suria

Realiti di TikTok! Layan pembeli sampai tak tidur, berdiri 5 jam buat reviu... wanita ini bukan suka tapi trauma bila ramai ‘lock’ baju dijualnya

Sarifah duduk sambil termenung di hadapan pakaian yang ditempah tetapi tidak dibayar oleh individu yang telah memberi komitmen untuk membelinya.

MEREKA gigih mencari rezeki yang halal, bekerja siang dan malam, membalas setiap pertanyaan warga maya dengan penuh sabar, tapi malangnya peniaga dalam talian tetap sering menjadi mangsa dipermainkan individu yang tidak bertanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut menang pertandingan, anak spontan menjerit guna ‘volume’ paling bingit... ibunya ‘blur’ tak tahu apa sedang berlaku

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk tolong orang Terengganu, sambut birthday dengan anak yatim buat Ervan Rizuan insaf... sedar dirinya disayangi - “Warden tu cam suara saya”

Berkongsi rasa terkilannya di laman TikTok, seorang penjual pakaian wanita baru-baru ini mendakwa dia sering dipermainkan netizen yang menghilangkan diri selepas 'lock' atau memberi komitmen untuk membeli pakaiannya.

Di media sosial, kumpulan pembeli tidak serius ini digelar sebagai joy buyer.

“Sedihnya, semalam ramai sangat yang masuk live, bila buka telefon pagi ni minta payment semua diam.

“Semalam kenapa lock baju kalau tak nak beli.

“Jangan la buat saya macam ni, saya balas WhatsApp awak dari semalam sampai pagi tak tidur, ingatkan ada orang buat payment bila bangun pagi, rupanya kena joy (dipermainkan),” tulis Sarifah Sulaiman, 27 di laman TikToknya.



Tangkap layar video luahan perasaan Sarifah di TikTok.

Bercakap kepada mStar, Sarifah berkata, dia berasa terkilan apabila usahanya mencari rezeki setelah punca pendapatan terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seakan dipermainkan individu lain.

Dia yang yakin bahawa situasi seperti ini bukan hanya berlaku kepada dirinya berkata, budaya 'lock' (memberi komitmen) untuk membeli pakaian tapi kemudiannya menghilangkan diri kini semakin menjadi-jadi.

“Banyak sangat dapat joy buyer, boleh kata setiap hari.

“Memang ramai sangat, kadang suruh saya simpan jadi saya pun simpan sampai dua minggu.

“Tapi kemudiannya WhatsApp saya cakap nak cancel, dia 'lock' (beri komitmen untuk beli) lima helai baju,” katanya yang menetap di Taiping, Perak.



Antara pakaian wanita yang dijual Sarifah.

Katanya, perbuatan tersebut juga menyebabkan dia terpaksa menanggung kerugian kerana individu lain yang betul-betul hendak membeli pakaian tersebut terlepas peluang memandangkan pada ketika itu item telah 'dikunci' oleh orang lain.

Tambah Sarifah, ada juga mereka juga membatalkan tempahan dengan memberi pelbagai alasan yang tidak munasabah.

“Selalu bila mereka lock saya akan tanya serius nak ke? Dia akan jawab serius nak.

“Kadang mereka kata nak tunggu gaji, saya percaya pada mereka tapi dia permainkan saya.

“Ada yang cakap tak berani beli sebab musim Covid-19, tapi yang peliknya kalau tak berani kenapa lock baju dari awal,” katanya, sambil menambah ada juga yang langsung tidak membalas mesej dan terus menyekat nombornya.



Sarifah sebelum ini menjual pakaian di pasar malam.

Sarifah berkata, dia baru mula mencuba perniagaan secara dalam talian memandangkan pasar malam tempat d imana dia berniaga dahulu terpaksa ditutup akibat PKP.

“Dulu pun saya jual baju juga, masa jual baju dekat pasar malam pun banyak dugaan... hujan, ribut... lepas tu saya kena bawa anak kecil, mereka lari sana sini,” ceritanya.

Katanya, dugaan demi dugaan yang diterimanya kadangkala membuatkan dirinya rasa hilang semangat.

“Dulu saya jual dekat Facebook tapi sekarang macam ada masalah, saya tak boleh live, kemudian view tak ada. TikTok pun kadang okay, kadang tak juga," katanya.

Saya live berdiri sampai lima jam review pakaian dekat orang, waktu tu ramai yang lock tapi bila dah end live berapa orang je yang WhatsApp.

SARIFAH SULAIMAN

Peniaga online

Katanya, dia kini trauma setiap kali pembeli lock pakaian.

“Saya rasa berdebar sangat. Hari tu saya live berdiri sampai lima jam review pakaian dekat orang, waktu tu ramai yang lock tapi bila dah end live berapa orang je yang WhatsApp.

“Allahurabbi, rasa sedih sangat tapi saya cakap dalam hati mungkin tak ada rezeki, cumanya kenapa mereka sanggup buat macam tu,” katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain