SEORANG wanita memohon jasa baik orang ramai untuk membantunya menjejaki tiga pokok kesayangannya bernilai RM50,000 yang hilang dipercayai dicuri. Tiga pokok tersebut adalah jenis Monstera Albo Marble, Monstera Aurea Marble dan Monstera Albo Halfmoon. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita cemas bangun tidur mulut senget, mata dan hidung tak bergerak... rupa-rupanya hidap Bell's Palsy - “Sehari telan 17 biji ubat, tercekik rasanya” ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedang berpantang reda suami disahkan ada masalah paru-paru, tak sempat keluar wad positif Covid-19 pula... tiada memori ketika anak newborn! Ketika dihubungi mStar, Rus Majida Hassan, 34, berkata dia menyedari pokok kesayangannya 'lesap' ketika sedang bersiap-siap untuk keluar pada petang Isnin dan ternampak buluh yang digunakan untuk menegakkan tanaman itu berada di atas simen di hadapan rumahnya. "Buluh tu tak sepatutnya ada dekat situ, jadi saya terus pandang pada pokok Monstera dan semua pokok induk yang saya ada sudah lesap dicuri. "Hanya pasu kosong sahaja yang tinggal," katanya, yang merupakan seorang peniaga. Pokok Monstera Albo Marble (daun putih hijau) dan Monstera Aurea Marble (daun kuning hijau) milik Rus Majida yang dicuri di rumahnya di Kuala Terengganu. Menurut Rus Majida, satu laporan polis telah dibuat namun dia merayu bantuan orang ramai sekiranya ada ternampak sesiapa yang tiba-tiba menanam pokok ini di rumah atau terjumpa posting di mana-mana platform yang membuat tawaran untuk menjual pokok-pokok tersebut. Menurut Rus Majida, dia amat mengenali pokok miliknya memandangkan corak dan saiz pokok tersebut sukar untuk didapati. "Rasa ralat sangat sebab pokok-pokok ini saya dah bela selama hampir tiga tahun dan mencapai saiz yang tidak dimiliki oleh orang lain, jadi mudah untuk saya cam pokok-pokok saya ini. "Pokok ini tidak dijual di nurseri biasa dan saiz pokok yang dicuri juga sangat sukar untuk didapati. "Tolong bantu saya untuk mendapatkan semula pokok-pokok ini agar saya dapat membawa si pencuri ke muka pengadilan," katanya. Pasu bunga kosong yang ditinggalkan pencuri. Menurutnya, dia tidak berhasrat untuk meminta semula pokoknya itu sekiranya ia telah dibeli orang lain, namun amat berharap agar pembeli itu sudi tampil memberi maklumat penjual untuk memastikan pencuri terbabit mendapat pembalasan yang setimpal. "Sekiranya ada yang sudah terbeli pokok ni, saya tak akan minta semula, saya cuma nak dapatkan maklumat si penjual seperti nama, nombor telefon, nombor akaun bank, lokasi supaya dapat membantu siasatan polis. Harap boleh berlaku jujur dengan saya. "Kepada si pelaku sekiranya anda membaca tulisan saya, sila pulangkan pokok saya seperti sedia kala atau saya tidak akan memaafkan anda dunia akhirat dan berdoa agar anda menerima balasan yang setimpal. "Saya juga doakan pokok tersebut tidak akan hidup subur di tangan anda, sungguh saya tidak reda dengan perbuatan anda yang menceroboh kawasan rumah dan mencuri pokok-pokok kesayangan saya," luahnya. Sesiapa yang ada terjumpa dengan pokok-pokok terbabit bolehlah menghubungi Rus Majida melalui instagram atau Facebook miliknya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!