suria

Bapa hidap kanser, ibu diserang strok... bantuan JKM hanya RM300 sebulan, mujur dikelilingi insan prihatin nasib dua beradik terpelihara

Tahir dan isterinya Faridah ketika dilawati pasukan MyFundAction beberapa bulan lepas.

IBARAT jatuh ditimpa tangga.

Begitulah nasib sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Sentang Kechau, Kuala Lipis, Pahang apabila kedua-dua tunjang famili berkenaan ditimpa musibah yang mengakibatkan mereka hilang keupayaan diri.

Segala-galanya bermula apabila Tahir Al-Tipoh, 57 disahkan menghidap kanser peti suara sekitar tiga tahun lepas.

ARTIKLE BERKAITAN: Sekali pandang macam kena halau! 4 sahabat ‘bahagia’ bentang karpet berkelah depan rumah, pakcik baru balik masjid sporting melayan

ARTIKLE BERKAITAN: Pengantin ‘gabra’ jam bunyi pukul 3! Buka kotak hadiah, ada juga minuman tenaga, stoking bayi - “Kalau niat nak prank, rancangan anda tak berjaya”

Tahir yang dahulunya bekerja sebagai penoreh getah terpaksa diberhentikan serta mengharapkan ihsan isterinya, Faridah Ishak, 57, untuk membantunya dalam kehidupan harian.



Tahir kini terpaksa menggunakan bahasa insyarat untuk bertutur.

Namun segalanya berubah apabila Faridah pula diserang strok ketika menjaga Tahir yang dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan membuang kotak suaranya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu kini terlantar tidak bermaya serta mengharapkan ahli keluarga untuk menguruskan dirinya.

Mereka sekeluarga kini bergantung harap kepada kakak Faridah iaitu Siti Hapesah Ishak,72 dan juga anak saudaranya Nor Rosnani Ahmad Mustaffar, 44.

Menurut Rosnani, keadaan kesihatan Tahir yang sudah menjalani pembedahan kini semakin baik namun isterinya masih tidak mampu bergerak.

"Memang sedih sangat tengok keadaan makcik (Faridah), sebab dia sakit pun masa jaga pakcik (Tahir) di hospital waktu dia nak buat pembedahan.

"Harapan saya semoga ada keajaiban untuk makcik sembuh semula seperti sediakala," ujar Rosnani.



Tahir dan isterinya, Faridah ketika dikunjungi wakil MyFundAction beberapa bulan lepas.

Menurut Rosnani, Tahir dan isterinya terpaksa menjalani rawatan susulan di tiga hospital secara berkala, iaitu Hospital Lipis, Hospital Temerloh dan Hospital Kuala Lumpur.

"Setiap tiga bulan kami akan menyewa ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berjumlah RM100 untuk satu perjalanan bagi membawa makcik ke Hospital Lipis dan begitu juga dengan pakcik bila dia perlu dapatkan rawatan di hospital.

"Keadaan kesihatan pakcik semakin baik, cuma masih ada follow up dengan pakar radioterapi dan onkologi di Hospital Kuala Lumpur, pakar Telinga, Hidung dan Tekak di Hospital Temerloh dan pakar Perubatan Am di Hospital Lipis," katanya.

Kalau bab duit ni akak pun tak mampu nak tanggung..

NOR ROSNANI AHMAD MUSTAFFAR

Anak saudara

Kedua-dua anak Faridah, Siti Nuraini Tahir, 15 dan Siti Maisarah Tahir, 11, kini berada dibawah jagaan Rosnani yang hanya bergantung kepada pendapatan menjual makanan ringan.

Selain sanak saudara, keluarga berkenaan kini bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berjumlah RM300 sebulan.

"Kalau bab duit akak pun tak mampu nak tanggung..memang bukan akak yang menanggung sepenuhnya, ada adik beradik, sepupu yang bantu, juga orang kampung ada yang beri zakat.

"Akak cuma mengambil tanggungjawab menjaga kebajikan makcik bagi memastikan kesihatan dijaga baik," katanya.

Namun jumlah tersebut jelas tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan susu dan lampin pakai buang yang menelan hampir RM1,000 sebulan.

Kesempitan hidup yang keluarga berkenaan mendapat perhatian badan bukan kerajaan MyFundAction yang tampil menghulurkan bantuan berupa barangan keperluan seperti lampin pakai buang dan susu secara bulanan sehingga Januari depan.

Orang ramai yang ingin tampil membantu keluarga ini bolehlah menghubungi Pegawai Perhubungan Media MyFundAction, Muhammad Alief Hakimie Ramli di talian 011-5164 5580.

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ends.

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
strok, kanser, terlantar, MyFundAction

Artikel Lain