.

Di sebalik keenakkan donat, terpapar telatah comel seorang daripada tiga beradik yang dirakamkan ketika menikmati makanan pencuci mulut itu bersama dua adiknya.

"Kakak, donat ni gemuk macam kita," kata si abang kepada salah seorang adik perempuannya, sebelum didengari ibu mereka yang berada di dapur dan mentertawakannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 6 tahun ini asyik nak bergaya, pakai baju cantik walau musim 'Kobid 9Tim'... rupa-rupanya 'berjangkit' daripada emak!

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas viral, ramai nak tengok wajah 'budak tudung saji'... ibu 'belanja' show Peluang Kedua - "Dia pernah buat suami menangis"

"Tak naklah makan donat umi," katanya yang merajuk sambil meletakkan kembali donat berkenaan di atas piring, yang kemudian disahut adiknya menolak piring berkenaan.

Ibu berkenaan, Nurul Syakila Rusly berkata, rakaman membabitkan anak lelakinya, Muhammad Anaqi Fulzian Muhammad Azrol berusia lima tahun, bersama dua anak perempuannya, Nur Zea Amanda dan Nur Zara Amani yang masing-masing berusia dua dan lapan bulan.

"Anak yang sulung sebenarnya jarang sentap. Sebab dia sendiri tahu dia dan adik-adiknya gemuk. Sebab itu dalam video dia kata gemuk macam dia dan adik.

"Dia merajuk tu bukan sebab saya ketawakan dia gemuk, tapi saya gelak dapat kenakan dia. Sebelum ini dia tengok gambar kahwin saya dan suami yang digantung di dinding di ruang tamu, dia tanya kenapa dalam gambar ni umi kurus, kenapa sekarang gemuk.

"Saya gelakkan dia sebab dia sendiri buat kelakar mengaku diri sendiri gemuk macam donat, tapi tak sangka dia yang merajuk. Dia merajuk kejap je," katanya kepada mStar.

donat gemuk 4

Anak sulung (kanan) dan anak kedua Syakila.

Sebagai ibu, Syakila yang berusia 30 tahun menjelaskan bahawa dia mendidik anak-anaknya untuk sentiasa berfikiran positif dalam apa juga keadaan.

"Dulu anak sulung saya tanya kenapa kulit dia gelap sedangkan kulit saya cerah. Dari dulu saya ajar dia walaupun kulit gelap, tapi handsome... gemuk tapi awesome.

"Jangan tunjuk pada anak yang gemuk itu satu keburukan. Masa kanak-kanak inilah dia nak enjoy, pada satu tahap kita ajar dia supaya lebih matang menerima keadaan diri secara positif," katanya.

donat gemuk 5

Tiga beradik dengan gelagat masing-masing.

Mengenai donat, jururawat itu memberitahu, anak-anaknya menyukai manisan itu terutama hasil tangan nenek mereka yang menetap di Rawang, Selangor.

"Kebiasaannya saya bawa anak-anak jumpa TokMa iaitu ibu saya hampir setiap minggu, dan sekurang-kurangnya dua kali mereka dapat rasa donat yang TokMa buat.

Masa PKP awal tahun lalu, saya sekeluarga terkandas di rumah ibu mentua di Jengka, Pahang selama dua bulan sebab tak boleh rentas negeri. Lebih dua bulan anak-anak menangis tak dapat donat TokMa

NURUL SYAKILA RUSLY

"Tapi masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) awal tahun lalu, saya sekeluarga terkandas di rumah ibu mentua di Jengka, Pahang selama dua bulan sebab tak boleh rentas negeri. Lebih dua bulan anak-anak menangis tak dapat donat TokMa," katanya yang menetap di Bukit Beruntung, Selangor.

Susulan itu, kata Syakila dia belajar membuat donat mengikut resipi ibunya yang merupakan tukang masak, sambil menambah percubaan ketiga akhirnya memenuhi citarasa anak-anak.

donat gemuk 7

Syakila (berdiri) gembira selepas donat yang dibuatnya akhirnya menjadi kesukaan anak-anak.

"Saya cuba buat masa PKP tahun lepas, tapi tak menjadi. Anak menangis minta donat, saya pun menangis sekali sebab buat tak jadi.

"Kali kedua, saya buat masa kami sekeluarga kuarantin di rumah baru-baru ini, anak tak cakap apa-apa tapi dia makan. Kali tetiga saya buat, anak kata sedap. Itu yang saya excited nak buat video call nak tunjuk kat TokMa dia.

“Dah 10 kali video call tapi TokMa tak jawab. Jadi saya rakam video dulu. Kalau sebelum ini saya menangis sebab buat donat tak jadi, sekarang happy sangat sebab anak-anak dah suka,” ujarnya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain