suria

Nak kurang belanja bulanan sambil kumpul pahala mudahkan rakan serumah, juruteknik ini buat sendiri penapis air... kos tak sampai RM200

Zulhimi berkongsi cara bagaimana dia menghasilkan sendiri sistem penapis air.

DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, pelbagai cara dilakukan untuk seboleh-bolehnya berjimat cermat.

Ini secara tidak langsung juga mendorong masyarakat untuk menjadi lebih kreatif dan tidak melulu berbelanja dalam usaha membuat simpanan wang.

Antara usaha yang dilakukan ramai termasuklah mengurangkan beban perbelanjaan bulanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Janji tak nak kahwin, eh dia naik pelamin dulu! Bersahabat 12 tahun, wanita kongsi kisah BFF seorang perahsia - “Kenal lama, tak tahu pula bercinta”

ARTIKEL BERKAITAN: Kalau tak tabah memang boleh melenting, wanita ini cool jawab soalan ‘pelik-pelik’ tentang niqab - “Malaysia pun ada habuk, bau asap rokok”

Terbaharu dalam perkongsian di media sosial, seorang pengguna berkongsi cara bagaimana dia menghasilkan sendiri sistem penapis air.



Sistem penapis air yang dibina Zulhimi.

Bercakap kepada mStar, pengguna Facebook yang hanya ingin dikenali sebagai Zulhimi itu berkata, sebelum jni dia terpaksa berbelanja sekitar RM30 bagi membeli air mineral sebanyak tiga kotak bagi kegunaan bulanannya.

"Saya buat penapis ni sebab nak jimat sikit, sebelum ni asyik beli air mineral.

"Idea untuk buat ni pun dapat dari grup Tukang Apa Hari ini, memang ahli dalam group tersebut yang banyak membantu.

"Mula-mula ingat nak buat dispenser air yang ada hot/cool tapi disebabkan fikir saya menyewa bilik jadi saya tak nak tambah bil elektrik sebab kesian pada owner, jadi saya buat yang biasa sahaja," jelasnya yang menetap di Pontian, Johor.



Antara barangan yang digunakan untuk menghasilkan sistem penapis air tersebut.

Menurut Zulhimi, proses keseluruhan untuk memasang sistem air tersebut mengambil masa sekitar satu jam.

"Sebelum ni tengok kawan-kawan bilik lain asyik kena rebus air jadi saya fikir buat sahaja satu dispenser kemudian boleh guna ramai-ramai, buat amal sikit, cari pahala," katanya.

Zulhimi berkata kos keseluruhan untuk membuat sistem air tersebut hanya sekitar RM190.

Zulhimi turut melakukan ujian pengesanan klorin sebelum menggunakan air tersebut, dan hasilnya air yang keluar dari dispenser airnya bebas daripada klorin.

"Rasa air Alhamdullilah, lebih kurang dengan mesin air lain tapi costing buat tak sampai RM190.

"Tapi tak berani nak cakap lebih-lebih, setakat ni tak ada masalah," katanya yang bekerja sebagai seorang juruteknik.



Zulhimi melakukan ujian bagi memeriksa kandungan klorin dalam air yang telah ditapis.

Zulhimi bagaimanapun menasihati orang ramai yang ingin menghasilkan sistem air sendiri supaya berhati-hati dan memastikan penapis air yang digunakan mempunyai sijil halal.

"Takut ada yang tak halal jadi sebelum beli kena tanya dulu filter ada sijil tak.

"Filter yang saya beli buatan dari Korea jadi ada sijil halal dari sana," kongsinya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain