"NAK balik kampung ke cik misi?" itulah salah satu komen yang dilontarkan warganet apabila melihat video seorang jururawat menarik bagasi di hospital. Rakaman yang dimuat naik oleh wanita berkenaan memaparkan dia sedang menarik bagasi sambil dapat didengar audio pengumuman penerbangan di lapangan terbang. Video tersebut setakat ini meraih sebanyak 133,000 tontonan di aplikasi TikTok ARTIKEL BERKAITAN: Terkejut menang pertandingan, anak spontan menjerit guna ‘volume’ paling bingit... ibunya ‘blur’ tak tahu apa sedang berlaku ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk tolong orang Terengganu, sambut birthday dengan anak yatim buat Ervan Rizuan insaf... sedar dirinya disayangi - “Warden tu cam suara saya” Berkongsi cerita dengan mStar, Yulia Maidarlis Syamsul Bahari, 29, memberitahu bahawa bagasi tersebut adalah kepunyaan salah seorang pesakit di wadnya yang merupakan bekas pesakit Covid-19. Rakannya setugasnya, Nurul Faiqah Sulaiman, 30, merakam gelagatnya sewaktu dia mahu menyerahkan bagasi itu kepada ahli keluarganya. View this post on Instagram A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) "Sebenarnya, bagasi tu pesakit wad saya punya sebab dia dipindahkan dari pusat kuarantin kerana keadaannya tak stabil. Bila dah duduk di hospital ni, kami terpaksa serahkan barang-barang lebihan yang dibawa waktu di pusat kuarantin tu kepada ahli keluarganya. "Kami memang tak galakkan pesakit bawa banyak barang ke hospital. Bawa yang perlu sahaja, jadi hari tu yang tolong serahkan barang-barang kepada ahli keluarga pesakit tersebut. Video tersebut dirakam oleh rakannya, Faiqah (gambar kiri) sewaktu mereka sudah selesai syif. "Kebetulan pula masa tu saya dah habis syif, jadi idea tu datang secara spontan untuk tarik bagasi tersebut konon-konon macam dekat lapangan terbang nak pergi bercuti," katanya yang bekerja sebagai jururawat terlatih di Hospital Melaka. Mesra disapa Ayulia, dia berkata, walaupun penat dan sering sibuk menguruskan pesakit, tidak bermakna para petugas perlu sentiasa menunjukkan wajah serius di wad. Dia mengakui bahawa masyarakat sering mempunyai tanggapan bahawa jururawat adalah seorang yang garang, tetapi bukan kesemuanya berperwatakan sebegitu. "Kawan saya yang rakam tu pun masa tu dah habis syif sama dengan saya. Mereka tahu saya ni jenis suka bergurau. Masa tu ada juga doktor, jururawat dan rakan setugas yang lain. "Dipendekkan cerita memang dah biasa sangat bergurau di wad, kalau ada pelawat tengok pun saya okay je, sekurang-kurangnya dapat juga hiburkan mereka. Ayulia sudah lama tidak bercuti bersama keluarganya. "Kadang-kadang pesakit yang berumur ni mereka stres duduk di wad, jadi saya akan pasang lagu Hindustan dan menari bersama mereka. "Memang perwatakan saya begitu walaupun orang selalu beranggapan nurse ni seorang yang garang, tapi tak semua macam tu," katanya yang menetap bersama keluarganya di Bukit Beruang, Melaka. Anak jati Melaka ini berkata, menjadi seorang jururawat ketika pandemik ini sememangnya agak mencabar kerana perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE). Suasana di wad juga berbeza kerana waktu melawat amat terhad disebabkan Covid-19. "Memang mencabarlah tugas jururawat dalam keadaan pandemik, kalau dulu sebelum Covid-19 tak kena pakai PPE macam sekarang ni. Lepas tu kalau ada pesakit collapse kita kena usaha untuk selamatkan nyawa mereka. "Waktu balik pun jadi semakin lambat, sebab kena bersihkan diri betul-betul sebelum pulang ke rumah. Kulit semakin kering, muka berjerawat sebab kena pakai pelitup muka setiap masa. Ini memang tugas kita dan ia perlu dilaksanakan dengan seikhlas hati. YULIA MAIDARLIS SYAMSUL BAHRI "Situasi di wad pun berbeza, kalau dulu keluarga datang melawat pesakit dapatlah juga rasa keceriaannya. Tapi sekarang ni sunyi sepi sahaja," ujarnya. Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, dia juga sudah lama tidak bercuti dek kerana tugasnya sebagai petugas barisan hadapan. Bagaimanapun dia berharap rakan seperjuangannya tidak berputus asa dalam menangani wabak Covid-19. "Saya sebenarnya kaki bercuti juga, memang stres la bila lama dah tak bercuti disebabkan Covid-19 ni. Kalau dapat cuti sekejap pun saya berjalan sekitar Melaka je la, ada juga berangan nak pergi melancong ke Indonesia. Ayulia berharap agar para petugas barisan hadapan jangan berputus asa dalam menangani wabak Covid-19. "Saya harap para frontliners yang lain jangan berputus asa, kita sama-sama bantu kerajaan untuk menangani jangkitan Covid-19. Ini memang tugas kita dan ia perlu dilaksanakan dengan seikhlas hati. "Semoga kita semua dapat kembali pulih dan hidup seperti biasa dalam keadaan norma baharu," katanya. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI