TERKENAL dengan gelaran King of The Road, kereta Perodua Myvi sekali lagi menjadi perhatian ramai di TikTok. Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh seorang lelaki, sebuah Myvi putih kelihatan 'tersadai' di kawasan tanah tinggi yang agak curam. Video tersebut setakat ini meraih hampir 280,000 tontonan di platform itu dengan rata-rata netizen meninggalkan pelbagai komen termasuklah mengaitkannya dengan 'kereta terbang' dan aktiviti 'hiking' yang menjadi trend dalam masyarakat sejak kebelakangan ini. ARTIKEL BERKAITAN: Jurumekap menangis, buat video 6 hari seminggu tapi masih tak meletup di TikTok! Hajat hati nak mekap Uqasha Senrose, Emma Maembong ARTIKEL BERKAITAN: Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar Berkongsi pengalamannya dengan mStar, Mohd Kuzairie Abdullah, 31, berkata, dia menyaksikan insiden tersebut selepas pulang dari menghantar seorang rakan untuk mengambil keretanya di Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor. Mohd Kuzairie berkata kereta Myvi terbabit dipandu melepasi pembahagi jalan, seterusnya naik ke atas bukit, dalam kejadian di sebuah simpang di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menuju Jalan Genting Klang pada Isnin. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Kejadian berlaku kira-kira jam 7.20 petang, ketika itu saya dari Selayang baru lepas hantar kawan nak ambil kereta di Batu Caves. "Bila dah selesai urusan tu saya pun beredar dari untuk pergi buat part-time di sebuah kedai makan di Wangsa Maju melalui MRR2. Pihak polis tiba setelah 10 minit Kuzairie membantu mangsa keluar dari kereta tersebut. "Nak masuk ke simpang MRR2 ada lampu isyarat dan saya menghala ke Jalan Genting Klang, ketika itulah saya tengok ada sebuah Myvi naik ke divider sebelah kiri terus 'mendarat' atas bukit," katanya yang menetap di Kampung Kerdas 2, Gombak Jaya. Mesra disapa Kuzairie, katanya, dia sempat merakam kejadian tersebut sebelum berhenti di tepi jalan dan membantu mangsa untuk keluar dari kereta. Jelasnya lagi, mangsa, seorang pemandu perempuan dan seorang lelaki berada dalam keadaan panik ketika dia menghampiri kereta tersebut tetapi akhirnya berjaya keluar dengan selamat tanpa mengalami kecederaan serius. "Kereta Proton Waja di depan saya pun nampak kejadian ni, kami berdualah yang berhentikan kereta di tepi jalan... cuma saya sempat rakam sikit sebelum berlari ke arah kereta Myvi tu. "Dalam kereta tu ada seorang pemandu perempuan dan penumpang lelaki di sebelahnya saya agak lingkungan umur 20an. Gadis tu panik sebab keretanya tersekat di bahagian bukit yang curam. Cuma saya nak pesan lepas ni pandulah kereta elok-elok, walaupun ada masalah sekalipun. MOHD KUZAIRIE ABDULLAH "Bila tengok gadis tu tengah menangis terkejut, saya pun tak beranilah nak tanya lebih-lebih yang penting mereka selamat. Jadi saya tolong pegang bahagian tingkap pemandu dan suruh dia tarik hand-brake serta matikan enjin. Kemudian minta mereka keluar perlahan-lahan. "10 minit kemudian polis dan tentera serta beberapa lagi individu lain datang tolong. Bila tengok makin ramai yang membantu saya pun teruskan perjalanan semula kerana sudah terlewat untuk masuk kerja," ujarnya yang bekerja sepenuh masa di bengkel yang terletak di Taman Industri Bolton, Batu Caves. Menurut bapa kepada tiga cahaya mata ini, dia sememangnya terkejut menjadi saksi kejadian tetapi bersyukur mangsa tidak cedera. Namun kereta tersebut dilihat mengalami beberapa kerosakan akibat impak memandu di atas pembahagi jalan "Saya memang terkejut tengok kereta Myvi naik atas bukit tu dan berhenti di tengah-tengah. Sebab boleh tahan curam juga bukit tu, takut kereta tergolek ke bawah je. "Salah seorang kawan saya ada lalu jalan yang sama selepas tu dan dia kata ada towing crane datang untuk alihkan kereta tersebut. Kuzairie (kiri) berpesan kepada para pemandu untuk lebih berhati-hati di jalan raya "Saya sempat juga bertanya pemilik kereta Waja tu sama ada dia nampak apa-apa sebelum kejadian. Lelaki tu kata berlaku pergaduhan di antara pemandu dan penumpang tersebut, sampai tarik-tarik rambut. "Apa-apa pun Alhamdullilah tak ada yang tercedera, tapi memang terbuktilah Myvi power walaupun bahagian bumper depan pecah dan rim kelihatan bengkok. Cuma saya nak pesan lepas ni pandulah kereta elok-elok, walau ada masalah sekali pun. "Cari dahulu tempat yang selamat untuk berhenti, sebab bahaya ni tak kira tempat atau masa," katanya Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!