suria

Air mata gadis ini menitis di kedai laptop, masuk kereta bertambah lebat jadinya - “Content lima bulan hilang semuanya”

Video Dayah menangis menerima hampir 200,000 tontonan di TikTok.

DUGAAN demi dugaan terus menimpa gadis ini sehingga dia gagal menahan air matanya.

Mengulas video penuh emosi yang tular di TikTok, Wan Nor Hidayah Wan Yusof berkata, dia sedih apabila segala penat lelah selama lima bulan terkubur begitu sahaja.

Jelas gadis berusia 21 tahun itu, laptop miliknya rosak dua minggu lalu, menyebabkan segala data, foto dan video berkaitan perniagaan baharunya lesap tanpa jejak.

ARTIKEL BERKAITAN: Model menangis dari jauh abang kesayangan ‘langgar’ perjanjian zaman remaja, tetap urus majlis kahwin walau berat hati - “Dia nak letak hantaran dalam paper bag”

ARTIKEL BERKAITAN: Bersolek dua hari berturut-turut, wanita ini menangis seminggu video mekap ‘muka tak flawless’ raih 2.2 juta tontonan... berbaloi berhenti kerja!

"Sekitar dua minggu lepas, segala content untuk perniagaan produk kecantikan yang saya hasilkan dipindahkan ke dalam laptop. Sebelum ini ia disimpan dalam telefon saja.

"Kemudian laptop saya mula bermasalah. Jadi saya hantar ke kedai. Tambahan pula laptop itu sudah digunakan sejak sembilan tahun lalu. Rupa-rupanya hard disk rosak.

"Ketika nak ambil laptop selepas siap dibaiki, saya dapati segala content yang dikumpul lima bulan hilang semuanya. Dalam telefon pun saya dah padam. Saya tak pasti jika orang kedai tu perasan air mata saya menitis.

"Semua content gambar dan video saya shoot dan edit sendiri. Siang malam saya buat kerja, tapi hilang macam tu saja," ujarnya kepada mStar.

dayah2

Dayah sedih apabila segala content bisnes lesap gara-gara laptopnya yang rosak.

Mesra disapa Dayah, penuntut bidang Kewangan di UiTM Machang, Kelantan itu mengakui kecewa, namun menerima segala yang berlaku dengan hati terbuka.

Dedah Dayah lagi, sudahlah semua data dan kandungan berkaitan bisnes lesap, dia kemudiannya terpaksa menjalani kuarantin sejak minggu lalu gara-gara menjadi kontak rapat kes positif Covid-19.

Dulu zaman sekolah saya pernah jual coklat, roti, kemudian jual jam. Biasanya saya akan cuba bahagi masa sebaik mungkin.

DAYAH

"Macam jatuh ditimpa tangga. Sekarang saya tiada apa yang nak dimuat naik di media sosial. Ia sedikit sebanyak menjejaskan jumlah tontonan TikTok serta sales saya.

"Bahan untuk bisnes dah hilang. Nak keluar shoot video dan gambar, saya pula masih dikuarantin. InsyaAllah saya akan potong gelang kuarantin pada 28 September ini. Saya negatif, cuma jadi kontak rapat saja.

"Selepas dah selesai kuarantin, saya akan buat content baharu. Saya ambil pengajaran atas apa yang berlaku. Semua benda perlu back up di beberapa tempat. Sekarang saya dah mula guna Google Drive untuk back up semua content.

dayah1

Dayah merupakan penuntut UiTM Machang, Kelantan.

"Tak mahu ulang lagi kejadian ini. Penat sebenarnya. Saya risau jika ia berulang lagi. Bukan senang saya photoshoot produk dan edit sendirian. Kadang-kala minta adik tolong," ujar anak jati Terengganu itu.

Menurut Dayah, dia sudah mencuba pelbagai bisnes sejak berusia 12 tahun, namun mula mengusahakan perniagaan scrub sarung tangan untuk kecantikan kulit sejak lima bulan lalu.

Ujarnya, dia cuba membahagikan masa antara pelajaran dan bisnes dan komited menjadi usahawan muda demi meringankan beban keluarga.

"Saya niat bisnes untuk meringankan beban mak ayah, untuk tampung kos belajar juga. Sekarang saya ambil ijazah tanpa sebarang biasiswa mahupun pinjaman pelajaran.

dayah3

Dayah berniaga demi meringankan beban keluarga.

"Saya bergantung kepada jualan produk ini untuk berbelanja hari-hari. Sekurang-kurangnya tak perlu meminta dengan mak ayah.

"Dulu zaman sekolah saya pernah jual coklat, roti, kemudian jual jam. Biasanya saya akan cuba bahagi masa sebaik mungkin. Siapkan tugasan dahulu, kemudian baru selesaikan hal bisnes.

"Ketika cuti hujung minggu, saya akan hasilkan dan plan content untuk bisnes yang akan digunakan sepanjang hari dalam minggu berikutnya," ujar anak kelima daripada tujuh beradik itu.

Sehingga kini, video Dayah menangis dalam kereta selepas pulang mengambil laptop miliknya yang rosak meraih hampir 200,000 tontonan.

Malah, ramai netizen turut menitipkan kata-kata semangat buat usahawan muda itu agar dia terus tabah dalam menjalani bisnes.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain