SETIAP insan yang dilahirkan di muka bumi ini ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Menurut Nur Aqilah Natasha Md Zambri, 22, dia yang dilahirkan dengan keadaan sebelah matanya tertutup reda dengan ketentuan Allah dan menerima kekurangan itu sebagai satu keistimewaan buat dirinya. Dia yang mesra disapa Tasha sempat bercerita lanjut kepada mStar mengenai perjalanan hidupnya sejak kecil sehinggalah bergelar isteri orang pada Mei lalu. ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada dua tangan, semua buat guna kaki” - Ramai nak tahu macam-macam daripada perunding hartanah ini, termasuklah cara makan ARTIKEL BERKAITAN: “Tak mimpi dapat begini” - Tiada tangan, tiada kaki... peniaga OKU menangis terima gerai ‘mahal, cantik sangat’ sumbangan Ebit Lew "Mata saya memang macam ni sejak dalam kandungan lagi. Sejak lahir dah tertutup terus sebelah mata. Dulu pernah terfikir juga nak buat pembedahan, tapi rasanya lagi baik biarkan begini saja. "Kalau masa tadika dulu, ada juga rasa segan. Tapi bila dah sekolah rendah dan sekolah menengah, saya mula terbiasa dan tak kisah jika ada yang mengejek. "Biasanya budak-budak lelaki ejek saya. Kalau bergaduh, mereka akan cakap saya tak ada mata. Awal-awal tu memang stres dan sedih. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Saya juga tanya ibu kenapa dilahirkan macam ni. Lama-lama saya mula terima kekurangan diri. Saya tak boleh lemah untuk teruskan hidup," ujarnya. Selepas menamatkan sekolah menengah, Tasha sempat mengikuti pengajian dalam bidang jahitan di Kolej Yayasan Felda di Jempol, Negeri Sembilan. Namun, dia memilih haluan berbeza dan mula berniaga produk kecantikan sejak tiga tahun lalu. Tasha baru mendirikan rumah tangga pada Mei lalu. Menurut Tasha, bisnes juga menjadi salah satu punca utama dia yakin dan berani untuk menonjolkan dirinya yang sebenar di media sosial sehingga mengumpul lebih 116,000 pengikut di TikTok. "Mula-mula saya buat content biasa saja. Saya cuba tonjolkan diri. Kemudian saya buat content untuk perkenalkan bisnes saya. "Saya dah biasa dengan kehidupan luar, dah biasa juga dengan mulut-mulut orang. Jadi saya tak ambil hati jika ada yang komen mengenai mata saya. Walau tak ada kaki mahupun tangan, kita tetap kena teruskan hidup. TASHA "Kalau ada yang tanya, saya akan jelaskan. Setakat ini belum ada kecaman atau hinaan. Banyak komen positif. Saya rasa terharu, sampai tak tidur malam nak baca komen," ujarnya lagi. Dalam pada itu, Tasha juga sempat menitipkan pesan buat individu yang senasib dengannya agar tidak menjadikan kekurangan diri sebagai penghalang untuk terus bergerak maju. "Walaupun ada kekurangan, anggap saja kita seperti orang biasa. Sebab semua orang ada kekurangan masing-masing. Tasha sudah terbiasa menerima soalan mengenai keadaan matanya dan dia tidak berkecil hati dengan pertanyaan itu. "Tak perlu malu atau rasa kita kurang berbanding orang lain. Kita semua sama, Allah ciptakan manusia semua sama, kita diperbuat daripada tanah. "Walau tak ada kaki mahupun tangan, kita tetap kena teruskan hidup," ujarnya. Mengenai dirinya, Tasha dan suami, Mohd Asyraf Johan, 24, kini menetap di Kota Tinggi, Johor. Mereka mula berkenalan sejak zaman sekolah namun mula rapat sekitar dua tahun lalu sebelum mendirikan rumah tangga pada 31 Mei 2021. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!