BADJIE Xatieqoutieqc (sebutannya Bae-jie-aetee-qo-teeq) binti Ibadallah. Sesiapa sahaja yang mendengar atau perlu menyebut namanya pasti akan berkerut dahi atau menggaru kepala. Ketika beratur menungu giliran, reaksi teragak-agak yang sering ditunjukkan staf atau petugas dijadikan petunjuk buat empunya nama yang berusia 28 tahun ini bahawa gilirannya akan tiba. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri sedang berpantang reda suami disahkan ada masalah paru-paru, tak sempat keluar wad positif Covid-19 pula... tiada memori ketika anak newborn! ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin ‘gabra’ jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - “Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya” Berkongsi kisahnya dengan mStar, Badjie XatieqOutieqc atau lebih mesra dipanggil Belle berkata, namanya ini sebenarnya merupakan hasil gabungan nama bapanya Ibadallah dan ibunya Faiziah atau lebih senang dipanggil Jie. “Idea untuk gabungkan nama ini datang daripada ayah, dia yang cipta Badjie ini dari gabungan nama dia dan ibu sebab ayah nak jadikan macam 'surname' kami memandangkan kami dah tak bawa nama Raden, sebab ayah berasal dari Jawa Sunda. “Adik beradik saya semua nama bermula dengan Badjie X, kemudian nama belakang semua diambil dari kitab suci Al-Quran,” jelas anak keempat daripada tujuh beradik ini. Belle merupakan bekas pramugari Malaysia Airlines. Kisah Belle dan namanya yang unik ini tular di media sosial apabila seorang sahabat memuat naik gambar lesen memandunya di laman Twitter. “Weh korang tengok nama member aku selama ni panggil Belle ingatkan full name Nabila, sekali engkau haa, nah gasak bakal suami nak akad nikah nanti,” tulis sahabatnya, yang hanya dikenali sebagai Mayom. Hantaran Mayom tular di laman Twitter. Mengakui kurang gemar dengan nama yang diberikan pada mulanya, Belle berkata, dia bagaimanapun berasa tenang kini apabila mengetahui makna sebenarnya.. “Sewaktu membesar saya tak suka nama saya sebenarnya sebab orang selalu ejek, jadi ia membawa lebih banyak kesedihan daripada kegembiraan dan sebab itu saya pastikan orang panggil saya Belle. “Belle ni asalnya daripada nombor plat kereta kegemaran ayah 'BEL' jadi saya ubah sikit untuk bagi nampak menarik. “Tapi sejak Mayom post (di Twitter) ada seorang individu ini berusaha untuk mencari maksud nama saya, dan sekarang saya rasa lebih tenang,” jelasnya yang tinggal di Klang, Selangor. Kalau boleh saya nak orang panggil saya Xatieqoutieqc, tapi mesti hancur bunyi dia nanti, jadi saya cari alternatif lain. BADJIE XATIEQOUTIEQC Berkongsi makna yang diberikan individu berkenaan, Belle berkata, namanya yang berbunyi 'Aeteeqoteeq' membawa makna kemuliaanmu, kecantikanmu dan kelahiran yang dimuliakan. “Kalau boleh saya nak orang panggil saya Xatieqoutieqc, tapi mesti hancur bunyinya nanti, jadi saya cari alternatif lain. “Saya suka juga bila orang panggil saya Belle sebab maksudnya juga baik dalam bahasa Perancis iaitu 'cantik, orang pun tak susah nak panggil,” katanya. Sementara itu berkongsi pengalaman membesar dengan nama yang unik, Belle berkata, dia sering kali boleh mengagak bahawa gilirannya untuk dipanggil akan tiba apabila melihat wajah gurunya berubah. “Cikgu biasanya akan panggil nama kita masa hari pertama kelas, tapi bila tiba nama saya selalunya saya akan nampak mereka macam tengah struggle atau mereka akan diam dan tenung list dengan muka berkerut. “Jadi sebelum sempat dia sebut, saya akan angkat tangan dan cakap 'hadir',” ceritanya. Belle (paling kanan, berdiri) dan semua adik beradiknya mempunyai nama yang bermula dengan 'Badjie X'. Tambahnya, ramai juga yang terkejut apabila mengetahui namanya. “Semua orang asal nampak je nama saya, dia akan tunjuk pada kawan-kawan sekitar. Contohnya bila lalu Kastam untuk naik kapal terbang, bila scan beg dan minta kad pengenalan atau pasport mesti mereka akan tanya, Malaysian ke? Atau mereka akan pass pada kawan-kawan tanya macam mana nak sebut. “Saya rasa bila orang tengok nama saya dia akan fikir hambik kau, nama macam ni wujud,” selorohnya. Menurut Belle, dia bagaimanapun tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli. “Saya sedar yang nama saya unik masa sekolah rendah, sebab orang ejek nama saya. Saya tertanya-tanya kenapa orang ejek saya. “Mereka gabungkan nama saya atau panggil saya 'si nama pelik' dengan pandangan mengejek. Ia sememangnya menyakitkan,” katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!