suria

Geram tengok rambutan lebat, pemuda panjat bumbung rumah arwah nenek... siapa sangka sekelip mata terjerit-jerit panik - "Lima minit duduk celah atap"

Fikri (gambar kecil, kanan) terjatuh kerana memijak bumbung asbestos selepas hujan turun.

"TIDAK mengapa, asalkan dapat rambutan," begitulah salah satu komen netizen pada video seorang pemuda yang terjatuh ketika mahu memetik buah rambutan.

Rakaman visual yang dimuat naik rakannya itu memaparkan dia terjatuh ketika sedang memetik buah rambutan yang berada di atas bumbung rumah.

Video tersebut meraih hampir 870,000 tontonan di aplikasi TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: “Angin bertukar arah, payung jatuh ke depan” - Tak serik jatuh paragliding, wanita ini cuma relaks sekejap sebelum cuba terbang sekali lagi

ARTIKEL BERKAITAN: “Hargailah kawan walau kadang-kadang annoying” - Dulu rapat berlima, baru seorang ‘pergi’ namun cukup terasa kehilangannya

Berkongsi cerita kepada mStar, Amir Fakhruddin Abdul Hadi, 22, berkata, dia menemani kawannya Ahmad Fikri Zulkefli serta seorang lagi rakan mereka untuk mengambil barang di rumah arwah neneknya yang terletak di Kampung Jeram, Kuala Terengganu.

Jelasnya lagi, kejadian yang mimpa rakannya yang juga berusia 22 tahun itu berlaku pada Khamis kira-kira jam 5.30 petang dan ketika itu hujan baru sahaja berhenti di kawasan tersebut.

"Masa tu kawan telefon mintak tolong ikut dia angkat barang di rumah arwah nenek dia. Rumah tu memang dah lama tak ada orang duduk, kami datang pun untuk mengambil perabot dengan katil sahaja.

"Di rumah tu ada pokok rambutan, memang dah lama ada di situ sebab arwah nenek kawan saya punya. Waktu tu kami naik tingkat dua, tengok di luar macam lebat je buah rambutan tu.

efrgr

Amir (kiri) menemani Fikri ke rumah arwah neneknya untuk mengambil barang.

"Saya pun suruh la dia panjat atap untuk mengambil buah rambutan tu. Saya dah pesan awal-awal pada dia, pijak di tempat yang ada paku sahaja sebab bawah tu ditahan dengan kayu.

"Masa tu saya tengah nak buat IG story buah rambutan, sebab memang elok buahnya dengan warna yang begitu merah," katanya yang bekerja dengan bapanya yang memiliki sebuah syarikat pembinaan di Tasik Kenyir.

Lebih mesra disapa Amir, katanya, Fikri terjatuh ketika berdiri di bumbung rumah sewaktu dia sedang leka merakam video buah rambutan untuk dimuat naik ke Instagram.

Terkejut dengan apa yang berlaku, dia cuba menolong Fikri yang terjatuh di celah atap, namun cubannya gagal dan kemudian meminta bantuan seorang lagi rakannya, Muhammad Solihin Sabri,20 yang turut berada di situ.

"Tengah-tengah buat story tu, tengok kawan saya dah kecundang. Dia menjerit 'panik Mir! Panik! Jatuh boleh sakit ni aku'.

"Ada dua kemungkinan sahaja kalau dia terjatuh masa tu. Yang pertama dia patah kaki atau peha dan yang kedua pula mungkin akan meninggal terus sebab terjatuh dari tingkat dua.

"Saya cuba tarik tangan dia tapi tak lepas sebab tersekat di celah atap, terpaksa minta pertolongan kawan yang lagi seorang tu baru lah Fikri boleh keluar. Dalam limit minit juga lah dia duduk di atas tu.

Sebenarnya boleh je nak kait buah rambutan tu dari bawah, cuma masa tu kami malas nak cari galah.

AMIR FAKHRUDDIN ABDUL HADI

"Tapi alhamdulillah dia tak jatuh ke bawah kerana ada kayu penghadang pada atap tu. Cuma ada luka pada kaki dan siku sahaja kerana terkena bahagian atap asbestos. Atap tu diperbuat daripada asbestos, ramai dah orang cakap ia bahaya kalau dipijak waktu basah.

"Kena pula waktu tu memang baru sahaja hujan, memang tak bernasib baiklah. Bahagian yang berlubang tu kami biarkan begitu sahaja kerana dah tak ada orang yang duduk disitu dan ia agak usang sebenarnya," ujarnya yang berasal dari Gong Badak, Terengganu.

Anak bongsu daripada empat beradik ini akui sebenarnya rambutan itu boleh sahaja dikait menggunakan galah tetapi buah yang lebat hanya berada di bahagian atas sahaja.

Namun insiden ini telah menyebabkan rakannya trauma dan fobia terhadap buah rambutan.

"Sebenarnya boleh je nak kait buah dari bawah, cuma masa tu kami malas nak cari galah. Panjat atap tingkat dua lagi mudah, lagipun bahagian atas tu memang lebat buahnya.

gergr

Fikri tersekat di celah bumbung itu selama lima minit.

"Kawan saya cakap dia memang dah trauma dengan buah rambutan, kalau terjatuh ke bawah memang balik dengan ambulans jawabnya. Pesanan saya untuk semua yang tengok video tu, lepas ni tolong beringat kalau nak panjat atap asbestos.

"Sebab daripada komen yang saya tengok, dah ramai yang terkena macam tu. Ada yang lumpuh dan ada juga yang meninggal sebab pijak atap asbestos waktu hujan," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain