suria

Hidup berjauhan dengan suami, isteri menangis setiap kali tengok video kahwin... masih cari jawapan kenapa ibu sedih di hari perkahwinannya

Ibu Mardhati (kanan) sebak di hari perkahwinannya. Gambar kecil Mardhati (kiri) dan suami.

IBU mana yang tak sedih menyaksikan anak kesayangan bergelar isteri orang.

Video linangan air mata seorang ibu pada majlis pernikahan anak perempuannya menerusi aplikasi TikTok mengundang sebak.

"Banyaknya habuk masuk mata."

ARTIKEL BERKAITAN: Sayu saat punca mak sakit kaki terbongkar! Anak bergegas ke tempat kerja hantar 'hadiah tak mahal', sayangnya tak boleh nak peluk cium

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu terpinga dapat hadiah casing telefon, senyum di akhir cerita sebab boleh sambung main game 2 bulan tertangguh - "Gaji kami masing-masing terjejas"

"Mata berpeluh sebab kelip banyak sangat ni," demikian antara komen-komen netizen.

Pengantin perempuan, Mardhati Zaini berkata, video yang baru dimuat naik di TikTok itu sebenarnya dirakamkan ketika majlis pernikahannya pada 11 Oktober 2020.

"Saya kongsi kerana sebelum tu saya tengok video tu. Saya rindu dengan suami saya yang kini bertugas sebagai pelaut.

"Jadi saya pasang video bagi mengenang semula momen-momen kami di awal perkahwinan. Kali terakhir kami bertemu pada April lalu," kata wanita berusia 25 tahun itu kepada mStar.

ibu nangis anak kahwin 10

Ibu Mardhati (kanan) mengesat air mata.

Walaupun hampir setahun mendirikan rumah tangga, Mardhati yang merupakan warga Singapura dan menetap di republik itu tetap 'hati tisu' setiap kali menontonnya.

"Saya masih rasa sebak bila tengok balik video tu. Walaupun sudah beberapa bulan, masih rasa sedih. Saya boleh berulang kali menangis setiap kali menontonnya.

"Bila tengok, kadang-kadang, tertanya-tanya apa dalam fikiran ibu. Sebab tengok cara ibu menangis pun dah buat saya sedih sangat.

Walaupun berkahwin, saya takkan lupa pengorbanan ibu. Saya harap boleh bayar balik jasanya dan jaga ibu sama macam dia jaga kami adik-beradik dengan baik

MARDHATI ZAINI

"Tapi sepupu-sepupu ada cerita pada saya. Sebelum majlis kahwin, ibu ceritakan pada makcik-makcik bahawa dia sebenarnya sedih fikir saya akan kahwin.

"Bila saya dengar daripada sepupu, saya menangis. Bila fikir balik pun boleh menangis," ujarnya yang berasal dari Bedok.

ibu nangis anak kahwin 2

Keakraban dua beranak, Marhati (kanan) bersama ibu.

Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ibunya yang bakal menginjak usia 56 tahun pada bulan depan membesarkan mereka adik-beradik sejak 24 tahun lalu.

"Ibu saya seorang yang penyabar dan memahami. Masa saya kenal suami dulu pun, saya sangat muda ketika itu. Tapi ibu tak marah, sebaliknya dia beri banyak nasihat dan mengingatkan saya mengenai perkara yang baik dan buruk," tambahnya.

ibu nangis anak kahwin 5

Senyuman ibu Mardhati (tengah) di hari perkahwinanya.

Mengimbas waktu dibesarkan, Mardhati berkata, ibunya yang terlibat dengan tugas kaunseling di sekolah bekerja untuk menyara kehidupannya bersama adik-beradik.

"Ibu didiagnosis kanser limfoma tahap empat kira-kira 11 tahun lalu, dia tak dapat bekerja sebab kena buat kimoterapi. Ibu terpaksa ambil cuti tanpa gaji, sedangkan masa tu kami masih bersekolah.

"Jadi ibu jual epok-epok (karipap) untuk tumpang jual kat kedai untuk duit belanja kami," katanya sambil menambah ibunya telah sembuh daripada penyakit tersebut.

ibu nangis anak kahwin 4

Mardhati (duduk, dua kanan) dan suami (duduk, dua kiri) bersama keluarga.

Mardhati yang bertugas sebagai jururawat berkata, ibunya di hari pernikahan berpesan supaya mendengar kata-kata suami, tidak meninggalkan solat dan tidak mengabaikan tanggungjawab.

"Saya tahu masing-masing mempunyai hubungan yang berbeza dengan mak ayah. Jangan lupakan mak ayah yang banyak bersusah-payah demi kita.

"Walaupun telah berkahwin, saya takkan lupa pengorbanan ibu. Saya harap boleh bayar balik jasanya dan jaga ibu sama macam dia jaga kami adik-beradik dengan baik," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain