KANAK-kanak dan orang dewasa tahun 80an dan 90an mana yang tidak kenal dengan Dragon Ball? Siri Animasi Jepun tersebut menjadi antara kartun yang sentiasa dinantikan-nantikan oleh peminatnya setiap pagi ahad. Bagaimanapun mungkin tidak ramai yang tahu bahawa siri animasi tersebut sebenarnya turut mendapat sentuhan daripada pengkarya seni dari Malaysia. ARTIKEL BERKAITAN: Wah, ustaz pun nak sado juga? Guru agama ini ke gim 6 hari seminggu... janji jaga aurat, tunjuk contoh baik kepada pelajar ARTIKEL BERKAITAN: Sekolah sampai Form 3, kemudian kerja kilang elektronik... pemuda ini buat ramai terpegun dengan sentuhannya selepas jadi ‘mat bunga’ Berkongsi maklumat tersebut di laman Facebook, Ahmad Nahar Fadzil, 54, berkata segalanya bermula apabila sebuah studio animasi Malaysia iaitu Lensamation (kini dikenali sebagai Lensa Film Sdn Bhd) diberi tugas oleh syarikat Toei Animation Jepun untuk menganimasikan siri Dragon Ball. Lensamation diberi tugas oleh syarikat Toei Animation Jepun untuk menganimasikan siri Dragon Ball. Menurut Ahmad Nahar, dia yang pada ketika itu bekerja dengan Lensamation, ditugaskan untuk mewarnakan animasi tersebut. "Toei Animation Japan telah outsource tugas untuk menganimasikan Dragon Ball kepada Lensamation. "Kebetulan saya bekerja di syarikat itu sekitar tahun 1988 dan 1989 yang terletak di Brickfields. "Tanggungjawab saya sebagai inker atau pewarna bagi animasi tersebut," katanya, sambil menambah dia berusia 23 tahun pada masa itu. Ahmad Nahar sewaktu bekerja dengan Lensamation. Menurut Ahmad Nahar selain Malaysia, negara lain turut mendapat peluang bagi menyumbang tenaga dalam menghasilkan animasi kartun tersebut. "Kita hanya dipertanggungjawabkan untuk beberapa siri sahaja, negara-negara lain pun dapat job ni. "Dulu tahun 80an, animasi dibuat secara manual bukannya guna komputer macam sekarang," jelasnya. Tambah Ahmad Nahar lagi, walaupun khidmatnya itu tak seberapa, dia tetap berasa bangga kerana berpeluang menyumbang tenaga dalam penghasilan siri animasi tersebut, yang akhirnya terkenal ke seluruh dunia. "Masa tu saya tak rasa apa-apa sebab tahun 80an Dragon Ball pun belum masuk Malaysia lagi. "Manalah kami tahu Dragon Ball ini akan menjadi legenda sehingga beratus episod, terkenal satu dunia pula tu. "Bangga dapat menyumbang tenaga yang tak seberapa untuk Malaysia," kongsi Ahmad Nahar. Bercerita lanjut, Ahmad Nahar berkata tugas yang paling sukar untuk dilakukan apabila melibatkan projek siri animasi Dragon Ball adalah satu proses yang dipanggil framing cell. "Cell tu kepingan plastik, kita akan lukis, warna, framing pun dekat situ juga. "Framing cell ni bermaksud kita tangkap gambar satu-satu," jelasnya. Bukan itu sahaja, Ahmad Nahar berkata wakil animator dari Jepun juga akan turun ke Malaysia untuk memantau kualiti hasil kerja mereka. "Warna dan shadow semua telah ditetapkan pihak studio di Jepun. "Warna yang digunakan adalah warna khas dari Jepun dan setiap inker perlu menghafal kod warna, tak boleh silap," katanya yang kini mengetuai Unit Grafik dan Animasi Jabatan E-Learning, Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur. Wakil dari Jepun (kotak merah) yang datang ke Malaysia untuk memantau kualiti kerja. Selain di Malaysia, hasil kerja Ahmad Nahar dan rakan-rakannya di Lensamation turut disiarkan di beberapa buah negara lain termasuk Jepun dan Amerika Syarikat. Selain Dragon Ball, Lensamation turut terlibat dalam menghasilkan kartun animasi lain seperti Kacang dan Man Spider. Ahmad Nahar pernah mencuba nasib untuk menjadi pereka animasi dan karikatur Star Wars, iaitu Lucasfilm. Berbekalkan pengalamannya bersama Lensamation, dia pernah mencuba nasib untuk menjadi pereka animasi dan karikatur francais terkemuka dunia, Star Wars, iaitu Lucasfilm. "Ini antara cita-cita yang tak kesampaian, masa tu Lucasfilm mengadakan temuduga terbuka di wilayah Asia Tenggara. "Tapi itulah rezeki hanya sampai ke peringkat saringan kedua daripada lima peringkat. "Tapi tak apalah, sekurang-kurangnya saya mencuba walaupun saingan agak mencabar," kongsinya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI