OTAI masih berbisa! Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan semangat wanita berusia 74 tahun ini apabila dia berjaya menjejakkan kaki ke puncak Bukit Panau, Tanah Merah, Kelantan pada Ahad lalu. Menurut Haishah Hashram, 20, dia kagum dengan kegigihan neneknya, Wan Zaharah Wan Ibrahim atau lebih mesra disapa maktok ketika mendaki bukit berkenaan bersama ahli keluarganya yang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Kaki hiking ini pernah berdepan tedung, terkandas kerana ‘kepala air’... tapi segala ketakutan hilang selepas terbentang pemandangan indah ARTIKEL BERKAITAN: Tak kenal maka tak cinta! Dulu jejaka ini suka pergi mall, tengok wayang... selepas pindah ke Miri hati terpaut dengan keindahan alam "Kami satu keluarga pergi hiking. Riadah satu keluarga bersama-sama. Sejak awal kami ajak maktok untuk hiking, dia memang setuju dan yakin. "Maktok kata... rugilah kalau tak naik (bukit). Ketika ke sana, maktok pakai jubah. Kami juga ada terjumpa kayu, kami beri kepada maktok sebagai tongkat. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Itu merupakan kali pertama maktok hiking. Dia memang bersemangat. Kami pun banyak bagi semangat kepada maktok," ujarnya kepada mStar. Mesra disapa Haishah, pelajar bidang bisnes itu mengakui terkejut dan tidak sangka neneknya berjaya melengkapkan pendakian bersama ahli keluarga yang lain. Haishah kagum dengan stamina neneknya ketika mendaki bukit Ahad lalu. Malah katanya, stamina warga emas itu jauh lebih hebat berbanding dirinya yang masih muda. "Rasa kagum, rasa terkejut pun ada. Maktok mendaki perlahan-lahan tapi dia tak berhenti langsung. Saya pula banyak berhenti. Dia jalan terus saja. Ramai juga yang puji sebab maktok hiking pun menutup aurat dengan berjubah. HAISHAH "Sejujurnya memang sangat penat. Tak percaya maktok boleh sampai ke atas. Dia pun gembira bila kami tepuk-tepuk beri semangat. "Rasa segan pun ada. Macam tak percaya dengan kehebatan maktok. Selepas turun mendaki bukit, kami pergi main aktiviti air, maktok pula hanya tidur di tikar picnic," ujar anak pertama daripada dua beradik itu. Maktok manis berjubah ketika mendaki bukit. Menurut Haishah yang tinggal berdekatan dengan kediaman neneknya di Wakaf Bharu, Kelantan, dia juga tak menyangka video memaparkan neneknya mendaki bukit akan tular di TikTok. Jelasnya, rakaman yang dibuat oleh abangnya dikongsi secara suka-suka di TikTok namun tak menyangka ia meraih sehingga hampir setengah juta tontonan. Maktok bersama sebahagian anggota keluarganya. "Agak terkejut bila viral. Tapi saya seronok sebab ramai yang doakan maktok. Ramai juga yang puji sebab maktok hiking pun menutup aurat dengan berjubah. "Maktok ni sebenarnya nenek belah ayah saya. Kami duduk berasingan tapi dekat-dekat. Dia seorang yang suka membebel, tapi sangat baik dan aktif... dia tak reti duduk diam," ujar Haishah berseloroh. Menurut Haishah, neneknya sebelum ini mengusahakan bisnes batik dan mempunyai sebuah premis jualan di Bazar Tok Guru, Kota Bharu. Namun, perusahaan itu kini sudah diambil alih oleh anaknya. Dalam pada itu kata Haishah, neneknya mengamalkan pemakanan jus pegaga untuk kesihatan tubuh badan sejak dulu lagi. Maktok sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan batik. "Maktok suka makan ulam-ulam dan budu. Maktok suka makan daun pegaga. Kadang-kala dia akan kisar untuk dijadikan sebagai jus. "Dia juga ada amalkan vitamin untuk tulang. Maktok ni memang aktif dan dia tiada penyakit," dedah Haishah lagi. Bukit Panau mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan dikatakan menjadi lokasi pahlawan Hang Tuah duduk bertapa, menuntut ilmu kebatinan, kerohanian dan ilmu persilatan untuk memperjuangkan kedaulatan negara. Menurut laporan Sinar Harian, bukit yang terletak di sempadan Pasir Mas-Tanah Merah dan berketinggian 255 meter itu turut dikatakan pernah dijadikan sebagai petunjuk bagi pelaut antarabangsa kerana ia mudah diakses dari Laut China Selatan. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI