suria

Wow gagah berani! Abang askar suruh mak ayah merisik selepas 3 hari kenal gadis di TikTok, pertama kali jumpa terus dukung! - “Mula-mula dia menjerit”

Aksi Faiz mendukung isterinya ketika sesi fotografi. Gambar kecil Faiz (kiri) dan isteri.

SESI fotografi perkahwinan pastinya ditunggu-tunggu buat pasangan pengantin baharu untuk dijadikan sebagai kenang-kenangan.

Seorang pengantin lelaki berpakaian seragam tentera menjadi perhatian di media sosial kerana kegagahannya mendukung wanita yang baru dikahwininya.

Bukan sekadar memikul pengantin perempuan menaiki bukit yang curam, malah dia juga perlu melalui kawasan batu di tepi sungai demi mendapatkan sudut fotografi yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa sudah jadi? Askar garang akhirnya berjaya 'ditewaskan' tiga tentera kecil... anak dedah bapa seronok sangat layan cucu sampai pitam!

ARTIKEL BERKAITAN: Abang askar pulang selepas 2 tahun berjauhan, isteri jimat RM400 suami buat sendiri je rak idaman... 'upahnya' candle light dinner di hotel!

Mohammad Faiz Fitri Faizi berkata, sesi fotografi itu dilakukan di sebelah petang pada hari pernikahannya 24 September lalu.

Pemuda berusia 24 tahun itu memberitahu, mereka melakukan penggambaran di Hutan Lipur Bukit Bakar di Machang, Kelantan yang menjadi tumpuan riadah penduduk setempat.

"Kawasan di situ berbatu, hutan dan ada sungai. Isteri pula pakai kasut tumit tinggi dan bajunya labuh, jadi saya dukunglah dia buat pertama kali.

"Tak nak isteri jatuh tergolek sebab kawasan licin, saya dukung je la. Lagipun saya dah biasa menjalani latihan fizikal angkat beban berat.

"Sebelum ini saya pernah angkat kawan beratnya 80kg dan pikul di bahu. Berat isteri 60 kilogram (kg), ringan je senang angkat," katanya kepada mStar.

pengantin dukung bini 5

Faiz dan isteri bernikah pada 24 September.

Lebih mesra disapa Faiz, katanya, dia memikul isterinya di belakangnya kerana bimbang berlakunya sesuatu kejadian tak diingini.

"Kalaulah terjatuh ke depan, saya akan jatuh dahulu. Tapi saya tahu macam mana cara nak landing. Dukung dia di belakang kurang berisiko.

"Mula-mula isteri menjerit takut jatuh masa saya dukung dia. Tapi saya jaga betul-betul. Alhamdulillah okay, sesi fotografi berjalan lancar," ujarnya yang berasal dari Kota Bharu.

pengantin dukung bini 3

Sesi fotografi di Hutan Lipur Bukit Bakar.

Siapa sangka jejaka yang berkhidmat sebagai tentera selama enam tahun itu hanya bersemuka dengan isteri pada hari perkahwinan selepas mula berkenalan pada Januari tahun ini.

"Saya dan isteri bertemu jodoh di TikTok. Tapi masa tu saya bertugas di Sibu, Sarawak. Dia pula di Kelantan, memang kami tak pernah berjumpa.

Saya minta tolong mak, abah carikan jodoh, last-last saya sendiri jumpa jodoh di TikTok. Saya nak halalkan jadi isteri

MOHAMMAD FAIZ FITRI FAIZI

"Kami kenal 7 Januari, tiga hari selepas tu pada 10 Januari saya minta keluarga saya hantar rombongan untuk merisik dan kami bertunang pada Februari.

"Sepanjang tempoh itu kami hanya video call. Kami jumpa pertama kali masa nak kahwin hari tu, terus dukung isteri di sebelah petang untuk fotografi," ujarnya.

pengantin dukung bini 6

Mula mengenali antara satu sama lain di TikTok.

Menurut Faiz, dia sememangnya sudah berazam untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

"Saya minta abah dan mak tolong carikan calon isteri. Memang saya berazam nak kahwin tahun ini. Tapi bila dah kenal dengan isteri saya di TokTok, saya terus berkenan.

"Saya minta tolong mak, abah carikan jodoh, last-last saya sendiri jumpa jodoh di TikTok. Saya nak halalkan jadi isteri," ceritanya mengenai isteri, Wan Suria Najihah Wan Rukeman yang berusia 18 tahun.

pengantin dukung bini 4

Azam Faiz untuk berkahwin tahun ini tertunai.

Dalam pada itu, pemuda ini juga berkebolehan memasak malah sering memasak sambil membuat panggilan video bersama bakal isterinya yang ketika itu berjauhan.

"Dari dulu saya boleh masak seperti tom yam, ayam masak merah, ayam masak kunyit dan masak cili api. Saya lebih suka memasak daripada membeli.

"Hari pertama kahwin, saya masak tom yam ayam untuk satu keluarga isteri. Alhamdulillah, mereka puji masakan saya. Seronok tengok mereka happy," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain