suria

Demam, leher bengkak... empat bulan remaja ini ulang alik hospital akibat tak pakai selipar - “Saya fobia, tak bagi dia usik tanah langsung”

Fakrul terpaksa dirawat di hospital untuk tempoh yang agak lama gara-gara tabiat tidak memakai kasut ketika berada di luar rumah.

SIAPA sangka amalan yang dianggap biasa iaitu tidak memakai selipar di luar rumah boleh menyebabkan berlakunya jangkitan kuman dan mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Itulah yang terjadi apabila seorang remaja berkaki ayam sewaktu memancing di sebuah kolam yang terletak di Bukit Damar, Lanchang, Pahang.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik oleh ibunya, remaja berkenaan dilihat berada di wad dengan sebahagian daripada lehernya dibalut.

Video tersebut setakat ini meraih sebanyak 33,000 tontonan di TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Sakit urat selepas ke pantai, siap mengurut... rupa-rupanya cacing 'berzumba' dalam kaki, jangan ulangi apa yang wanita ini buat!

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bengang hidup ‘bermadu’! Si gebu tak segan silu bermanja, rampas kasih sayang suami... paling geram suka ‘kacau daun’ masa tidur

Mengimbas kembali detik membimbangkan itu kepada mStar, Siti Salbiah Mohd Zakaria, 35, memberitahu ia bermula apabila anak bongsunya, Mohd Fakrul Razi Rasman yang berusia 15 tahun demam berpanjangan.

Dia kemudian membawa anaknya menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Temerloh dan kemudian mereka dirujuk pula ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh di mana dia disahkan terkena jangkitan kuman tanah atau meliodosis.

"Pada mulanya, anak saya tu demam on and off sejak pertengahan September 2020 dan nampak bengkak pada bahagian kanan lehernya.

"Saya bawa dia buat pemeriksaan di klinik dulu sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah. Doktor mengesahkan Fakrul terkena jangkitan kuman tanah.

IMG_9270

Fakrul dimasukkan ke wad selepas doktor mendapat keputusan sampel lehernya.

"Anak saya rajin memancing di kolam yang terletak di belakang rumah atuknya. Kalau waktu memancing tu dia memang tak pakai selipar, jadi dari situlah boleh terkena jangkitan kuman tanah.

"Perasaan saya waktu tu memang bercampur baur, terkejut dan takut semua ada. Pada masa tu, doktor beritahu saya yang kuman ni hanya terdapat di negeri Pahang sahaja," katanya yang menetap di Temerloh.

Lebih mesra disapa Siti, katanya, Fakrul dimasukkan ke wad selepas doktor mendapat keputusan dari sampel yang diambil pada lehernya yang bengkak.

Remaja berkenaan ditahan di wad selama dua minggu dan selepas itu dia perlu mengambil antibiotik serta ujian darah.

"Selepas keluar dari hospital, Fakrul masih lagi perlu mengambil antibiotik selama tiga bulan dan buat ujian darah seminggu sekali. Alhamdulillah selepas tiga bulan makan ubat, Fakrul dah sihat dan pulih sepenuhnya... keseluruhan makan masa lebih kurang empat bulan.

Sebab kita tak nampak kuman yang berada di tanah dan penyakit sebenarnya sangat bahaya kerana boleh meragut nyawa

SITI SALBIAH MOHD ZAKARIA

"Bila dah jadi macam ni, memang dia seriklah nak pergi memancing. Saya pun memang fobia sampai tak bagi dia usik tanah langsung, sentiasa ingatkan Fakrul untuk pakai kasut," ujarnya yang bekerja sebagai petugas di Pusat Pemberian Vaksin di Temerloh.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia berharap agar ibu bapa terutama yang mempunyai anak kecil supaya memastikan anak masing-masing memakai kasut atau selipar di luar rumah.

mainkuman

Siti cemas apabila Fakrul demam berpanjangan dan bengkak di bahagian leher.

Siti juga berpesan kepada orang ramai, khususnya pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah serta mereka yang sering berkebuh untuk lebih berjaga-jaga apabila melakukan aktiviti yang melibatkan tanah kerana bimbang akan berdepan nasib sama dengan anaknya.

"Saya terkejut juga bila ramai yang cakap kuman ni boleh membawa maut.

IMG_9280

Fakrul pulih sepenuh lebih kurang empat bulan selepas keluar dari wad.

"Saya bersyukur sanga-sangat sebab anak saya masih boleh dirawat dan meneruskan hidup seperti sedia kala. Pesanan saya kepada mereka di luar sana sentiasalah berhati-hati bila berada di luar rumah terutama sekali apabila melibatkan tanah.

"Sebab kita tak nampak kuman yang berada di tanah dan penyakit ini sebenarnya sangat bahaya kerana boleh meragut nyawa," katanya.

Berdasarkan semakan, meliodosis berpunca daripada bakteria yang bernama Burkholderia pseudomallei.

Pseudomallei hidup sebagai hidupan saprofitik yang mendapatkan nutrien daripada benda organik yang mati dan reput.

Manusia dan binatang juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa kepada kuman yang terkenal dengan ancaman mautnya.

Bakteria ini boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain