GAMBAR yang digunakan untuk tujuan promosi nampak sangat menarik, tapi sebaik sahaja pesanan diterima, hancur hati melihatnya! Situasi inilah yang dilalui seorang pelanggan yang kecewa melihat hidangan pencuci mulut yang ditempah baru-baru ini, lantas memuat naik video perbandingan puding buah yang dijanjikan dengan produk sebenar yang diterimanya. Video dengan mesej 'indah khabar dari rupa' itu setakat ini telah ditonton hampir 20,000 kali di aplikasi TikTok. ARTIKEL BERKAITAN: Aduh, adik bikin kakak malu! Disangka hilang, rupa-rupanya tengah syok ‘pandu’ van ketika abang-abang TM sibuk pasang kabel ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke siri animasi popular Jepun turut dapat sentuhan anak tempatan? - “Manalah kami tahu Dragon Ball ni akan jadi legenda” Bercakap kepada mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Dira ini berkata, dia menempah puding buah itu dengan niat untuk menyokong bisnes peniaga tempatan pada 29 Ogos lalu. Gambar yang digunakan penjual berkenaan untuk mempromosikan perniagaan puding buah. Katanya, selepas membuat tempahan dia meminta supaya puding buah berkenaan dihantar kepada ibu bapanya yang tinggal di Rantau Panjang, Kelantan. "Saya nampak iklan promosi puding tu dekat grup WhatsApp, saya tengok gambarnya cantik dan harganya pun RM25 je jadi saya cuba order. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Lepas dua hari baru dia hantar, rupa-rupanya orang yang saya order tu, dia bukanlah individu yang buat puding tu. "Saya agak dia macam ejen kot," cerita wanita berusia 26 tahun ini yang tinggal di Kota Bharu. Menurut Dira, dia bagaimanapun dimaklumkan bahawa puding yang sepatutnya dihantar kepada ibunya pada 31 Ogos lalu itu telah rosak dan dia dijanjikan satu lagi puding baharu akan dihantar pada keesokan harinya iaitu pada 1 September. "Masa 31 Ogos individu yang saya hubungi tu maklumkan puding akan dihantar... tapi tak jadi sebab katanya orang yang hantar puding dah rosakkan makanan tu dan dia janji akan gantikan yang baru esok hari. "Saya tak pasti sama ada puding yang mak saya terima tu dia betul-betul buat baharu atau guna buah-buahan dari puding yang rosak... tapi dalam voice note yang dihantar kepada saya, dia kata dia buat baru dan puding yang rosak dah dibuang."Mak saya makan dia cuma kata puding tu lembik dan buah tu lebam... jadi dia makan terus, tak simpan dalam peti sejuk pun," katanya. Gambar puding buah yang diterima pembeli. Kecewa dan malu dengan 'rupa paras' puding buah yang dihantar kepada ibunya, Dira cuba menghubungi penjual berkenaan untuk mendapatkan penjelasan."Duk ingat dapat yang macam ini (gambar puding buah yang dipromosikan), jauh juga beza, tapi tak pe la dik, terima kasih," tulisnya kepada penjual tersebut.Penjual berkenaan bagaimanapun tidak membalas mesej yang dihantar. "Saya pun biarkan sahaja, malas nak WhatsApp dah sebab tak nak bergaduh," kata Dira. Kisah ini tidak terhenti begitu sahaja apabila Dira kemudian berjaya menghubungi pemilik asal gambar puding buah tersebut. Katanya, pemilik asal foto itu turut terkejutnya apabila mengetahui bahawa gambar produknya digunakan orang lain bagi tujuan promosi. "Tuan sebenar gambar puding buah telah munculkan diri, jadi memang betul dia gunakan gambar orang lain untuk promosi. "Memang lepas ni saya dah tak beli kalau dengan orang yang tak kenal, saya pun dah keluar dari grup WhatsApp tu," katanya, Perbualan di antara pembeli dan pemilik sebenar gambar puding buah. Menurut Dira pemilik asal gambar tersebut menjual puding buahnya pada harga RM50. Perkongsiannya di Tiktok bagaimanapun menarik perhatian ramai pihak termasuk individu lain yang sudi menghadiahkan ibunya puding buah yang baharu. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI TONTON VIDEO PILIHAN!